Pages

Sabtu, 18 Julai 2026

Sedapnya Makan Nasi Lauk Ikan Cencaru Goreng Kunyit Bonda SA dengan Sambal Kuini

Bismillahirrahmanirrahim.
Kelmarin petang bawa pulang sembilan biji buah kuini. Kalau di LD bekalan buah kuini datangnya dari Filipina. Apabila dibawa masuk ke dapur, aromanya penuh satu rumah. Buah kuini dari negara jiran ini memang isinya cantik dan manis kalau sudah masak.

Jadi, kelmarin petang memang tak sabar hendak sediakan Sambal Kuini dan temankan bersama Ikan Cencaru Goreng Kunyit Bonda SA. Sambal Kuini bau wangi. Ikan Cencaru Goreng Kunyit pun wangi sama. Aroma segar datang ketika menggoreng bawang putih dengan kunyit hidup. Kunyitnya pula Encik Suami tanam sendiri. Jadi aromanya memang segar sebab apabila hendak digunakan baru dicabut dari tanah.


Nasi panas makan dengan Ikan Goreng Kunyit dan Sambal Kuini.

Walaupun ada sayur, tetapi untuk rasa lebih enak memang hanya ambil nasi panas bubuh ikan dan sambal sahaja. Jangan bubuh kuah! Ini yang terus tambah-menambah nasi dalam pinggan,

Buah kuini dari Filipina.

Tambah dua gambar dari entri lama.

Untuk resipi Sambal Kuini boleh rujuk di sini:

Sambal Kuini

Ikan Cencaru Goreng Kunyit

Terima kasih SA. Kak Amie selalu gunakan resipi tinggalan arwah Mak Pah. Al-Fatihah buat arwah. Semoga tenang di sana, dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Amin.

1 ulasan:

  1. Tinggalan resepi aruah mak Pah jadi saham Akhirat. Al fatihah buat bonda SA

    BalasPadam