Bismillahirrahmanirrahim.
Rindu rasanya hendak menulis hari-hari dan jalan-jalan rumah rakan blogger hari-hari. Setiap hari jika ada masa terluang memang kita selalu ziarah rumah rakan-rakan maya, tetapi sekadar ikuti perkembangan dan baca entri tanpa tinggalkan jejak.
Dan, sebenarnya kita rindu hendak baca entri sendiri yang terkini. Namun apakan daya, semangat untuk menulis masih tergantung. Begitulah! Sehari tidak menulis, dua hari tidak menulis membawa kepada berhari-hari, berminggu-minggu bahkan berbulan-bulan. Mudah-mudahan selepas ini datanglah mambang rajin dari Tanah Jauhar untuk menceriakan suasana dapur maya yang makin kelam dan muram ini.
13 November 2026, berakhirlah perkampungan kami di Hospital Putrajaya. Wak Aton pesan, sampai kampung nanti tinggalkan kereta di tepi jalan. Buka kasut dan harung air untuk sampai ke rumah Bonda.
Pukul 10:15 malam, Fairuz berhentikan kereta di laman rumah Adik Chah yang terletak di kawasan tanah lebih tinggi. Oh, rumah Bonda sudah jadi pulau dikelilingi air. Banjir termenung!
Malam itu kami bermalam di rumah Adik Chah.
![]() |
| Firdaus dan sepupunya mengharung air banjir ke rumah Bonda. |
Esok paginya barulah sanggup meredah air untuk ke rumah Bonda. Dalam juga air yang sedang termenung, sampai ke lutut kita. Cerita tentang banjir di Bukit Hijau ini, memang banyaklah tersiar dalam berita.
Farid sudah belikan tiket penerbangan untuk Amie dan Firdaus dari Kuala Lumpur - Kota Kinabalu - Lahad Datu. Encik Suami dan Fairuz tidak dapat ikut serta. Encik Suami kena patuh arahan doktor supaya tidak naik kapal terbang sehinggalah selesai urusan pembedahan jantung pada bulan Disember nanti. Fairuz pula menyambung tugas menjaga Encik Suami.
Pada hari Sabtu pagi, Amie ajak Fairuz membeli-belah ke Puncak Alam. Biarlah dia memilih barang keperluan atau pun makanan yang diingininya. Ada tiga minggu lagi untuk Encik Suami bersedia kembali masuk wad untuk pembedahan. Dan sekali seminggu Fairuz perlu hantar Encik Suami ke Hospital Putrajaya.
Sepanjang Encik Suami di kampung, Amie minta bantuan Wak Aton untuk sediakan makanan untuk Encik Suami. Masakannya sudah tentulah yang tawar, tanpa garam.
Walaupun Fairuz hendak hantar Amie dan Firdaus ke KLIA2 tetapi Amie minta Abang Farid ambil tugas. Bukan apa, biarlah anak-anak ada rasa tanggungjawab dan saling bantu-membantu. Fairuz sudah cukup letih ke sana dan ke mari selama lapan hari mengurus Encik Suami sakit. Kita sendiri rasa seluruh badan seperti kena pukul! Barangkali penat badan ditambah dengan otak yang letih.
Untuk elak banjir, Amie, Firdaus dan Abang Farid bermalam di TUNE Hotel KLIA Aeropolis. Oleh kerana penerbangan dijadualkan pada pukul lapan pagi, jadi kami tinggalkan hotel pada pukul 4:45 pagi. Selepas membantu urus daftar masuk di KLIA2, Abang Farid kembali semula ke hotel untuk bersarapan sebelum pulang ke Batu Caves.
![]() |
| CKOne |
Entah mengapa, sepanjang penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu murah sangat air mata berjurai-jurai sampai basah tudung yang dipakai. Banyak isi hati yang tak mampu terluah. Samalah seperti banjir termenung di Bukit Hijau! Air tidak dapat mengalir ke mana-mana.
Untuk hiburkan hati, kita tumpukan kepada minyak wangi CK One dengan potongan harga yang agak lumayan. Agaknya kalau Amie beli untuk dihadiahkan kepada anak-anak buah yang sering membantu memudahkan urusan Amie sepanjang Encik Suami sakit, gembirakah mereka menerimanya?
Nampaknya pembelian di atas awan ini berbaloi pula. Setiap set mengandungi dua botol minyak wangi, setiap satu 100ml. Harga yang ditawarkan RM199.00 dari harga asal RM504.00. Amie beli dua set. Dapatlah empat botol.
Sementara menunggu penerbangan seterusnya ke LD, kami alas perut dengan buah-buahan potong di Lapangan Terbang Kota Kinabalu.
![]() |
| Google - Air Borneo |
Banjir di hati dibawa bersama hingga mendarat di Lapangan Terbang Lahad Datu. Duhai hati! Kena kuat. Kena kental! Kena semangat!
Surat Al-Insyirah Ayat 6
إِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًا
Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.





I feel u, kak! Terusik jiwa bila baca sebab teringat perasaan saya menghantar suami masuk ke dewan OT utk melalui pembedahan jantung (open heart surgery). Lagi2 la akak terpaksa berjauhan dari suami dan tak dapat selalu temankan dia. Tak tentu rasa jiwa mengenangkan suami yg tak sihat, kampung yang dilanda banjir dan rasa serba-salah sebab terpaksa meninggalkan suami dalam jagaan orang lain dan anak2. Semoga ganjaran pahala dan kesenangan menanti Kak Amie sekeluarga. Ameen YRA
BalasPadamTumpang bersedih baca entry ni.Sikit lagi kak.Insyaallah cuti sekolah boleh balik semula ke sini menemankan suami.Didoakan semoga dipermudahkan urusan nanti.Terus kuat semangat demi orang2 tersyg.
BalasPadamala kak Amie... ammi yang baca pun terasa nak sama2 banjir. Terus kuat ye kak...faham sangat perasaan itu. Semoga encik suami akak pun terus sihat.
BalasPadamTerus kuat Kak Amie..SA faham perasaaan Kak Amie yang terpaksa berjauhan dengan suami sementara waktu..sabar ok..Hugs dari SA....
BalasPadamSemua yang ada nama bukit tinggal nama je kak... semua naik air... Bukit Hijau, Kuching, Kapar, Cherakah... dah boleh tukar nama kepada lembah kot😬.
BalasPadamu can do it kak.. fighting💪💪
Cuti sekolah nanti cepat² balik sini.
Ya Allah, gantikanlah hati Kak Amie yang galau sekarang dengan balasan Syurga buat mereka sekeluarga. Semoga Kak Amie anak beranak dapat berkumpul kembali selepas selesai operasi En Majid nanti ya. Peluk sayang dari jauh semoga kurang rasa gundah di hatimu.
BalasPadamAduhaiiiiii sebak rasa hati membaca coretan amie. Semuga kuat hadapi dugaan ini Dan semuga Allah mempermudahkan urusan pembedahan enche Majid Dan juga urusan amie. Banjir tu merupakan pengalaman zaman dahulu saya yang tidak boleh Di lupa kan sebab tiap kali banjir rumah masuk air. Semuga rumah kg amie banjir nya sudah surut.
BalasPadamTerus kuat Kak Amie. Kami di sini sentiasa mendoakan urusan Kak Amie sekeluarga dipermudahkan khususnya rawatan utk En Majid. Sehari dua ni Sy mmg teringatkan Kak Amie, hanya mampu kirimkan doa agar diberi kekuatan dan kesabaran. In Sha Allah semuanya akan baik.
BalasPadam