Bismillahirrahmanirrahim.
Selepas menikmati segelas minuman serai kayu manis di Sepilok Forest Edge Resort, kami keluar ke bandar Sandakan dan singgah di Al Falah Fous Banana Leaf untuk minum petang merangkap makan malam. Menu yang dipilih tidaklah jenis berat, sekadar untuk alas perut sahaja. Sekiranya berasa lapar, nanti di resort kami akan memesan makanan di restoran. Tapi biasanya kami tidak makan melewati pukul enam petang.
Al Falah Fouz Banana Leaf menawarkan hidangan Aeab - India. Tahun lepas kami berdua dengan Encik Suami pernah makan di sini : Indian & Arabian Cuisine - Al Falah Fouz Banana Leaf.
Kami memesan:
- Pani Puri
- Beef Chapli Kebab
- Tosei
- Chicken Popcorn with Fries & Cheese
- Lemon Madu Panas & Sejuk
- Ice Blended Strawberry
| Encik Suami - Lemon Madu Panas |
| Amie - Lemon Madu Sejuk |
| Firdaus - Ice Blended Strawberry |
| Encik Suami - Tosei |
| Firdaus - Chicken Popcorn with Fries & Cgeese |
Oleh kerana Firdaus pun hendak makan pani puri, jadi kami memesan dua set.
| Beef Chapli Kebab |
Mana kenyang makan pani puri! Jadi kita memesan Beef Chapli Kebab.
Kita makan secubit kecil sahaja Beef Chapli Kebab ini dan kemudian minta bungkus untuk dibawa pulang. Kononnya akan dimakan ketika berada di Bilik Mata Kucing. Oleh kerana tidur awal, jadi terlupa untuk makan! Keesokan paginya Encik Suami kata Beef Chapli Kebab habis dimakan Firdaus. Tidak apalah. Lebih baik dimakan daripada terbiar basi hingga ke pagi dan membazir pula!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan