Pages

Jumaat, 4 September 2026

Buah Perah & Sup Ceker

Bimillahirrahmanirrahim.
Semalam selepas gotong-royong bersihkan bilik Wak Niah bersama Wak Aton dan adik Chah, Wak Aton tidur di rumah Bonda. Adik Wi menemani Wak Niah di hospital.  Sampai larut malam kami bercerita. Oleh kerana kami tidur di ruang tamu dekat dengan katil Bonda, jadi suara kami mengganggu tidur Bonda. Mungkin Bonda tertarik dengan perbualan kami, jadi Bonda gagahlan diri bangun dari katil dan duduk sembang dengan kami.

Banyaklah makanan Wak Aton bawa. Ada karipap, kuih koci, sate ayam dan buah-buahan. Sebelah petangnya pula, suami Wak Aton hantar mi goreng. 

Sewaktu Wak Aton hulurkan bungkusan berisi makanan, Amie lihat ada sebekas buah kurma, seperti bentuk kurma Algeria, kecil-kecil saiznya. Amie keluarkana dari beg bungkusan dan letak atas meja. Seleai solat isya Wak Aton panggil makan : Mari makan buah perah, katanya.

Ya ampun! Buah yang Amie sangka buah kurma Algeria itu rupanya buah perah. Selama ini Amie tak pernah nampak atau makan buah perah. Pernah sekali dulu baca di blog Mama Cella - Makan Buah Perah dan lihat gambar buah perah juga di blog Puan HazelBuah² Rare @ Sungkai.

Pertama kali makan buah perah yang rasa lemak-lemak, lebih lemak dari buah berangan rasa jatuh cinta pula. Tidaklah banyak Amie makan, dan akan sambung esok. Jadi bakinya Amie simpan bawah tudung saji.

Pagi tadi datang emak saudara ziarah emak. Sebelum Wak Aton pulang ke rumahnya, Wak Aton pelawa makan buah perah. Walaupun kali pertama makan, emak saudara kita suka pula. Harap-harap adalah bakinya. Rupanya habis ... ahaks! 

Buah Perah


Isi Buah Perah

Tengah hari tadi selepas mendobi, Wak Aton datang ke rumah Bonda semula. Dibawanya kuih bingka ubi, kaki ayam, terung, tempe dan lauk sotong yang sudah siap dimasak. Amie masakkan sup ceker untuk Bonda. Bonda tak mahu makan daging ayam, ikan dan lauk lain. Kalau ada sup ceker, laju jew Bonda makan. Nak buat macamana. Dah itu sahaja antara menu yang digemarinya, kita masak sahajalah.

Tapi, esok kita sudah hendak berangkat pulang.
Jadinya, inilah Sup Ceker yang sempat kita masakkan untuk Bonda. Kita tambahkan jagung, lobak merah dan labu kundur.

Sup Ceker

Selepas solat maghrib, kita mesej Wak Aton. Tidurlah malam ini di rumah Bonda. Seronoklah kita baca mesej balasannya: Tengah rebus buah perah! Eh, macam tahu-tahulah pula dia kita hendak makan buah perah!

Alhamdulillah. Tak sabar tunggu Wak Aton sampai. Malam ini kita hendak makan buah perah puas-puas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan