Pages

Isnin, 13 Julai 2026

Lidah Lembu Bakar Air Asam Kerisik

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini Amie hendak kongsikan menu Lidah Lembu Bakar Air Asam Kerisik.Sebenarnya gambar masakan ini sudah tersimpan berminggu-minggu lamanya, dan sudah dibuang. Adalah beberapa keping masih terselamat, jadi Amie buatlah entri juga. Sebelum itu Amie minta tolong ChatGPT buatkan infografik resipi, tetapi asyik salah sahaja kejadiannya walaupun sudah diedit dan minta diperbetulkan. Itu yang jadi malas hendak dibuat entri.

Lidah Lembu Bakar Air Asam Kerisik


Lidah Lembu Bakar

Air Asam Kerisik

Resipi Lidah Lembu Bakar Air Asam Kerisik

Yang silapnya itu bahagian cara memasak. Agaknya ChatGPT sudah penat. Biarlah Amie paparkan juga di sini untuk rujukan akan datang. 

Gambar pada Disember 2023 di Fraser Hill.

Hari ini dapat dua berita dua beradik. Berita pertama Fuad dapat kenaikan pangkat menjadi Senior Project Engineer. Pelantikan itu berkuatkuasa pada 06 Julai 2026. Tahniah Fuad. Baru balik dari Sydney terus dapat rezeki naik pangkat. Katanya selepas ini mungkin akan out station ke Filipina pula tetapi  dia akan tolak sebab risau keselamatan di negara tersebut. Kita pun faham suasana di negara itu. Walaupun negara jiran dan paling hampir dengan LD, kita tak pernah jejak kaki ke sana biar pun sudah lebih 30 tahun bermastautin di Sabah.

Berita kedua, Fairuz kena langgar kereta sewaktu menunggang motosikal. Syukur Alhamdulillah tidak cedera tetapi katanya rasa sakit di bahagian kaki kerana terjatuh. Motosikalnya sekarang sedang dibaiki di bengkel. Semoga dipermudahkan urusan Fairuz.

Di sebalik kesusahan ada kesenangan. Sesungguhnya susah dan senang itu ujian Allah belaka.

15 ulasan:

  1. Tahniah fuad. Allahuakbar semuga fairuz tak apa2. Bila kata accident je berderau rasa hati

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Notie. Kita pun cemas, tapi syukurlah tidak cedera.

      Padam
  2. Lidah sapi ini favorit sayaaaaaa sangaaattttt. Kalau di sini lidah dibuat sate Padang kak, atau di masak semur. Tp kalau keluarga saya suka di goreng sebentar, makan dengan sambal bawang pedas.

    Congrats utk Fuad dpt kenaikan . Btw ada apa dengan Filipina? Saya dah lama tak lihat berita agaknya. Trakhir ke Manila aman2 saja.

    Semoga kaki Fairuz juga cepat membaik yaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya nak cuba masak semur lidah.
      Ya, kalau di Manila memang aman. Fuad takut dihantar ke kawasan yang sentiasa bergolak. Memang ada kawasan tertentu yang kurang selamat.

      Padam
  3. Uncle belum pernah rasa lidah lembu ni... Camana texture nya eh?

    BalasPadam
  4. Makanan exotic ni. Kalau kuah asam letak kerisik mesti jadi lagi sedap kan.
    Alhamdulillah tahniah Fuad dapat naik pangkat. Jauh² outstation tu. Semoga baik-baik saja.
    Allahuakbar, dengan berita kena langgar buat kita sesak dada. Syukurlah tak ada apa² yang teruk.
    Semoga Allah permudah segala urusan kak Amie dan keluarga. Aamiin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekalu-sekala saja jumpa lidah.
      Ya, cemas betul bila dengar Fairuz accident. Alhamdulillah, semuanya baik-baik saja.

      Padam
  5. Allah hu akbar, semoga Fuad cepat sembuh bahagian kaki ya..ujian kecil ..kita harus sabar..doakan tak lagi berlaku..aamiin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. In syaa Allah.
      Moga Allah permudahkan urusan Fairuz.

      Padam
  6. Makanan nampak sedap tetapi belum pernah cuba. Tahniah utk anaknya atas kenaikan pangkat, & utk yang sedang diuji kemalangan... semoga baik² saja keadaannya dan cepat sembuh

    BalasPadam
  7. Tak pernah makan lidah lembu. Macam teringat2 lembu jelir lidah 😅

    BalasPadam
  8. Pernah makan lidah lembu yg siap dimasak. Masak sendiri belum pernah.

    Alhamdulillah tahniah utk Fuad 🤲🏻
    Syafahallah utk Fairuz.
    Semoga dipermudahkan semua urusan hendaknya 🤲🏻

    BalasPadam