Bismillahirrahmanirrahim.
Minggu ini sudah tiga kali kita goreng Telur Barendo @ Talua Barendo. Suka betul Firdaus makan nasi dengan lauk yang satu ini. Talua Barendo memang membuka selera. Rangup di luar, lembit di dalam dan paling sedap dimakan bersama nasi panas atau sebagai lauk sampingan.
Telur Barendo atau Talua Barendo dari masakan Minang ini biasanya mempunyai bentuk yang mengembang, berombak dan berjurai di bahagian tepi seakan-akan renda atau bunga yang mekar. Perkataan "barendo' dipercayai berasal daripada perkataan 'berenda', merujuk tepi telur yang kerinting dan rangup.
Untuk mendapatkan bentuk berenda ini, adunan telur biasanya dipukul hingga berbuih dan digoreng dalam minyak yang cukup panas. Semasa menggoeng, adunan dikacau perlahan atau disiram minyak panas ke atas telur supaya terbentuk lapisan-lapisan nipis yang mengembang dan berenda.
| Telur Barendo @ Talua Barendo dari Amie's Little Kitchen |
Telur Barendo yang menjadi biasanya mempunyai ciri-ciri berikut:
- Tepi telur berendan dan rangup.
- Bahagian tengah lembut dan gebu.
- Warna keemasan sekata.
- Tidak terlalu berminyak setelah ditoskan.
| Talua Barendo di Rumah Makan Pongek Or Situjuah. |
Gambar atas dan bawah merupakan Talua Barendo @ Telur Barendo yang kami nikmati sewaktu makan di Payakumbuh pada September 2023. Kami berada di rumah makan Pongek Or Stujuah: Makan Nasi Lauk Pangek Cubadak dan Talua Barendo di Pongek Or Situjuah.
| Talua Barendo di Rumah Makan Pongek Or Situjuah. |
| Talua Barendo ini digoreng sewaktu kita hendak makan dan dihidang panas. |
| Telur Barendo @ Talua Barendo Amie's Little Kitchen |
Cara memasak Telur Barendo (Talua Barendo) yang betul ialah dengan menghasilkan telur yang mengembang, berumbai-rumbai di bahagian tepi dan rangup di luar tetapi masih lembut di dalam.
Bahan-bahan:
- 3 biji telur
- 1 sudu besar tepung jagung
- 1 sudu besar air
- 1 ulas bawang putih
- 3 biji bawanng merah - hiris
- 10 tangkai cili padi - hiris
- 10 helai daun bawang / daun sup - hiris
- Garam /perasa pilihan secukup rasa
- Minyak secukupnya untuk menggoreng
Cara Memasak:
- Pecahkan telur ke dalam mangkuk.
- Masukkan tepung jagung, air, bawang putih, bawang merah, hirisan daun bawang / sup dan garam / perasa pilihan.
- Pukul atau adun semua bahan hingga sebati dan sedikit berbuih.
- Panaskan minyak yang agak banyak dalam kuali sehingga betul-betul panas.
- Tuangkan adunan telur ke tengah kuali.
- Kacau perlahan-lahan di bahagian tengah sambil membiarkan bahagian tepi mengembang dan menjadi kerinting.
- Biarkan seketika sehingga bahagian bawah garing keemasan.
- Terbalikkan telur dengan berhati-hati dan goreng sehingga bahagian satu lagi masak.
- Angkat dan toskan minyak.
- Hidangkan panas-panas bersama nasi putih atau nasi goreng, dan lebih sedap jika disertakan sambal atau kuah kicap cili.
| Resipi Telur Barendo - AI |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan