Pages

Sabtu, 2 Mei 2026

Tag Berantai : Jom Berkenalan

Bismillahirrahmanirrahim.
Sepanjang bulan April, Amie banyak kali ketinggalan keretapi. Barangkali disebabkan sibuk dengan kerja-kerja ladang, masa untuk ziarah rumah rakan-rakan blogger agak terhad. Sempatkan diri juga untuk kunjung ziarah tetapi setakat baca entri sahaja tanpa tinggalkan jejak. Terbaca juga sekali dua tentang Tag Berantai : Jom Berkenalan, namun tiada kesempatan untuk menghayati sepenuhnya, hanya baca sekali imbas saja... ahaks.

Hari ini Amie mengikuti Kursus Peningkatan Profesionalisme di Pejabat Pendidikan LD dari pukul 8:00 pagi hingga 3:30 petang. Encik Suami hantar ke tempat kursus. Dalam perjalanan sempat intai-intai rumah kawan-kawan, dan terintai pula ke rumah SA. Rupanya entri Tag Berantai : Jom Berkenalan dalam blog SA disiarkan pada 27 April 2026. Agak lewat jugalah Amie dapat tahu SA juga tag nama kita. Pencetus Tag Berantai ini dipercayai dari KAK MIM. Terima kasih SA, tag nama Kak Amie.

Walaupun agak terlewat, tapi Kak Amie cuba tunaikan segmen Tag Berantai : Jom Berkenalan ini ya SA. Kebetulan dalam bengkel kena gunakan lap top, jadi waktu rehat curi-curi masa untuk siapkan entri ini dengan bantuan ChatGPT.

Untuk menghasilkan imej Tag Berantai : Jom Berkenalan ini mudah saja iaitu dengan mengikuti langkah berikut:

1. Log in akaun chatgpt anda
2. Upload gambar anda
3. Taip: “Knowing everything you know about me from my blog (taip nama blog anda), make an infographic of me in Bahasa Melayu. Make a 3D cartoon style image."
3. Tekan ENTER untuk menjana imej.
4. Save gambar dan post di blog anda.
5. Tag 5 sahabat blogger yang lain.

Taraaaa.....
Inilah infografik yang dihasilkan oleh ChatGPT berdasarkan blog Amie's Little Kitchen. Amie minta ChatGPT buat dua infografik sebab kali pertama, bercampur tentang masakan dan travel, dan nampak serabut!  Jadi Amie mohon jasa baik untuk hasilkan dua kandungan yang berbeza iaitu cerita di dapur dan satu lagi cerita jalan-jalan.

Cerita Dari Dapur

Kelakar jugalah ChatGPT ! Senyum sendiri sewaktu baca terutamanya tentang jiwa kampung!
  • Seorang blogger masakan  yang suka berkongsi resipi mudah, sedap dan berjiwa kampung untuk semua.
  • Suka warna-warna earth tone dan klasik.
Mudah-mudahan pencen nanti dapat duduk di kampung. 'Kampung' dan 'klasik' itu memang tepat tentang diri yang bernama Amie.

Cerita Jalan-Jalan


Eh, Japan, New Zealand dan Switzerland tu Amie belum sampai lagi. Mana tahu, masin mulut ChatGPT, ada rezeki Amie untuk ke sana! Tapi macam tau-tau pula dia kita ada rancangan untuk  ke Jepun, Switzerland dan New Zealand.

Seronok juga siapkan homework begini. Jadinya, entri yang dihasilkan agak berbeza dengan entri yang selalu kita tulis. Alhamdulillah, selesai sudah amanah yang diberi SA, Kak Amie tunaikan.

Untuk tag nama blogger lain, Amie sempat belek-belek dalam blog rakan-rakan dan nampaknya sangat sukar untuk Amie pilih sebab rasanya macam habis nama rakan blogger yang aktif menulis sudah ditag! Hendak tag juga, takut tertag dua kali... ahaks! Mungkin juga ada nama yang belum ditag tapi Amie terlepas pandang. 

Sekian, entri seadanya.
Amie sambung berbengkel.

16 ulasan:

  1. Wah japan Swiss Dan nz tu pun wishlist saya juga tu. Tapi mengembara berjiwa petualang... Kenapa ya chatgpt kata camtu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dalam bahasa Indonesia petialang bermaksud orang yang suka menjelajah tempat-tempat baharu.

      Padam
  2. Blog dapur tu memang nampak gaya amie. Berjiwa klasik waduh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaaa.... klasik dan kampung tu yang mahal.

      Padam
  3. Kak, rempah dan perencah apa selalu dalam beg masa travel?😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, mungkin dia terbaca saya pernah beli rempah nasi Arab waktu umrah dulu. Di Jordan pun kami ada beli rempah nasi Arab Maqlubah tapi belum ditulis dalam entri. Atau mungkin dia terbaca pasal pasar rempah dalam entri Morocco. Kadang-kadang sebarang jew ChatGPT ni hahahaa main tulis ikut suka dia.

      Padam
  4. Hai Amie, Salam kenal. Nice infografik tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai, salam kenal juga. Terima kasih singgah.

      Padam
  5. Menarik infografik akak.
    Semoga impian tercapai nak pergi ke negara yang akak tak pernah pergi

    BalasPadam
  6. Seronok kan buat ni ada yang tepat ada yang kurang tepat.

    BalasPadam
  7. Cantiknya. Dah try buat tapi tak keluar2 hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Mulan. Untuk seronok-seronok jew.

      Padam
  8. saya suka blog cikgu amie sebab banyak share gambar makanan sedap dan kadang2 tu selit cerita travel :D

    BalasPadam
  9. Menarik betul hasil infografik dari ChatGPT tu, Kak Amie! Nampak sangat 'on-point' terutamanya bahagian 'jiwa kampung' dan 'klasik' tu. Memang itu pun yang kami nampak melalui penulisan Kak Amie selama ni. Kreatif betul cara Kak Amie sahut cabaran tag ni

    BalasPadam