Pages

Jumaat, 3 Julai 2026

Resipi Ayam Goreng Kunyit

Bismillahirrahmanirrahim.
Amie sebenarnya sudah agak jarang masak-masak di dapur. Akhir-akhir ini masak dua hari sekali. Masak lauk lebih, jadi boleh simpan lauk dalam frezer dan baki lauk tadi boleh dipanaskan semula untuk makan keesokan harinya. Kalau tak cukup lauk, tambahkan telur dadar, sambal dan ulam-ulaman sahaja. Nasi pun selalu tak habis. Dulu selalu buat nasi goreng, tetapi sekarang tidak. 

Kalau ada mambang rajin, masak jugalah hari-hari. Mungkin disebabkan Encik Suami hanya makan nasi lauk rebus-rebus sahaja, jadi semangat untuk masak-masak agak merudum sedikit. Encik Suami pun pandai masak sendiri. Tak susah katanya. Rebus sahaja ikan atau ayam kemudian tambahkan sayur. 

Resipi Ayam Goreng Kunyit yang Amie kongsikan ini merupakan menu minggu lepas, entah hari apa Amie masak. Oleh kerana Amie tambahkan kentang, Firdaus kata ayam tak banyak. Yang banyak hanya kentang saja.... ahaks! Sebenarnya ayam duduk sembunyi di bawah timbunan pelbagai aksesori. Maklumlah, hendak masak sekali harung jadi bubuhlah semua benda dalam kuali.

Ayam Goreng Kunyit


Antara aksesori tambahan Ayam Goreng Kunyit termasuklah kentang Australia, kacang panjang, daun kari, lobak merah, hirisan cili merah dan bawang holland. Boleh baca dalam infografik 3D yang dijana oleh ChatGPT di bawah ini.

Kentang Australia yang cantik bentuk dan warna kulitnya itu Amie belah empat. Amie tak kupas kulitnya. Amie goreng dahulu hingga masak kekuningan dan angkat. Kemudian Amie goreng ayam yang diperap sehingga masak. Ketika itulah Amie masukkan daun kari, lobak merah, kacang panjang, cili merah, bawang holland dan kentang goreng tadi. Setelah kacang panjang dan lobak merah layu serta berubah warna, Amie angkat dan tapis.

Ayam Goreng Kunyit

Cukuplah lauk Ayam Goreng Kunyit begini saja. Tak perlu cari lauk lain!



7 ulasan:

  1. ayam goreng kunyit ni, walaupun ringkas kalau ditambah dengan sambal belacan atau kicap pun dh boleh bertambah makan. Dana kadang suka menu kering-kering memang cukup dah ini je

    BalasPadam
  2. satu lauk mcm ni pun dh cukup kalo mkn dgn nasi panas

    BalasPadam
  3. cantik kejadian ayam goreng kunyit tu. menyelerakan sungguh

    BalasPadam
  4. ayam goreng kunyit siap sayurnya sedap tu

    BalasPadam
  5. Sedap ni sebab banyak Kentang. Kite suka2

    BalasPadam
  6. Saya pun dah kurang juga memasak di dapur. Kadang tak ada selera juga nak makan masakan sendiri. Kadang masak lebih macam kak Amie juga buat simpan, tinggal panaskan je.

    Mungkin agaknya macam husband kak Amie juga kena makan rebus-rebus sebelum ni, selera juga merundum.

    Sedap ayam goreng kunyit tambah daun kari. Mana yang ada tu kita campak masuk je lah kan. Sedap nampak ayam goreng kunyit kak Amie macam macam berlengas gitu tak kering. Suka macam ni.

    BalasPadam
  7. Senang sekali arung dalam 1 hidangan.

    BalasPadam