Bismillahirrahmanirrahim.
Biasanya Encik Suami masak sendiri menu dietnya. Kalau masak ikan atau ayam, Encik Suami hanya tambahkan sayur sawi sahaja. Konsisten betul amalan pemakanan sihatnya. Kadang-kadang Amie masakkan untuknya, tambahkan beberapa bahan supaya lebih bervariasi. Dengan ini kita sendiri pun rasa berselera untuk makan sama.
Petang tadi Amie masak Singgang Ikan Tuna. Selain kacang bendi, Amie tambahkan putik jagung. Setelah tutup api dapur, Amie masukkan sweet pepper dan tomato ceri. Sweet pepper dan tomato ceri memang sedap dijadikan ulam. Jadi tak perlu 'masak' sangat dalam masakan singgang.
Hasilnya, terhidang semangkuk Singgang Ikan Tuna Warna-Warni.
Mask stim ja kan..memang sedap asli supnya tu..
BalasPadamAmboi.... cantik poster resepi!
BalasPadamCie suka singgang tapi kat rumah ni takde peminat singgang.
BalasPadamYaa laa, betul-betul warna warni laa singgannya tu
BalasPadamMesti sedap kann Amie.. hirup pulak time hujan ke kannn
Sungguh ceria singgang ikan tuna Kak Amie ni. Nak makan pun rasa berselera.
BalasPadam