Pages

Jumaat, 18 September 2026

Jumpa Lagi dengan Serabai Cempedak & Serawa Cempedak

Bismillahirrahmanirrahim.

Agak lama juga Amie tidak bersiaran di sini. Bukan kerana sudah melupakan blog kesayangan ini, tetapi sejak pulang daripada menziarahi Bonda di Selangor, Amie kembali sibuk dengan urusan ladang yang agak padat.

Dalam kesibukan itu, Amie juga sedang menguruskan beberapa perkara berkaitan kesihatan yang memerlukan sedikit perhatian dan pemeriksaan lanjut. Jadi, buat sementara waktu, Amie perlu memberikan ruang kepada diri sendiri untuk berehat dan menguruskan apa yang patut. Alhamdulillah, setakat ini Amie baik-baik sahaja. Cuma ada beberapa perkara yang perlu dilalui dengan tenang, satu demi satu.

Terima kasih kepada sahabat-sahabat blogger yang bertanya dan mencari-cari Amie. Terharu juga apabila masih ada yang perasan apabila Amie lama tidak muncul di sini. Amie menyepi seketika, in syaa Allah akan kembali seperti dahulu. Doakan semuanya dipermudahkan. 

Insya-Allah, apabila ada kesempatan dan hati sudah lapang, Amie akan kembali berkongsi cerita tentang masakan, perjalanan, kenangan dan sedikit warna kehidupan di Amie's Little Kitchen.

Di kesempatan ini, Amie kongsikan menu Serabai Cempedak & Serawa Cempedak. Menu ini Amie hidangkan untuk sarapan keluarga pada 16 September 2026, hari cuti sempena Hari Malaysia.

Serabai Cempedak & Serawa Cempedak




Serawa Cempedak


Resipi Serabai Cempedak & Serawa Cempedak ada di gambar infografik di bawah ini. Seperti biasa ada kesilapan yang dilakukan oleh ChatGPT tapi tak berapa rajinlah hendak edit. Silapnya ialah tidak dimasukkan nasi bersama bahan yang dikisar. Itu sahaja. Yang lain semua betul.

Resipi Serabai Cempedak & Serawa Cempedak

Di hari Jumaat nan mulia ini, marilah sama-sama aminkan doa Amie di bawah ini:

Ya Allah, tenangkanlah hati hamba-Mu ini.
Jangan Engkau beratkan fikiranku dengan sesuatu yang belum berlaku, berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi apa yang perlu dihadapi, kesabaran untuk menunggu jawapan,
dan keyakinan bahawa setiap ujian berada dalam pengetahuan-Mu. Jika ada sesuatu yang perlu dilalui, permudahkanlah. Jika ada sesuatu yang ditakuti, tenangkanlah. Dan jika ada kesembuhan yang diharapkan, dekatkanlah aku kepadanya. Jadikanlah hatiku sentiasa dipenuhi iman, reda dan tawakal.
Aamiin ya Rabbal ‘alamin. 

5 ulasan:

  1. Oh begitu ceritanya. Balik-balik je dah sibuk pula dengan tugasan hakiki. Belum cukup rehat lagi. Semoga Kak Amie dapat rehat secukupnya, semoga baik-baik sahaja dan jaga diri Kak Amie.

    Sempat lagi tu kak Amie buat kuih serabai dan serawa cempedak.

    Semoga Allah makbulkan segala doa-doa kak Amie. Aamiin...

    BalasPadam
  2. Sy baru fikir nak buat report polis kalau Kak Amie tak muncul hari ni tau. Nasibbbbb baik, tapi tu la, dia muncul dengan serabai dan serawa flavour cempedak pulak. Serabai sy menengoknya sebab dapat tengok aje tau.

    Aminnn² doanya. Allah swt makbulkanlah, Amiiinnn YRA.

    BalasPadam
  3. biasa mkn serawa durian..kalini serawa cempedak..kuih serabai tk pernh mkn juga

    BalasPadam
  4. Tak pernah makan semua ni. Selalu cempedak goreng jela pandai makan. Patut la lama takde post dari akak. Busy rupanya.

    BalasPadam
  5. Ini makan petang2 memang layan ni...

    BalasPadam