Apabila Encik Suami masak sendiri lauk supnya, beliau hanya tambahkan hirisan halia, bawang merah dan bawang putih sahaja. Biasanya ketika Amie masak di dapur, memang beliau akan turut serta menyediakan hidangannya sendiri. Lama-kelamaan barulah Amie perasan, Encik Suami tidak masukkan asam keping. Mungkin sup dinikmati panas, jadi kurang rasa hamis atau hanyir ikan sebab ditambah halia.
Sekarang kalau Encik Suami masak sup, sudah pandai tambah asam keping dan juga serai. Amie pula dari semasa ke semasa sering mencari 'rasa sup' yang segar dan lebih enak dari kebiasaan. Misalnya dalam masakan singgang, Amie suka bubuh tomato yang direbus lebih awal supaya timbul rasa masam manis dalam kuah. Amie tambahkan warna-warna sayuran supaya lebih menarik seperti putik jagung, sweet pepper dan juga tomato ceri. Tidaklah hanya warna kuah jernih bersama ikan atau ayam dan sayur sawi.
Melihat Amie selalu masak untuknya, Encik Suami sudah pandai bubuh serbuk kunyit untuk lauk singgangnya nampak berseri, dan juga masukkan daun kunyit supaya aromanya lebih segar.
| Ikan Gerong-Gerong Masak Asam rebus |
Bahan-bahan:
- 1 ekor ikan gerong-gerong - bersihkan
- 700 ml air
- 7 batang kacang bendi
- 2 ulas bawang putih - hiris
- 1/2 labu bawang besar - hiri
- 1 batang serai - diketuk
- 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
- 1 keping asam gelugur
- garam / perasa pilihan secukupny
- 1 cawan hirisan nanas masak
- 1 biji tomato
- 1/2 biji cili merah - buang biji - Encik Suami tidak makan pedas - sekadar ambil warna cili merah sahaja
- Masukkan air di dalam periuk / kuali dan jerang di atas dapur.
- Masukkan bahan kisar, bawang putih, bawng besar, serai, asam gelugur dan serbuk kunyit.
- Setelah mendidih, masukkan ikan, kacang bendi, garam / perasa pilihan.
- Rasa sedikit kuahnya, dan jika terlebih masam, keluarkan asam keping.
- Setelah ikan masak sempurna. padamkan api dapur.
| Ikan Gerong-Gerong |
Comel pulak tengok ke ikan tu kak amie... Salam rindu -_-
BalasPadamrasa nak cubit je ikan tu...haha...menarik kan kalau bubuh tomato, bell pepper,..jd colourful..
BalasPadamuniknya ikon gerong2 ni. corak dia mcm ikan nemo pulak
BalasPadamSaya igt ikan gerut2...kot la Ada Nama lain..rupanya mmg ikan gerong2...
BalasPadamFirst time SA dengar nama ikan ni kak..nampak macam sedap tu banyak isinya...
BalasPadamPernah mengalaminya kena jaga makan rebus-rebus ni. Naik buntu nak fikir menu. Oo baru saya tahu kena letak asam keping juga ye hilangkan rasa hamis tu. Ingatkan lauk gulai ke masak lemak cili api ke baru letak. Kalau saya pulak terbalik, suka tomato segar dalam sup. Nak hidang baru letak. hihi...
BalasPadamHusband kak Amie dah pandai memasak macam kak Amie dah. Ikan gerong, first time dengar. Masuk blog kak Amie, memang macam-macam jenis ikan baru first time dengar. Untung juga dapat belajar jenis-jenis ikan dan masakan.