Bismillahirrahmanirrahim.
Sudah lebih seminggu Fuad berada di Sydney, Australia. Dia terbang dari Singapura dan memakan masa selama 7 jam 30 minit untuk sampai ke sana. Katanya sekarang musim sejuk. Setiap hari dia akan memandu sendiri ke tempat kerjanya di sana. Patutlah sebelum ke Sydney, katanya kena mempunyai lesen memandu antarabangsa. Rupanya sudah disediakan kereta untuknya di sana. Selama 17 hari, Fuad tinggal di hotel. Bunyinya macam seronok!
Banyaklah ceritanya sewaktu video call dengan kami. Kisah pertama kali berada dalam suhu sejuk 13'C, dan kisahnya mencari makanan halal di sana. Tidak sukar mendapatkan makanan halal katanya. Kadang-kadang Fuad kongsikan makanannya.
Amie tanya, Fuad makan apa hari ini? Hari ini Fuad makan nasi briyani Pakistan. Katanya sama saja macam nasi briyani di tempat kita.
Di bawah ini Fuad kongsikan gambar beef ribs. Nampak macam sedap betul kan! Fuad makan berdua, bersama rakannya.
| Roasted Beef Ribs |
| Pizza |
Kata Fuad, kalau order pizza saiz medium, maknanya saiz besar kalau di tempat kita. Kita pun ikut terliur tengok gambar pizza... ahaks!
Banyak pilihan makanan di sana termasuklah masakan Thai seperti yang dikongsikan di bawah ini.
| Masakan Thai. |
Sebelum rakan sekerjanya (pengurus syarikat) balik ke Malaya, mereka sekali lagi makan Roasted Beef Ribs. Nampak macam sedap betul kan sampai ulang makan. Jadi, sekarang Fuad seorang dirilah di Sydney.
Ini pula Loaded Fries. Amie kata, macam rojak. Fuad kata western food, atasnya kentang dan ada brisket dengan ayam.
semoga baik baik sahaja Fuad dirantau orang.
BalasPadamSeronoknya Fuad dapat merasa musim sejuk dekat Sydney! Terliur pulak tengok Roasted Beef Ribs dengan pizza tu. Tapi betul la, western food dekat sana memang saiz porsi luar biasa, kalau medium pun dah macam saiz besar kat tempat kita. Loaded fries tu pun nampak meriah sangat!
BalasPadamBestnya makanan dia. Jom amie pi sydney petik buah-buahan. Melborne pun saya teringin jejak. Tapi Ausie sekarang cerewet sangat lah.
BalasPadamWAH FUAD KERJA DI SYDNEY ALHAMDULILLAH SEDAP MENU MAKANAN FUAD MACAM2 ADA
BalasPadamoo Fuad di Desaru ye k.mie,dah dekat dgn kg zila tu
BalasPadamBest juga tu dapat pengalaman di tempat orang. Medium pizza besar camtu kalau large bertambah besar la. Nampak sedap semuanya.
BalasPadam