Pages

▼

Ahad, 22 November 2026

Sarapan Keluarga di Canning Dimsum Ipoh

Bismillahirrahmanirrahim.
Selamat berhujung minggu buat semua. Langit LD hari ini agak cerah. Walaupun dari pagi gelap akibat mendung, namun selepas masuk waktu zohor matahari mula memancarkan sinar biar pun sekejap terang sekejap muram. Nampaknya dalam hal ini situasi mendung dan awan telah berjaya menenggelamkan cahaya matahari.

Sepatutnya Amie berada di ladang mulai pukul dua petang, kerana semua guru kelas Tingkatan 5 wajib berada di dewan untuk menyusun kerusi meja. Kerusi meja calon SPM peperiksaan bertulis sudah disediakan pada petang Khamis lepas. Hari ini penyediaan kerusi meja akan digunakan oleh calon SPM bagi tujuan Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pada hari Isnin dan Selasa nanti.

Rasa sangat terharu tidak terhingga, apabila Amie diberitahu tempat Amie akan digantikan oleh salah seorang penoreh! Katanya, biarlah Amie berada di rumah, berehat dan tenangkan fikiran. Dalam keadaan masih gundah gulana, tak perlulah datang ke ladang. Ya Allah! Engkau kurniakanlah sebesar-besar ganjaran dan permudahkanlah urusan dunia akhirat buat insan berhati mulia ini.Tak mampu hamba-Mu ini membalas segala kebaikannya.

Hari ini hinggap mambang rajin di LD. 
Jom kita siapkan entri tertunggak dengan pelbagai gambar yang sedang beratur dalam galeri untuk diterbitkan. Amie pilih gambar sarapan keluarga di Canning Dimsum, Ipoh pada 01 November 2026. Pada mulanya kami hendak makan malam pada 31 Oktober 2026 tetapi disebabkan delay hampir 18 jam penerbangan dari Tawau ke Kuala Lumpur, terpaksalah rancangan itu dibatalkan. Hal ini kerana kami sampai waktu malam ke Ipoh dalam keadaan letih.

Abang Farid pula selepas konvokesyen 02 November 2026, petang itu juga terpaksa balik ke Kuala Lumpur kerana keesokan harinya Abang Farid akan menghadiri kursus di FRIM  mulai 03-06 November 2026. Jadi, hanya pagi Ahad itulah sahaja masa untuk bersama sekeluarga. Kebetulan pula Abang Farid tempah dua malam menginap di homestsy berdekatan juga dengan Canning Dimsum, Ipoh. Jadi, rasanya di sinilah tempat yang sesuai untuk menikmati sarapan yang enak bersama keluarhga.


Apabila kami tiba, semua meja sudah penuh dan kami mendapat tempat duduk di bahagian dalam. Cukuplah lapan kerusi untuk kami yang juga lapan orang.

Rasanya lama sungguh kami tak ke sini. Entri terakhir makan di Canning Dimsum ada di sini: Sarapan di Canning Dim Sum Ipoh.

Sarapan keluarga di Canning Dimsum, Ipoh.


Amie pun tak sempat ambil gambar kesemua makanan di atas meja. Mana yang ada di depan mata itulah sahaja yang Amie rakam. Seronok melihat masing-masing teruja melihat pelbagai jenis dimsum dan ingin merasa tiap jenis. Fuad dan Fairuz baru pertama kali makan di sini. Mujurlah saiz dimsum kecil-kecil. Jadi tidaklah terlalu penuh perut kalau makan pelbagai jenis.









 



Hamzah pun teruja melihat pelbagai jenis dimsum yang comel-comel!





Oleh kerana banyak juga menu yang diambil, sampai tak terkira jenisnya.




Yang penting pagi itu semua ada bersama. Encik Suami, Amie, Abang Farid, Fuad, Fairuz, Firdaus, Aseeyah dan Hamzah. Alhamdulillah.




Terima kasih penaja dimsum. Semoga dilipatgandakan rezeki dan dipermudahkan urusan dunia akhirat. Aamiin. 


7 ulasan:

  1. Alhamdulillah. Rambang mata tenguk dimsum pelbagai rasa. Seronok tgk amie dpt bersama semua anak Dan cucu.

    BalasPadam
  2. Kita pun tumpang teruja tengok semua hidangan comel-comel tu Kak Amie... Lebih sedap bila dinikmati sekeluarga alhamdulillah.

    BalasPadam
  3. Meriah sarapan pagi tu... lagi² dapat dinikmati dengan seluruh keluarga.

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah dapat berkumpul semua lengkap. Banyak juga yang dipesan tu puas la makan.

    BalasPadam
  5. tengok entry ni terus rasa rindu nak makaan dimsum kat Canning Dimsum ni...

    BalasPadam
  6. Sedapnya tengok dimsum yang ada pelbagai rupa dan perisa tu kak

    BalasPadam