Pages

Sabtu, 18 Julai 2026

Sarapan Lontong & Bubur Nasi di Ormond Hotel

Bismillahirrahmanirrahim.
Masih cerita minggu lepas, jalan-jalan ke Sandakan dan menginap di Ormond Hotel. Seronok sangatlah waktu sarapan pagi sebab dari jauh sudah nampak periuk bubur nasi. Sudah tentulah itu yang dikejar. Dua kali menambah pula. Kemudian Encik Suami beritahu ada lontong. Apalagi, kita pun ambillah semangkuk kecil. Kuah lodehnya sedap, cukup rasa. Kita menambah lagi. Baru dua menu, perut sudah penuh. Maklumlah kedua-duanya ada karbohidrat, bubur nasi dan nasi himpit. Jadi, cepat kenyanglah!

Bubur Nasi & Lontong

Bubur Nasi & The Gang

Sudah kenyang sarapan barulah jalan-jalan tengok menu lain yang disediakan.


Bubur Nasi

Amie terpikat dengan cili jeruknya yang rangup! Lama juga Amie tak buat cili jeruk sendiri. Untuk lebih rangup kena rendam cili hiris dalam air kapur.


Roti & The Gang.





Di sini ada nasi lemak dan pelbagai menu lain termasuk ayam rendang, kacang panggang, mi goreng dan sebagainya.


Nasi Lemak & The Gang


Firdaus - Orange Juice

Amie - Mango Juice

Beef Salami, jagung, tembikai, buah zaitun dan daun salad.

Eh, rugilah tak mencuba menu lain selain bubur nasi dan lontong! Nampak beef salami, kita pun ambil dua keping. Bukan selalu salami dapat makan salami... ahaks!

Nasi Lemak

Encik Suami & Firdaus : Gambar atas - nasi lemak. Gambar bawah - omelette.

Omelette

Firdaus dengan coco crunch kegemarannya.


Nasi Himpit & The Gang

Lontong






Puas hati sarapan di sini. Banyak pilihan menu yang dihidangkan. Rasanya pun sedap belaka. Cuma kali ini tamak sangat hendak makan lontong dan bubur nasi, jadi tak banyaklah menu lain yang dapat masuk perut... ahaks!

14 ulasan:

  1. Kalau saya pun nampak lontong memang tak pandang lain lagi lah kalau kuah lodeh dia sedap. Hirup kuah Dan sayur je.

    BalasPadam
  2. Wah, blog kak Amie sudah berubah wajah. Lama tak datang sini.
    Sedap-sedap tengok hidangan bufet sarapan di hotel. Macam-macam ada.

    BalasPadam
  3. Nampak menyelerakan....Saya pun masak bubur nasi hari ni..

    BalasPadam
  4. Kalau sarapan bubur nasi di hotel mesti teringat Kak Amie. Kalau ada lontong tu lagi seronoklah kita kan. Makan kegemaran.
    Suka ambil omelette. Sebab nak buat sendiri malas dan tak jadi kadang. hihi...
    Banyak pilihan tu yang best. Dapat rasa macam-macam sarapan pagi. Berbaloi.

    BalasPadam
  5. Persembahan yang indah dengan makanan yang segar siah menyihatkan..

    BalasPadam
  6. Lontong tu cukup ke makan? Macam kecik je bekas dia.. anyway, cantik header blog baru. Saya suka..

    BalasPadam
  7. sedap2 menu hotel..menyelerakan lontong tu kak mie.

    BalasPadam
  8. cukup ke kak lontong banyak tu je?
    hehehe

    BalasPadam
  9. sedap2 menu hotel. kalau makan buffet ni, suka ambil portion sikit2 supaya dapat rasa semua

    BalasPadam
  10. Sy tak boleh tinggalkan nasi lemak kalau makan buffet breakfast. Sebab nak rasa sambalnya sedap ke tidak hehe...

    BalasPadam
  11. Lama tak makan lontong kat kedai biasa tu. Nampak sedap pulak lontong ni.

    BalasPadam
  12. Saya pun skr ini dah di fase tak bisa makan banyak yg ala buffet begini kak 😅😅. Lidah memang masih teringin makan, tp perut dah susah terima 🤣. Padahal baru makan 2-3 menu saja. Makanya akhir2 ini saya sering pesan hotel tanpa sarapan. Krn terkadang memang tak bisa banyak kalau makan pagi

    BalasPadam
  13. Menarik betul pilihan bufet kat Hotel Ormond ni, pelbagai jenis hidangan ada. Terliur pulak tengok cili jeruk rangup tu! Bagus juga tip rendam air kapur yang Kak Amie kongsi, nanti boleh cuba buat sendiri kat rumah

    BalasPadam
  14. Aduhhh... kecik sangat mangkuk lontong tu.. rupanya kenyang juga ya sampai tak banyak makan hidangan lain.

    BalasPadam