Pages

▼

Selasa, 23 Jun 2026

Fuad Makan Apa Hari Ini?

Bismillahirrahmanirrahim.
Sudah lebih seminggu Fuad berada di Sydney, Australia. Dia terbang dari Singapura dan memakan masa selama 7 jam 30 minit untuk sampai ke sana. Katanya sekarang musim sejuk. Setiap hari dia akan memandu sendiri ke tempat kerjanya di sana. Patutlah sebelum ke Sydney, katanya kena mempunyai lesen memandu antarabangsa. Rupanya sudah disediakan kereta untuknya di sana. Selama 17 hari, Fuad tinggal di hotel. Bunyinya macam seronok!

Banyaklah ceritanya sewaktu video call dengan kami. Kisah pertama kali berada dalam suhu sejuk 13'C, dan kisahnya mencari makanan halal di sana. Tidak sukar mendapatkan makanan halal katanya. Kadang-kadang Fuad kongsikan makanannya.

Amie tanya, Fuad makan apa hari ini?  Hari ini Fuad makan nasi briyani Pakistan. Katanya sama saja macam nasi briyani di tempat kita.

Di bawah ini Fuad kongsikan gambar beef ribs. Nampak macam sedap betul kan! Fuad makan berdua, bersama rakannya. 

Roasted Beef Ribs

Pizza

Kata Fuad, kalau order pizza saiz medium, maknanya saiz besar kalau di tempat kita. Kita pun ikut terliur tengok gambar pizza... ahaks!

Banyak pilihan makanan di sana termasuklah masakan Thai seperti yang dikongsikan di bawah ini.

Masakan Thai.


Sebelum rakan sekerjanya (pengurus syarikat) balik ke Malaya, mereka sekali lagi makan Roasted Beef Ribs. Nampak macam sedap betul kan sampai ulang makan. Jadi, sekarang Fuad seorang dirilah di Sydney.




Ini pula Loaded Fries. Amie kata, macam rojak. Fuad kata western food, atasnya kentang dan ada brisket dengan ayam.

Dulu, sewaktu bekerja di Penang, Fuad menolak untuk dihantar kursus tiga bulan di China. Katanya, takut kena jual... ahaks!

Apabila pindah di Desaru, Johor akhirnya kena ke China juga dan sekarang out station ke Sydney pula.

Di mana pun berada, ingat pesan Baba supaya jangan tinggalkan solat.

32 ulasan:

  1. semoga baik baik sahaja Fuad dirantau orang.

    BalasPadam
  2. Seronoknya Fuad dapat merasa musim sejuk dekat Sydney! Terliur pulak tengok Roasted Beef Ribs dengan pizza tu. Tapi betul la, western food dekat sana memang saiz porsi luar biasa, kalau medium pun dah macam saiz besar kat tempat kita. Loaded fries tu pun nampak meriah sangat!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun ikut terliur tengok gamvar Roasted Beef Ribs tu...nampak juicy kan.

      Padam
  3. Bestnya makanan dia. Jom amie pi sydney petik buah-buahan. Melborne pun saya teringin jejak. Tapi Ausie sekarang cerewet sangat lah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Notie. Cerewet betul nak melepasi pintu imigresen Aussie ni.

      Padam
  4. WAH FUAD KERJA DI SYDNEY ALHAMDULILLAH SEDAP MENU MAKANAN FUAD MACAM2 ADA

    BalasPadam
  5. oo Fuad di Desaru ye k.mie,dah dekat dgn kg zila tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, di Desaru. Belum lagi kami sampai sana.

      Padam
  6. Best juga tu dapat pengalaman di tempat orang. Medium pizza besar camtu kalau large bertambah besar la. Nampak sedap semuanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kongsi makan berdua tu sebab said besar.

      Padam
  7. Wah..pengalaman berharga buat Fuad.. bukan semua dapat outstation sampai ke laut negara...

    BalasPadam
  8. Balasan
    1. Ya, semoga tak lupa rumput di bumi....ahaks!

      Padam
  9. Hahahha.. lega Fuad tak kena jual kat China tu, Kak Amie. Memang bunyi seronok sangat tu duduk hotel di negara omputeh pulak tu. Makin handsome la Fuad, silap2 dapat menantu minah saleh nanti, Kak Amie. (Gurau)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheheeee....Aussie tu tempat lahir nenek moyangnya juga. Ada jodoh tak ke mana kan SK.

      Padam
  10. Makanan enak belaka..semoga Fuad betah kerja di rantau orang..jaga diri dan teguhkan keimanan ..aamiin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. In syaa Allah. Harap dapatlah dia sesuaikan diri dengan iklim di sana.

      Padam
  11. semoga baik2 aja abg Fuad di sana...

    BalasPadam
  12. Moga dipermudah kan semua urusan buat Fuad

    BalasPadam
  13. Jauh perjalanan kerja Fuad ye kak... seronoknya dapat merantau ke negara orang macam emaknya. Beef ribs tu nampak besar dan menggiurkan betul lah. Semua yang ditunjukkan memang nampak sedap betul.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rezeki Fuad dapat pengalaman kerja di oversea. Moga baik-baik saja.

      Padam
  14. Klik baca entri ini..Pasti agak rindu kan dengan orang yang jauh..jauh tapi dekat di hati

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang dunia IT di hujung jari. Walau jauh tetap rasa dekat.

      Padam
  15. Bestnya pizza saiz medium kat sana sama dgn large disini. Puas makan!
    Pengalaman bekerja di luar negara, mesti seronok!

    BalasPadam