Pages

▼

Isnin, 22 Jun 2026

Singgang Ikan Tuna Warna-Warni

Bismillahirrahmanirrahim.
Biasanya Encik Suami masak sendiri menu dietnya. Kalau masak ikan atau ayam, Encik Suami hanya tambahkan sayur sawi sahaja. Konsisten betul amalan pemakanan sihatnya. Kadang-kadang Amie masakkan untuknya, tambahkan beberapa bahan supaya lebih bervariasi. Dengan ini kita sendiri pun rasa berselera untuk makan sama.

Petang tadi Amie masak Singgang Ikan Tuna. Selain kacang bendi, Amie tambahkan putik jagung. Setelah tutup api dapur, Amie masukkan sweet pepper dan tomato ceri. Sweet pepper dan tomato ceri memang sedap dijadikan ulam. Jadi tak perlu 'masak' sangat dalam masakan singgang.

Hasilnya, terhidang semangkuk Singgang Ikan Tuna Warna-Warni.


Resipi Singgang Ikan Tuna

Apabila ada janaan AI, kita gunakan sahajalah untuk memudahkan kerja menulis resipi. Cuma, kadang-kadang perlu edit supaya maklumat yang ditulis oleh robot ini betul. Kadang-kadang terlepas pandang, terus dijadikan entri.... ahaks!

Singgang Ikan Tuna

Kalau ada budu, hiris bawang merah, ada cili padi, bubuh tempoyak sikit dan perahkan limau kasturi....aauuummm! Sayangnya botol budu entah ke mana, sebab jarang makan budu. Eh, tiba-tiba teringin pulak makan budu.

16 ulasan:

  1. Mask stim ja kan..memang sedap asli supnya tu..

    BalasPadam
  2. Cie suka singgang tapi kat rumah ni takde peminat singgang.

    BalasPadam
  3. Yaa laa, betul-betul warna warni laa singgannya tu
    Mesti sedap kann Amie.. hirup pulak time hujan ke kannn

    BalasPadam
  4. Sungguh ceria singgang ikan tuna Kak Amie ni. Nak makan pun rasa berselera.

    BalasPadam
  5. Betul warna warni...cicah cili kicap pun sedap...

    BalasPadam
  6. Makan dengan cencaluk ok tak. Saya budu kureng sikit. Amie punya variasi sedap selalu

    BalasPadam
  7. Cantiknya gambar. So colourful. Ahhh bila la KSarie nak mula makan molek ni huhuhu

    BalasPadam
  8. Walaupun nampak ringkas tapi bila dah makan panas2 memang boleh bertambah nasi

    BalasPadam
  9. saya dah 3hari masak resepi kak amie..buat ayam tangkap,buat nasi arab,buat kari kerisik,esok nak buat ikan singgang pula la..tq kak amie sentiasa bagi idea masak2

    BalasPadam
  10. Gambar kak amie punya singgang nampak menyelerakan. Saya suka lauk singgang macam ni, tapi suami pulak tak masuk..dia kata macam ikan dilemaskan dalam air... tapi ikan memang duduk dalam air.. macam mana boleh lemas pulak?

    BalasPadam
  11. Wah, betul-betul warna-warni singgang ikan tuna Kak Amie ni! Ceria betul tengok ada sweet pepper dengan tomato ceri tu, terus rasa buka selera nak makan. Sesuai sangat untuk menu diet Encik Suami Kak Amie tu, sihat dan nampak menyelerakan!

    BalasPadam
  12. Meriah betul warna nya...terus rasa berselera..

    BalasPadam
  13. nampak sedap sangatlah pulak singgang ni bila dah colorful gini

    BalasPadam
  14. Sedapnya singgang dan cantiknya resepi

    BalasPadam
  15. Walaupun singgang ni makanan yg boring, tapi tengok gambar ni rasa tak boring pula 🤭

    BalasPadam