Pages

Selasa, 28 Julai 2026

Makan Malam di Harmony City : Sekadar Alas Perut

Bismillahirrahmanirrahim.
Entri travelogue ke Palestin terhenti di sini: Singgah Makan Tengah Hari di Lastoria Restaurant.

Amie sambung semula tetapi sudah tentu ada beberapa perkara yang sudah terlupa. Sebaik sahaja sampai di hotel, Amie cadangkan Encik Suami berehat sahaja selepas mandi air hangat memandangkan seharian berhujan dalam lawatan. Hendak jadi cerita, semua jenis ubat-ubatan seperti panadol, vitamin, ubat sapu, minyak panas dan sebagainya tertinggal di Jordan! Syukurlah ada rakan peserta yang sudi kongsi panadol dengan Encik Suami.

Melihat Encik Suami agak lemah dan kurang sihat, Amie rasa menemani beliau adalah  tanggungjawab dan satu bentuk keprihatinan. Walaupun rasa agak rugi kerana datang dari jauh dan bukan kesempatan yang mudah, namun Amie yakin dalam agama kita, menjaga kesihatan dan nyawa lebih utama daripada melakukan ibadah sunat di tempat tertentu.

Amie juga berharap keputusan tidak membenarkan Firdaus pergi ke Masjidil Aqsa tanpa pengawasan sendiri juga sangat berasas. Walaupun boleh pergi bersama ahli rombongan, Amie perlu berasa risau lebih-lebih lagi di tempat yang sensitif seperti kawasan Masjidil Aqsa.

Allah ya Allah!
Walaupun kami hanya mampu menunaikan solat di bilik pada hari itu, semoga niat  untuk ke Masjidil Aqsa dan beribadah di sana didengari-Nya dan tidak terhalang kerana sebab yang syarie seperti menjaga Encik Suami. Dengan kata lain menemani suami yang tidak sihat, melindungi anak, juga adalah ibadah kerana mendahulukan perkara yang lebih penting pada waktu itu.

Jus Nanas

Menjelang makan malam, kami bertiga turun ke dewan makan. Encik Suami tidak berselera untuk menjamah makanan. Hanya minum segelas air suam sahaja. Melihat keadaan tersebut, selera kita pun turut terbantut. Mungkin Encik Suami perlu banyak berehat dan tidur selepas makan ubat. 

Kita minum dua gelas jus nanas!
Firdaus seperti biasa, mencuba beberapa jenis minuman panas dari mesin minuman.

Amie hanya ambil gambar makanan mana yang sempat sahaja. Banyak menu yang dihidangkan tetapi kerana hendak cepat-cepat masuk ke bilik, tangkap sajalah beberapa jenis untuk kenangan.

Nasi Putih


Lauk berkuah merah ini kaya dengan rempah dan aroma. Amie tidak tahu apa isi di dalamnya sebab tak ambil. Tapi nampak seperti sayur-sayuran.

Stew Sayur Campur dengan Bebola Daging.

Hidangan ini lebih kepada rupa sup atau stew sayur campur yang berisi potongan sayur-sayuran segar bersama bebola daging. Kuahnya nampak pekat.

Manis betul buah oren ini.


Selain hirisan oren dan pisang, Amie jamah sedikit sahaja makanan malam itu seperti dalam gambar atas dan bawah.


Jejari Ayam Salut Bijan

Gambar di atas merupalan hidangan jejari ayam goreng bersalut bijan yang rangup di luar dan lembut di dalam. Warnanya keemasan.

Salad Campuran

Salad campuran ini lengkap dengan daun salad segar, tomato, bawang, hirisan lemon dan taburan rempah yang menaikkan aroma hidangan.

Salad Mediterranean

Salad hijau Mediterranean yang ini dihiasi hirisan lemon, tomato ceri, timun dan daun salad segar yang memberikan rasa ringan dan menyegarkan.

Coleslow

Coleslaw creamy ini pula terdiri daripada kubis dan lobak merah yang dipotong halus, ditambah kismis sebagai pelengkap rasa manis dan segar.

Selepas makan malam seadanya, kami naik ke bilik. Encik Suami memakai baju dan seluar Long John, memakai stoking dan menutup seluruh badannya dengan selimut. 

Setelah sepanjang hari berhujan, di sebelah malamnya pula semua menggigil kesejukan! Kami bungkus diri dalam selimut mencari kehangatan kerana tiada pemanas hawa disediakan.

2 ulasan:

  1. Bila encik suami tak sihat kita pun rasa tak best nak makan kan kak...

    BalasPadam
  2. Chicken Tenders Palestine style..
    Sedap nampak stew bebola daging tu. Pasti sedap dimakan panas² dengan cuaca yang agak sejuk.

    BalasPadam