Bismillahirrahmanirrahim.
Jalan-jalan lagi selepas menghadiri aktiviti hari Sabtu di ladang. Kali ini kami ke Sandakan, tujuan menziarahi ibu mentua adik ipar yang sedang sakit. Sebelum sampai ke bandar Sandakan, kami singgah cari makan di sebuah restoran. Memandangkan jam sudah menunjukkan pukul tiga petang, jadi kami hanya memesan makanan separuh berat sahaja. Firdaus dan Encik Suami pun tidak mahu makan nasi.
Kalau pukul tiga petang, itu menandakan sudah hampir masuk waktu asar!
 |
| Relaxing Tea |
 |
| Mee Soup |
Encik Suami tetap mencari makanan rebus-rebus atau bersup. Dapatlah semangkuk mi sup. Mi tersembunyi di bawah aksesorinya. Ketika dihidangkan barulah dituang kuah sup. Kuah sup diletak di dalam teko putih di sebelah mangkuk Mi Sup.
 |
| Salted Egg Crispy Mushroom |
Firdaus pun sudah pandai memilih makanan selain nasi. Dia memesan Salted Egg Crispy Mushroom. Kita cuba makan sekeping. Tambah lagi dan lagi! Dan sudah tentulah sedap sehingga menjilat jari.
 |
| Salted Egg Crispy Mushroom |
Selain Salted Egg Crispy Mushroom, Firfaus menambah pesanan berupa burger dan kentang goreng.
Walaupun tidak sempat makan tengah haari dan menjamah nasi, tetapi pilihan makanan dan minuman petang sudah cukup mengenyangkan.
Semua hidangan nampak menyelerakan , sesekali skip nasi pun best.
BalasPadamBoleh tahan harga otak² tu. Tapi betullah tu, nanti teringat² pulak kalau tak jamah.
BalasPadamRelaxing tea menarik la
Spring roll dia nampak rangup betul tu.Umangaii mahal bona otak-otak eh RM22 5keping. Nanti tak beli menyesal pula kan, macam Kak Amie cakap nanti teringat-ingat. Favourite sotong kangkung tu. Unik betul hidangn mi sup tu. Bekas batu macam lesung ke tu kak Amie?
BalasPadamAlhamdulillah...Tak makan nasi pun sangat mengenyangkan ni. Banyak menu ada karbo, protein.
Teringin plak nak rasa otak² premium tu ye 🤑
BalasPadam