Bismillahirrahmanirrahim.
Minggu lepas minta tolong Abang Farid tempahkan Balung River Resort tetapi Abang Farid kata tak jumpa web sitenya. Terlepaslah hasrat untuk mandi-manda di sungai yang jernih airnya. Rupa-rupanya setelah Encik Suami buat siasatan, tempat tersebut sudah ditutup. Ya, sudah!
Abang Farid buat tempahan di Marco Polo Hotel pula. Sebut Marco Polo Hotel, zaman-zaman kami muda dahulu memang tak beranilah hendak bermalam di sini disebabkan harganya yang begitu kayangan walaupun taraf tiga bintang sahaja. Barangkali lama-kelamaan disebabkan banyak berdiri hotel bak cendawan tumbuh selepas hujan di sekitar Tawau, maka nama Marco Polo agak tenggelam. Kami pernah menginap di sini beberapa kali dan harganya memang sangat murah.
Kali ini Abang Farid tempahkan jenis bilik deluxe triple dengan harga RM145.33 sen sahaja tanpa sarapan. Jadi, kami dapat tiga buah katil single.
 |
| Bilik Deluxe Triple |
 |
| Katil Amie di hujung, Encik Suami di tengah. |
Antara kemudahan yang disediakan termasuklah TV skrin rata, meja dan kerusi.
Walaupun nampak old school, tapi selesa.
Bilik airnya pun luas.
 |
| Marco Polo Hotel - Google |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan