Pages

Sabtu, 18 April 2026

Terkenang Sarapan Bubur Beras Bario & The Gang

Bismillahirrahmanirrahim.
Banyak sangat gambar dalam galeri, tak sempat dijadikan entri. Padam sahajalah untuk mengelakkan kesesakan. Ada juga rasa sayang, tapi nak buat macamana sebab akhir-akhir ini tidak banyak masa untuk berada di depan Mr Lappy. Dan satu lagi, memori pun sudah longgar.... ahaks! Ada gambar tapi sudah terlupa entah apa ceritanya!

Walaupun banyak gambar sudah dipadam tetapi apabila melihat gambar bubur seperti di bawah ini, ingatan kembali menjelma satu-persatu memenuhi minda. Bubur ini dijadikan menu sarapan pada pagi Sabtu, Syawal kelapan iaitu sehari sebelum Abang farid terbang pulang ke Kuala Lumpur.

Bubur Beras Bario & The Gang

Bubur Beras Bario

Bubur Beras Bario ini Amie masak di dalam slow cooker. Amie tambahkan hirisan jagung segar. Sebelum tidur, Amie tekan butang auto, dan keesokan paginya bubur masak dengan sempurna. Terbau-bau aroma pandan bercampur halia dari slow cooker.


Aksesori Bubur Beras Bario

Antara aksesori yang melengkapi Bubur Beras Bario termasuklah hirisan daun sup, bawang merah dan bawang putih goreng, serondeng daging, telur masin, jeruk lobak putih dan ikan bilis mata biru goreng.

Ada aksesori tambahan iaitu kacang gajus, rendang nasib dan kicap lada.

Aksesori tambahan Bubur Beras Bario.

Bangun tidur, belum mandi terus masuk dapur!

Di antara gambar sarapan Bubur Beras Bario, terselit cucunda Hamzah duduk di dapur mengupas buah limau! Walaupun setiap malam bervideo call dengan Hamzah, tapi Tok Mi dan Tok Ba tetap rindu dengan Hamzah! Rindu keletahnya dan tentu rindu sangat dengan suara pelatnya sewaktu bercakap.

7 ulasan:

  1. Saya ada slow cooker tp tak pernah dipakai 🤣🤣. Okelaah, nanti nak buat juga bubur begini. Bagus juga, dibuat malam, lalu pagi dah jadi ya kak. Bisa buat sarapan

    BalasPadam
  2. Pressure cooker Sy ada function slow cooker, tapi Sy tak pernah guna aduhai....

    BalasPadam
  3. Meriah accessories nya tu.
    Siap ada bawang goreng putih lagi.. mesti bertambah sedap.

    BalasPadam
  4. Sedapnya bubur. Ada pulak2 macam bahan tu.

    BalasPadam
  5. Beras bario ni mesti sedap daripada beras biasa ke amie. Tenguk rendang nasib emmm bestnya bubur nasi dengan gengnya. Meriah gengnya.

    BalasPadam
  6. Sedapnya kak, dana pun suka makan bubur yang banyak lauk gini... tp orang lain kat rumah tak minat bubur sangat. Banyaknya limau tu kak oi,suka hamzah kopek ya

    BalasPadam
  7. sedapnya bubur. ada macam2 condiments tu yg buat penyeri rasa!
    ehh besar pulak cawan depan hamzah tu

    BalasPadam