Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, kita dipertemukan lagi dengan bulan yang penuh keberkatan, bulan untuk kita mengenang dan menghayati kelahiran junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW, insan pilihan Allah yang membawa cahaya Islam kepada seluruh umat manusia.
Pada hari yang mulia ini, marilah kita memperbanyakkan selawat dan salam ke atas baginda, sambil bermuhasabah tentang sejauh mana kita benar-benar berusaha mencontohi akhlaknya dalam kehidupan seharian. Semoga cinta kita kepada Rasulullah SAW bukan hanya terucap di bibir, tetapi diterjemahkan melalui akhlak, tutur kata, perbuatan dan cara kita melayani sesama manusia.
Sebaik sahaja Encik Suami keluar dari hospital, Firdaus terus out station ke Kota Kinabalu, ke Tawau dan ke Sandakan. Balik pun sekejap-sekajap sahaja, sekadar mandi dan solat kemudian sambung semula kerjanya. Dua hari lepas, Fairuz bawa pulang tiga bekas tuhau yang dibeli di Pekan Kundasang. Sebekas berisi jeruk tuhau, sebekas lagi berisi serondeng tuhau dan sebekas lagi berisi sambal tuhau.
 |
| Sardin Sambal Tuhau |
Ketika Amie sedang menumis sambal sardin dengan tuhau di dapur, Firdaus muncul sambil berkata : Daus tahu Mommy masak apa. Mommy masak tuhau!
Rasanya jarang anak-anak sebaya Firdaus pandai makan tuhau. Itulah kelebihannya hidup dengan orang tua, kenalah ikut selera orang tua macam kami juga... ahaks!
 |
| Tiga bekas tuhau. |
Dalam gambar di atas, tiga bekas tuhau:
- Jeruk Tuhau
- Sambal Tuhau
- Serondeng Tuhau
 |
| Sardin Sambal Tuhau |
 |
| Bismillah |
Biasanya kalau masak Sardin Sambal Tuhau, Amie hanya gunakan sambal tuhau sahaja. Kali ini Amie masukkan sambal tuhau dan jeruk tuhau sekali harung. Tamak punya pasal, semua hendak dimakan.... ahaks! Amie tidak tambahkan halia sebab tuhau sudah mempunyau aroma yang kuat. Oleh kerana sudah ada rasa masam jeruk tuhau, Amie juga tidak masukkan air asam jawa atau asam keping dalam masakan. Sambal dan jeruk tuhau sudah ada rasa garam, jadib Amie masukkan secubit garam sahaja. Tak masukkan pun boleh sebab sudah ada tambahan perasa dari sos tiram dan kicap lemak manis.
Resipi Sambal Sardin Tuhau
Bahan-bahan:- 1 tin kecil sardin dalam tin
- 1 sudu besar sambal tuhau
- 1 sudu besar jeruk tuhau
- 1 biji kentang - kupas - potong wedges 8 bahagian - goreng hingga masak - angkat - toskan
- 1 sudu besar kicap lemak manis
- 1 sudu besar sos tiram
- 4 sudu besar minyak
- garam / perasa pilihan secukupnya
Bahan hiris:
- 3 ulas bawang putih
- 1 labu bawang besar
- 1 tangkai cili hijau
- 1 tangkai cili merah
Cara memasak:
- Panaskan minyak dalam kuali. Tumis semua bahan hiris hingga layu.
- Masukkan sambal tuhau dan jeruk tuhau.
- Biarkan masak sehingga terbit aroma.
- Masukkan ikan sardin, sos tiram, kicap, garam / perasa pilihan, cili merah dan cili hijau.
- Gaul rata.
- Masukkan kentang goreng dan masak sehingga terbit minyak.
- Padamkan api dapur.
Untuk Encik Suami, Amie panggangkan ikan temparing dan masak bening sayur sawi. Encik Suami pesan, jangan bubuh minyak banyak semasa panggang ikan. Biar ikan garing, katanya. Pelengkap hidangan makan kami, Amie masak lemak sayur pucuk paku. Ada lebihan daging rusa yang sudah direbus kelmarin, Amie masak dengan pucuk paku.
 |
| Ikan Temparing Bakar Kunyit |
 |
| Hidangan Makan Tengah Hari / Malam |
 |
| Sayu Pucuk Paku Masak Lemak dengan Daging Rusa |
 |
| Alhamdulillah, nampak Encik Suami berselera makan nasi dengan ikan bakar dan sayur bening sawi. |
Firdaus dan Amie sudah tentu berebut makan nasi lauk Sardin Sambal Tuhau. Ada seekor lagi ikan bakar. Amie terlupa Fairuz masih di Kota Kinabalu. Terlebih masak pula!
Sekian, cerita untuk hari ini.
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Ya Allah, limpahkanlah selawat, salam dan keberkatan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda serta para sahabat Baginda.
Salam Maulidur Rasul ﷺ
Semoga cinta kepada Rasulullah SAW menjadi jalan untuk kita semakin dekat kepada Allah SWT.
Alhamdulillah semuga enche majed bertambah sihat. Mesti tuhau ada aroma tersendiri seperti budu atau cencalok sampai kan Firdaus sudah kenal baunya.
BalasPadamTuhau ni sejenis mcm ikan sardin tu ke?
BalasPadamKita baru lepas makan Nasi Tomato tapi entahlah kenapa, rasa kecur pulak tengok Sambal Sardin letak tuhau tu. Walaupun tak pernah makan, tapi sebab Firdaus suka, tentulah sedap apa² sambal diletak tuhau.
BalasPadamsorry kak, terlepas kapalterbang, tuhau tu ape?
BalasPadamAlhamdulillah, banyak rezeki sekeluarga hari ni
Wah! Daus suka pedas eh?
BalasPadamUncle pun tak tau tuhau tu apa.... Buat malu kat Daus je....