Pages

Sabtu, 4 April 2026

Lobster Masak Lemak Tempoyak

Bismillahirrahmanirrahim.
Jumpa lagi setelah dua hari membawa diri  nun jauh ke Tambisan, sebuah perkampungan nelayan di Daerah Lahad Datu yang menghadap Laut Sulu. Dari segi geografinya Tambisan terletak nun paling timur di Malaysia. Sudah tentu perjalanan ke sana memakan masa dan sangat mencabar. Walaupun masih dalam Daerah Lahad Datu, tetapi lokasinya sangatlah jauh. Hal ini kerana keluasan Daerah Lahad Datu itu sama besarnya dengan ukuran negeri Selangor

Dalam entri lain Amie akan kongsikan perjalanan kami ke daerah yang masih mengekalkan  alam semulajadinya ini. 

Entri kali ini Amie paparkan menu Lobster Masak Lemak Tempoyak sahaja. 

Lobster Masak Lemak Tempoyak

Video di tempat peliharaan lobster.


Kami menginap selama satu malam di Rumah Rakit Tambisan. Dalam perjalanan pulang menaiki bot ke pantai, kami singgah di tempat peliharaan lobster. Menurut penjual lobster di situ, mereka tidak menternak lobster sebaliknya lobster yang ditangkap akan diletakkan dalam bakul dan dimasukkan dalam kolam yang berjaring. Biasanya peraih lobster akan datang untuk membeli di situ.

Harga yang ditawarkan adalah mengikut jenis, saiz dan berat. Lobster  berat 300 gram seekor dijual dengan harga RM100.00 sekilogram dan berat melebihi 500 gram seekor berharga RM150.00 sekilogram. Ada juga mengikut jenis dengan harga RM130.00 sekilogram.


Amie beli empat ekor berat 1400 gram, berharga RM140.00. Sampai rumah lobster masih hidup. Tak sampai hati hendak terus dimasak, Amie masukkan dalam freezer. Bermalamlah lobster dalam freezer sehingga keesokan harinya. Hari ini Encik Suami genap puasa enam. Jadi bolehlah masak lobster untuk juadah berbuka puasa.


Cantiklah pula rupa kulit lobster ini. 


Gambar atas - belakang lobster.
Gambar bawah - depan lobster.



Lobster yang sudah dibelah - nampak warna isinya yang berbeza mengikut kulit.


Amie masak lemak tempoyak. Oleh kerana tidak ada daun kunyit, Amie gantikan dengan nanas dan daun kaduk sahaja. Resipinya di bawah ini:

Bahan-bahan:

1 kg lobster - 3 ekor - belah dua - bersihkan
1 cawan santan pekat 
1 cawan hirisan nanas
10 tangkai pucuk daun kaduk
1 keping asam gelugor - kalau dah cukup rasa masam tempoyak dan nanas,  tak bubuh pun tak apa
2 batang serai - diketuk
2 cawan air
garam / gula / perasa pilihan secukupnya


Bahan kisar:
20 tangkai cili padi hijau / merah - ikut sukalah nak banyak atau sedikit - ikut kepedasan yang dikehendaki
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah 
4 sudu besar tempoyak
4 cm kunyit hidup


Cara memasak:
1. Masukkan bahan kisar, serai, nanas dan tiga cawan air ke dalam periuk.
2. Setelah mendidih dan nanas layu, masukkan lobster diikuti dengan santan pekat.
3. Taburkan garam dan perasa pilihan.
4. Masukkan pucuk daun kaduk. 
5. Kacau sehingga kuah mendidih dan pucuk daun kaduk berubah warna.
6. Padamkan api dapur.


21 ulasan:

  1. Nampak sedap tu. Tak pernah masak lobster.

    BalasPadam
  2. Wah menarik betul menu Akk hari ni... Nampak fresh lobster tu, mesti manis isinya

    BalasPadam
  3. Wah... lobster masak lemak tempoyak. Mesti sedap ni. Tak pernah lagi merasa makan lobster.

    BalasPadam
  4. cantik lobster nak masak makan pun sayang mahai pulak tu

    BalasPadam
  5. Cantik lah lobster tu.. kalerful.
    Mesti sedap tu masak tempoyak🤤🤤

    BalasPadam
  6. Fuyoooo untungle enche Majid berbuka lauk lobster. Seekor je dah beratus. Tenguk video amie bestnya. Buat apa pi hujung peta tu

    BalasPadam
  7. First time dengar orang masak tempoyak ni!

    BalasPadam
  8. Ya Allah terliur dibuatnya.. Lobster masak lemak... Kayangan sungguh huhuhuu.. 4 ekor tu RM140 not bad.. kalau kat sini mmg tak dpt la kot huhuu..

    BalasPadam
  9. Wahhhh, tak sangka lobster boleh masak tempoyak jugak. Mesti sedap tapi kalau dekat rumah sy tak dapat kelulusan kot nak masak tempoyak ni, hihihi.

    BalasPadam
  10. Nampak isinya sangat penuh dan padat gitu kak.../ special betul la menu cukup puasa 6 suami akak

    BalasPadam
  11. malam2 ini saya jadi pengen makan lobster

    BalasPadam
  12. Omg kak Amie , nikmat sangat nampak nyaaaaa 😍😍😍😍. Walaupun saya masih lebih suka udang daripada lobster, tapi kalau dimasak tempoyak lain cerita. Sebab rasanya jadi lebih rich kan. Tak lah hambar sangat daging si lobster.

    BalasPadam
  13. wah...menu kayangan ni kak...specialnya menu berbuka habis puasa 6....

    BalasPadam
  14. Sedapnya lobster masak tempoyak. Belum pernah makan atau masak tapi pastinya sedap

    BalasPadam
  15. makanan orang ada-ada ni... tak mampu nak makan... hehehe

    BalasPadam
  16. Minggu lalu anak balik bawa udang besar2..sedap pula sesekali makan udang besar besar ni..

    BalasPadam
  17. Wow, bukan kaleng2 resipi ni, lobster masak lemak tempoyak. Terliur pulak tengok presentation masakan ni 🤤

    BalasPadam
  18. Sedapnya lobster! Last makan masa pergi sabah. 140 utk 4 ekor tu kira okay jugaklah harganya

    BalasPadam
  19. Sedapnya lobster! Last makan masa pergi sabah. 140 utk 4 ekor tu kira okay jugaklah harganya

    BalasPadam
  20. cantik pulak corak lobster ni dah macam corak batik pula kak… hehehe

    BalasPadam