Pages

Isnin, 27 Julai 2026

Menu Rebus-Rebus : Ikhtiar Sihat Buat Encik Suami

Bismillahirrahmanirrahim.
Sejak Encik Suami kurang sihat dan keluar dari hospital awal tahun 2026, kebanyakan hidangan yang Amie sediakan di rumah lebih banyak berasaskan kaedah rebus. Selain ringkas disediakan, rasa asli bahan-bahan seperti ikan, ayam, sayur-sayuran lebih menyerlah. Hal ini kerana Amie sentiasa gunakan halia, serai, lengkuas, tomato, daun limau purut , daun kemangi dan daun kunyit untuk aroma lebih segar. 

Kalau Amie terlewat masuk dapur, Encik Suami masak sendiri ikan bersama sayuran hijau seperti sawi. Beliau hanya tambahkan hirisan halia dan bawang putih serta bawang merah. Ada kalanya Amie bantu Encik Suami masak dengan menambah bahan seperti serai, serbuk kunyit dan juga asam keping! Untuk hidangan yang tidak menjemukan dengan warna hijau sawi, Amie pelbagaikan sayur agar lebih warna-warni dan cantik. Kuahnya pula tidaklah selalu  sejernih kuah singgang, tetapi Amie kisarkan buah tomato atau rebus tomato lebih lama sehingga hancur untuk menerbitkan warna dalam kuah. Encik Suami tidak mahu rasa pedas cili, jadi jaranglah Amie bubuh cili dalam hidangannya kecuali sweet pepper. Encik Suami suka jadikan sweet pepper sebagai ulam.

Namun begitu, satu perkara yang perlu diingat iaitu penggunaan garam yang sedikit atau kurangkan jumlahnya. Apabila masakan rebus ini dinikmati sewaktu masih panas, rasanya juga lebih enak.

Amie sediakan menu-menu ini sebagai salah satu ikhtiar menjaga pemakanan Encik Suami agar lebih sihat, di samping kami sekeluarga turut menikmatinya.

Hasilnya, dalam tempoh dua bulan Encik Suami mengalami penurunan berat badan dari 79 kilogram ke 57 kilogram. Oleh kerana sudah mencapai BMI yang sesuai, Amie cadangkan agar Encik Suami menjaga berat badan seimbang. Dan kini beratnya antara 55 -56 kilogram. Bagaimanapun Encik Suami masih di bawah pemantauan hospital terutama berkaitan masalah jantung dan buah pinggang. Encik Suami juga konsistem keluarkan peluh setiap hari dengan cara briskwalk.

Dalam entri ini Amie himpunkan beberapa menu rebus yang pernah Amie masak. Encik Suami lebih sukakan ikan berbanding ayam dan tidak pernah menjamah daging. Kaedah memasak juga dengan cara merebus atau masak sup sahaja. Walaupun Amie pernah tumis dahulu bahan perencahnya supaya wangi, Encik Suami tetap mahu masakan tanpa setitik minyak! 

Mudah-mudahan koleksi ini dapat memberi idea kepada rakan-rakan yang sedang mencari hidangan ringkas, berkhasiat dan sesuai untuk dinikmati seisi keluarga.


Sup Ikan Dori

Sup Ayam

Sup Ayam dengan Betik & Jagung

Sup Ikan Batu dengan Nanas

Singgang Ikan Tuna dengan Nanas

Sup Ikan Bunak dengan Cendawan Tiram Raja.

Sup Ikan Putih dengan Belimbing Buluh.

Singgang Kuning Ikan Tenggiri dengan Nanas.

Sup Kepala Ikan Salmon

Singgang Ikan Kerisi

Asam rebus Ikan Gerong-Gerong

Singgang Ikan Tuna

Sup Sweet Pepper Sumbat Isi Ikan & Isi Salmon

Singgang Ikan Tenggiri

Sup Ikan Salmon Aneka Sayuran

Sup Ikan Dori

Sup Ikan Batu

Singgang Ikan Batu

Sup Kepala Ikan Merah

Asam Rebus Ikan Tenggiri

Sup Ikan Salmon

Sup Ikan Dori & Udang & Tauhu Jepun.

Singgang Ikan Tuna dengan Kacang Bendi.

Alhamdulillah, walaupun sekadar masakan yang sederhana, namun ini adalah satu usaha kecil untuk menjaga kesihatan insan yang kita sayangi. Semoga koleksi menu rebus ini memberi manfaat dan menjadi inspirasi kepada anda untuk mencuba memasak hidangan sihat dan berkhasiat.

Jangan lupa, jika suka tambahkan lada putih atau lada hitam tumbuk supaya lebih berasa.

14 ulasan:

  1. Untuk diet nak turunkan berat badan memang sesuai menu gini.

    BalasPadam
  2. Boleh ditiru ni, nampak ketara penurunan berat badan En Majid. Tentu Kak Amie pun semakin mengecil jugak tubuhnya. Walaupun masakan rebus² tapi dari gambarnya nampak sedap dan menyelerakan. Yang penting Kak Amie dan En Majid sihat selalu, Amiiinnn.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya dah tak mampu nak turunkan lagi berat badan. Tak sanggup makan rebus hari-hari macam Encik Suami hihihiii.

      Padam
  3. Tak berapa minat lauk sup ni, tapi kalau kene gayanya sedap juga..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dah terpaksa nak sihat nacam suami saya, inilah antara pilihannya. Sedap rak sedap kena telan juga.

      Padam
  4. Salute dgn suami Kak Amie sebab berjaya mengekalkan diet sihat dan mencapai penurunan berat badan yg banyak 🫡 sgt2 susah nak tinggalkan garam dan gula dalam makanan dan minuman harian ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak sangka semudah itu boleh turun berat badan, makan rebus-rebus, tidak makan selepas maghrib dan briskwalk setiap pagi keluarkan peluh. Yang penting konsisten amalkan setiap hari.

      Padam
  5. Banyak betul penurunannya ye kak, alhamdulillah moga kesihatan suami akak semakin stabil ya. Mujurla isterinya memang pakar masak, walaupun menu rebus tapi pelbagai betul.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Syukurlah ada idea untuk pelbagaikan cara masak. Kesian juga selalu terkulat-kulat makan rebus ikan atau ayam dengan sayur sawi.

      Padam
  6. Nampak sedap lauk kak Amie masak...tu la kalo hari2 rebus mmg x boleh go jugak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk orang sihat tak apalah, banyak pilihan masakan selain rebus.

      Padam
  7. Kesian dia kena makan rebus2 setiap hari.
    Tapi nampaknya semua menu sedap dan menyelerakan.
    Semoga en suami cepat sembuh dan sihat walafiat

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah terima kasih Kak Amie sudi berkongsi menu. Sy mmg mencari² menu begini terutamanya utk makan malam. Nak kurangkan atau skip nasi di waktu malam, boleh makan sup sebegini.

    BalasPadam