Pages

Isnin, 22 Jun 2026

Singgang Ikan Tuna Warna-Warni

Bismillahirrahmanirrahim.
Biasanya Encik Suami masak sendiri menu dietnya. Kalau masak ikan atau ayam, Encik Suami hanya tambahkan sayur sawi sahaja. Konsisten betul amalan pemakanan sihatnya. Kadang-kadang Amie masakkan untuknya, tambahkan beberapa bahan supaya lebih bervariasi. Dengan ini kita sendiri pun rasa berselera untuk makan sama.

Petang tadi Amie masak Singgang Ikan Tuna. Selain kacang bendi, Amie tambahkan putik jagung. Setelah tutup api dapur, Amie masukkan sweet pepper dan tomato ceri. Sweet pepper dan tomato ceri memang sedap dijadikan ulam. Jadi tak perlu 'masak' sangat dalam masakan singgang.

Hasilnya, terhidang semangkuk Singgang Ikan Tuna Warna-Warni.


Resipi Singgang Ikan Tuna

Apabila ada janaan AI, kita gunakan sahajalah untuk memudahkan kerja menulis resipi. Cuma, kadang-kadang perlu edit supaya maklumat yang ditulis oleh robot ini betul. Kadang-kadang terlepas pandang, terus dijadikan entri.... ahaks!

Singgang Ikan Tuna

Kalau ada budu, hiris bawang merah, ada cili padi, bubuh tempoyak sikit dan perahkan limau kasturi....aauuummm! Sayangnya botol budu entah ke mana, sebab jarang makan budu. Eh, tiba-tiba teringin pulak makan budu.

7 ulasan:

  1. Mask stim ja kan..memang sedap asli supnya tu..

    BalasPadam
  2. Cie suka singgang tapi kat rumah ni takde peminat singgang.

    BalasPadam
  3. Yaa laa, betul-betul warna warni laa singgannya tu
    Mesti sedap kann Amie.. hirup pulak time hujan ke kannn

    BalasPadam
  4. Sungguh ceria singgang ikan tuna Kak Amie ni. Nak makan pun rasa berselera.

    BalasPadam
  5. Betul warna warni...cicah cili kicap pun sedap...

    BalasPadam
  6. Makan dengan cencaluk ok tak. Saya budu kureng sikit. Amie punya variasi sedap selalu

    BalasPadam