Pages

▼

Rabu, 18 November 2026

Hari Ulang Tahun Kelahiran & Hari Ulang Tahun Perkahwinan

Bismillahirrahmanirrahim.
Terima kasih Encik Suami, anak-anak serta rakan sekerja dan rakan maya yang memberikan ucapan ulang tahun kelahiran diri ini pada 16 November 2026.

Terima kasih Cikgu Jusna, di saat kaki hendak melangkah meninggalkan ladang tiba-tiba ada kejutan kehadiran sebiji Biscoff Cheesecake dari Secret Recipe. Ketika itu Cikgu Jusna berada di ladang lain atas urusan sebagai Pengawas Ujian Amali Sains. Kita rasa terharu atas ingatan  ini, walaupun tidak dapat bersama namun Cikgu Jusna menghadirkan diri melalui kirimannya!


Ada lebih 10 keping gambar diambil sewaktu kita potong kek tetapi kesemuanya tidak ada yang dapat dikongsi. Bukan apa Nampak jelas sangat mata bengkak. Faham-faham sahajalah di saat-saat hati setipis tisu, memang sehari dua juga untuk hilang kesan di mata. Jadi, sebagai kenangan, mintalah bantuan ChatGPT untuk buatkan gambar.

Biscoff Cheesecake

Kelmarin 17 November 2026, setelah Encik Suami menelefon menceritakan suasana di kampung yang asyik hujan, Encik Suami hantar mesej pula Tulisnya: Hari ini 17 November, 32 tahun yang lalu, pertama kali jejak Bukit Hijau.

Amie tambah : 17 November ketika itu hari Sabtu.
Awal pagi tadi Abang Farid mesej : Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Baba & Mommy!

Ya, 18 November 2026, hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke 32 tahun.

Sekian, coretan hari ini.
Moga ada coretan yang menyusul selepas ini.

10 ulasan:

  1. Selamat Hari Lahir dan Selamat Hari Ulang Tahun buat Kak Amie... Semoga segalanya diberkati oleh Allah SWT

    BalasPadam
  2. selamat hari lahir kak amie..selamat ulang tahun perkahwinan juga moga semuanya baik2 ye kak..sejahtera sentiasa..kami dari jauh sentiasa ada doa untuk kak amie sekeluarga

    BalasPadam
  3. SA wish kat sini pulak..Selamat Hari Lahir Kak Amie..dan Selamat ulangtahun perkahwinan yang ke 32 tahun...

    BalasPadam
  4. Sanah helwah Kak Amie 🎈
    Baarakallahu fi umrik 🤲🏻

    Happy Wedding Anniversary yg ke-32 buat Kak Amie dan suami. Semoga dirahmati Allah selalu

    BalasPadam
  5. Selamat Ulangtahun Kak Amie! Semoga sihat selalu dan ceria di samping keluarga tercinta 🤲🏻

    Dan hari ni 18 Nov, selamat menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke-32! 💍 Semoga dalam rahmat Allah sentiasa 💕

    BalasPadam
  6. Selamat hari lahir dan selamat ulang tahun perkahwinan Kak Amie.
    Semoga cinta terus mekar dan kekal bahagia hingga ke syurga. 💕

    BalasPadam
  7. Selamat hari lahir & Ulangtahun Perkahwinan Kak Amie.Semoga dipermudahkan segala urusan hdknya

    BalasPadam
  8. sanah helwah amie n happy anniversary

    BalasPadam
  9. Selamat hari lahir & selamat ulangtahun perkahwinan. Semoga yang baik2 mengiringi.

    BalasPadam
  10. Semoga terus dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan keberkatan dalam setiap perjalanan kehidupan.

    BalasPadam