Pages

Ahad, 3 Mei 2026

Sarapan Apa di Hari Minggu?

Bismillahirrahmanirrahim.
Pagi tadi ikut Encik Suami brisk walk di Taman Bandar LD. Seawal pukul 5:30 pagi kami gerak dari rumah. Pukul 6:30 pagi kami terus ke bandar menuju ke pasar tani. Kami beli kapurung, samosa, bihun goreng dan sumbat-sumbat. Tak tahu nak kata apa, sebut sumbat-sumbat sajalah.... ahaks!

Menu sarapan di hari minggu.

Kapurung

Samosa Inti Ayam

Sumbat-sumat - terung, cili merah, tauhu dan peria.

Bihun Goreng

Orang lain siarkan entri makan tengah hari, kita baru nak paparkan menu sarapan...hiks!
Selamat berhujung minggu.

12 ulasan:

  1. Nampak sedap semua menu. Teringin nak tahu kapurung apa Amie,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kapurung ni makanan tradisi masyarakat Bugis di Sabah. Lebih kurang ambuyat, diperbuat daripada sagu.

      Padam
  2. teringinnya nak try kapurung tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba buat sendiri Cie. Saya pun tak pernah buat. Beli saja.

      Padam
  3. Setiap kali keluar pic kapurung auto ngences.

    BalasPadam
  4. wah ada kapurung... ada satu masa tu sebab ammi tengok satu full video org sediakan kapurung, setiap hari akan lalu lalang video yang lebih kurang sama. jadi teringin betul

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba buat sendiri Ammi. Rasanya di Malaya tak ada orang jual.

      Padam
  5. Kapurung ini yg saya masih penasaran sangaaaaaat 😍😍😍😍. Liat bentuk memang sedap nampaknya.

    Sumbat2 tuh pun menarik kak. Apalagi yg sumbat cabe 😄👍👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak pernah masak kapurung. Kalau teringin, beli saja.
      Yang sumbat-sumbat tu memang cabe juga pilihan kakak.

      Padam
  6. yg disumbat-sumbat tu apa? isi ikan ke?

    BalasPadam
  7. Menarik betul tengok menu sarapan Kak Amie, terutama Kapurung tu! Memang makanan tradisi yang unik. Walaupun Kak Amie kata beli saja, tapi bila dimakan selepas penat brisk walk, mesti rasa dia berkali ganda lebih sedap dan menyegarkan

    BalasPadam