Pages

Isnin, 27 Julai 2026

Mencari Isi Siput Sedut

Bismillahirrahmanirrahim.
Cerita dua minggu lepas yang belum selesai. Selepas kami daftar keluar Ormond Hotel, kami mencari tempat makan tengah hari dan singgah di sebuah cafe yang pernah kami singgah makan dua minggu sebelumnya. Kali ini kami hendak makan lauk berhidang dan penuhi keinginan Firdaus untuk makan kapurung.

Atas - Lauk berhidang.
Bawah - Set kapurung.

Minuman yang dipesan.

Firdaus dengan hidangan akpurungnya.


Amie tidak makan nasi, sebaliknya makan kapurung bersama Firdaus. Selepas makan kapurung Firdaus makan nasi juga. Antara lauk berhidang termasuklah ayam, udang galah, terung berlada dan ulam-ulaman. Amie hanya ingin makan siput sedut masak lemak sahaja. Encik Suami dan Firdaus langsung tak sentuh siput.




Siput Sedut Masak Lemak

Selesai makan kapurung, Amie pun tarik mangkuk Siput Sedut Masak Lemak. Sedut seekor siput, tak keluar isi. Ambil lagi seekor, sedut lagi. Tak keluar isi juga. Ambil siput ketiga, sedut lagu kuat. Tak keluar isi juga. Ambil siput keempat, sedut tiga empat lima kali barulah keluar isi yang rasanya kurus sangat! Tak rasa isi siput pula.


Encik Suami cuba seekor dan sedut kuat-kuat. Dapatlah isinya. Cuba seterusnya, sama seperti kita tak keluar isi. Setelah kita sedut seekor demi seekor sehingga 11 ekor, kita pun berhenti makan,


Baki siput sedut dalam mangkuk.


Setelah membayar harga makanan di kaunter, kita beritahu pekerja di situ. Kita kata isi siput tak boleh disedut. Samada tak masak atau siput yang sudah lama.  Petugas di kaunter mohon maaf.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan