Bismillahirrahmanirrahim.
Agak lama juga Amie tidak bersiaran di sini. Bukan kerana sudah melupakan blog kesayangan ini, tetapi sejak pulang daripada menziarahi Bonda di Selangor, Amie kembali sibuk dengan urusan ladang yang agak padat.
Dalam kesibukan itu, Amie juga sedang menguruskan beberapa perkara berkaitan kesihatan yang memerlukan sedikit perhatian dan pemeriksaan lanjut. Jadi, buat sementara waktu, Amie perlu memberikan ruang kepada diri sendiri untuk berehat dan menguruskan apa yang patut. Alhamdulillah, setakat ini Amie baik-baik sahaja. Cuma ada beberapa perkara yang perlu dilalui dengan tenang, satu demi satu.
Terima kasih kepada sahabat-sahabat blogger yang bertanya dan mencari-cari Amie. Terharu juga apabila masih ada yang perasan apabila Amie lama tidak muncul di sini. Amie menyepi seketika, in syaa Allah akan kembali seperti dahulu. Doakan semuanya dipermudahkan.
Insya-Allah, apabila ada kesempatan dan hati sudah lapang, Amie akan kembali berkongsi cerita tentang masakan, perjalanan, kenangan dan sedikit warna kehidupan di Amie's Little Kitchen.
Di kesempatan ini, Amie kongsikan menu Serabai Cempedak & Serawa Cempedak. Menu ini Amie hidangkan untuk sarapan keluarga pada 16 September 2026, hari cuti sempena Hari Malaysia.
| Serabai Cempedak & Serawa Cempedak |
| Serawa Cempedak |
| Resipi Serabai Cempedak & Serawa Cempedak |
Di hari Jumaat nan mulia ini, marilah sama-sama aminkan doa Amie di bawah ini:
Oh begitu ceritanya. Balik-balik je dah sibuk pula dengan tugasan hakiki. Belum cukup rehat lagi. Semoga Kak Amie dapat rehat secukupnya, semoga baik-baik sahaja dan jaga diri Kak Amie.
BalasPadamSempat lagi tu kak Amie buat kuih serabai dan serawa cempedak.
Semoga Allah makbulkan segala doa-doa kak Amie. Aamiin...
Sy baru fikir nak buat report polis kalau Kak Amie tak muncul hari ni tau. Nasibbbbb baik, tapi tu la, dia muncul dengan serabai dan serawa flavour cempedak pulak. Serabai sy menengoknya sebab dapat tengok aje tau.
BalasPadamAminnn² doanya. Allah swt makbulkanlah, Amiiinnn YRA.
biasa mkn serawa durian..kalini serawa cempedak..kuih serabai tk pernh mkn juga
BalasPadamTak pernah makan semua ni. Selalu cempedak goreng jela pandai makan. Patut la lama takde post dari akak. Busy rupanya.
BalasPadamIni makan petang2 memang layan ni...
BalasPadamSemoga yg baik² utk Kak Amie sekeluarga 🤲🏻
BalasPadamKagum la dgn idea masakan Kak Amie ni, tak pernah jumpa lagi serabai cempedak. Makan panas-panas sedap ni.