Pages

Ahad, 3 Mei 2026

Cerita Dari PasarTani dan Pasar Subuh

Bismillahirrahmanirrahim.
Oleh kerana pagi tadi agak awal sampai ke bandar, kami singgah dahulu di Pasar Subuh.  Beli tomato kampung, peria, jagung, betik, avocado dan limau. Kemudian kami berjalan kaki ke Pasar Tani pula. Di sini kami beli makanan dan juga pucuk dan bunga betik.


Gambar atas dan bawah - hasil buruan di Pasar Subuh dan Pasar Tani.


Pasar Subuh tutup pukul tujuh pagi, tapi Amie tak tahu sejak pukul berapa pasar ini dibuka. Yang seronoknya harganya lebih murah berbanding harga di Pasar Tani dan juga Pasar Rakyat.

Tomato Ceri & Tomato Kampung

Cili padi campur warna putih, hijau dan merah.

Buah Avocado

Betik Mengkal

Buah betik ini pada mulanya beli sebiji di Pasar Subuh, tetapi apabila sampai di Pasar Tani beli lagi sebiji! Isinya warna merah. Sesuai sangatlah dibuat sayur bening atau campur ayam untuk dijadikan sup.

Pucuk dan Bunga Betik.

Jagung Segar

Buah Peria

Buah peria ini Amie sengaja pilih yang warna jihau muda dan keputih-putihan. Rasanya kurang pahit. Memang sesuai untuk dibuat acar, kegemaran Encik Suami.


Amie mencari telur itik masin kuning kembar. Menurut peniaga telur itik masin, kuning kembar tidak banyak dan sudah habis. Katanya, dalam seminggu hanya dapat 20 biji saja telur kuning kembar. Tak apalah kalau tak dapat telur masin itik kuning kembar. Beli sajalah telur itik masin yang biasa. Suka beli di sini sebab telur itik masinnya tak berapa masin.

Sekian, cerita dari Pasar Subuh dan Pasar Tani LD.

16 ulasan:

  1. bestnya tengok semua sayuran tu fresh je.

    BalasPadam
  2. Cantik la gambar-gambarnya. Terpegun saya.

    BalasPadam
  3. Pasar Subuh tu kalau kat Klang Pasar Borong kot.. sebab sampai jam 7 je..
    oo petua peria tak pahit ambil yang kaler hijau muda.

    BalasPadam
  4. macam mana nak tau kuning telur asin tu kembar atau tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saiznya lebih besar berbanding saiz telur biasa.

      Padam
  5. First time tengok cili padi putih.
    Seronok banyak pilihan pasar boleh pergi

    BalasPadam
  6. Pertanyaan saya sama dengan kak Ammi, macam mana dia tahu kuningnya kembar atau tak yaa πŸ˜….

    Sayapun suka telur Masin yg tak terlalu Masin. Dan kuningnya basah 😍😍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saiz telur lebih besar dari saiz telur biasa. Kalau ke Padang, saya suka beli telur masin yang dijual penjaja. Tak madin dan boleh terus makan begitu saja.

      Padam
  7. Hasil tani yang begitu berkhasiat, rugi andai tak suka makan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.
      Bumi yang subur, hasil tanamannya melimpah-ruah.

      Padam
  8. fresh semuanya! kalau pukul 7 pagi dah tutup, tertanya juga pukul berapalah diorang ni buka. takkan buka pukul 5 pagi, berniaga 2 jam jekan? hehe

    BalasPadam
  9. Bestnya Kak Amie, nampak segar-bugar semua sayur dan buah yang dibeli tu! Paling tertarik tengok tomato kampung dan bunga betik tu, kalau buat sayur bening atau tumis belacan memang penambah selera. Memang berbaloi bangun awal ke Pasar Subuh kalau harganya pun lebih murah, kan?

    BalasPadam