Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini bermulalah temasya
Kejohanan Olahraga Tahunan untuk hari pertama, dan akan diadakan selama tiga hari berturut-turut sehingga hari Jumaat. Tahun ini Amie menjadi AJK Makanan dan merasalah duduk di bawah teduhan berbanding tahun-tahun sebelumnya menjadi hakim lompat jauh, lontar peluru , rejam lembing dan pelbagai acara padang. Sempatlah bertukar rupa jadi arang, hanya nampak gigi sahaja setelah tamat
KOT.
Kebetulan pula KOT diadakan sebaik sahaja selesai Peperiksaan Pertengahan Sesi Akademik. Para penoreh bertungkus-lumus melatih anak-anak getah di padang selain menyiapkan kerja-kerja menanda kertas. Pada hari Isnin lepas, sewaktu diadakan perhimpunan para penoreh turut membawa kertas untuk ditanda. Pendek kata, di mana ada peluang, di situlah para penoreh isi dengan sebaiknya tidak kira siang atau pun malam. Tarikh pengisian markah ditetapkan pada 23 Mei 2026 dan 24 Mei 2026 guru kelas wajib menulis ulasan.
Pagi tadi, Amie ambil kesempatan sambil menyelam minum air. Sampai saja ke Kompleks Sukan, terus duduk bersila di lantai kaki lima menanda kertas sementara menunggu waktu untuk menyiapkan makanan dan minuman untuk semua penoreh dan petugas. Rupanya bukan Amie seorang yang menanda kertas! Masing-masing mengeluarkan skrip dari beg dan ikut menanda sementara tugas bermula seperti menjadi hakim, pendaftaran peserta, bahagian statistik dan sebagainya!
Nak buat macamana? Mana boleh tunggu tamat KOT baru menanda kertas. Masa tidak menunggu! Kami bukan menanda jawapan objektif tapi jawapan struktur dan esei. Semua perkataan perlu dibaca dan ditanda.
 |
| Terima kasih yang membidik gambar candid Jusna & Amie - AI |
Kami menyimpan skrip jawapan untuk melaksanakan tugas sebagai AJK KOT, dan apabila ada masa terluang kami keluarkan semula skrip jawapan anak-anak getah. Sesekali kami berbual dan berjalan-jalan untuk melegakan sendi. Mata pun jadi letih kerana terlalu serius membaca tulisan yang semakin kecil dan buruk! Apa hendak jadi generasi hari ini? Mungkinkah gajet mempengaruhi tulisan mereka?
Begitulah ceritanya!
 |
| Carrot Slice & Iced Caramel Latte |
Balik dari ladang, kami bertiga Amie, Encik Suami dan Firdaus singgah makan di
Secret Recipe. Target Amie sudah tentulah sepotong kek lobak merah!
 |
| Makan bertiga di Secret Recipe |
Oleh kerana gambar makanan yang diambil nampak jelek akibat cahaya kelam-kelam di SR, jadi Amie minta tolong ChatGPT susun semula makanan kami iaitu:
Pada mulanya Encik Suami hendak makan Vietnamese Beef Noodle Soup, tetapi apabila melihat Spicy Seafood Medly Pasta yang Amie pesan, Encik Suami kata:Macam sedap pula! Jadi Amie pun tukarlah dengan Encik Suami. Biarlah kami ini dia lupakan makanan berkuah sup!
Amie rancang sampai rumah hendak berehat sebentar dan sambung menanda kertas. Tiba-tiba menjelang asar dapat arahan dari WhatsAap : Semua guru kelas tingkatan lima diminta mengisi data calon SPM sebelum 20 Mei 2026. Ada 20 bahagian kena isi untuk setiap calon.
Isshh...issshh apa punya arahan! Hantar arahan pukul 3:30 petang pada 20 Mei 2026. Hantar data sebelum 20 Mei 2026. Entah siapa yang gila!
Sebelum migrain datang menyerang, cepat-cepat Amie masuk ke dapur. Teringat beli enam biji cheese tart di Secret Recipe.
Ya, itu memang biasa berlaku. Ada orang bila stres jadi hilang selera makan, tetapi ada juga yang cenderung makan lebih banyak sebagai cara menenangkan emosi. Keadaan ini sering dipanggil emotional eating atau makan kerana emosi. Biasanya makanan yang dicari ialah:makanan manis, makanan bergoreng, snek rangup dan minuman manis. Ini kerana makanan tertentu boleh memberi rasa selesa dan sementara waktu membuat otak rasa lebih tenang.
Sebenarnya ada cara yang lebih sihat untuk mengurangkan stres seperti minum air kosong dahulu, berjalan atau regangkan badan, berbual-bual, dengar muzik menenangkan, tidur dan rehat yang cukup dan pilih snek lebih sihat seperti buah atau kekacang
Amie tahu cara untuk mengurangkan stres yang baik, tetapi tindakan spontan itu tidak dapat dihalang. Amie minum tiga gelas air mata kucing dan makan dua biji cheese tart! Kadang-kadang makan sedikit makanan kegemaran itu tidak salah, asalkan seimbang dan tidak dijadikan satu-satunya cara mengatasi stres.
Walaupun stres tapi rasa seronok melihat kotak Hokkaido Baked Cheese Tart berisi enam biji tart pelbagai jenis yang dibawa pulang:
- Egg Tart Brulee
- Cheese Tart Chocolate
- Cheese Tart Duriah
- Cheese Tart Ori
- Cheese Tart Salted Caramel
- Cheese Tart Cookies & Cream
Seronoklah pula apabila ChatGPT buatkan infografik 3D tentang Hokkaido Baked Cheese Tart seperti di bawah ini. Rasa seronok dan ringan sikit kepala!
 |
| Infografik 3D Hokkaido Baked Cheese Tart |
Malam ini terpaksa lupakan kerja menanda kertas dan beri tumpuan mengisi 20 perkara dalam borang calon SPM. Amie tidak mahu paksa diri untuk menyiapkannya. Buatlah mana yang mampu. Tidur dan rehat mesti cukup. Esok pagi hendak ke Kompleks Sukan LD. Kena sambung tugas KOT. Jadi, siapa suruh turunkan arahan pada 20 Mei 2026 sebelah petang pula, dan suruh siapkan sebelum 20 Mei 2026. Maaf! Walaupun diri ini Saya Yang Menjalankan Amanah tetapi bukan robot untuk kayan kerja gila!
Semua orang dah cekap guna ai ni.... Jadi je!
BalasPadamAlhamdulillah, selesai menanda terus ada hidangan istemewa kan..terbaik..teruskan usaha ya Cikgu..Selamat hari guru Amie's
BalasPadamdah tiba masa pelajar diuji .UPSA
BalasPadam