Pages

Sabtu, 28 Mac 2026

Bermalam di Marco Polo Hotel Tawau

Bismillahirrahmanirrahim.
Cerita 18 Mac 2026 - Hari Rabu = Tujuan hendak ke Lapangan Terbang Tawau untuk ambil Fuad. Walaupun Fuad sampai pada 19 Mac 2026 hari Khamis tapi kami datang lebih awal ke Tawau. Bolehlah jalan-jalan cari kuih raya di Pasar Tanjung.

Encik Suami cadangkan kami bermalam di Marco Polo Hotel. Katanya banyak tempat letak kereta di situ. Lagi pula dekat dengan mall, boleh jalan kaki sahaja ke situ. Tambahnya lagi, Marco Polo Hotel berdekatan masjid, memudahkannya untuk solat tarawih. 

Abang Farid tolong tempahkan hotel dalam talian. Sampai di sana, tiada tempat letak kereta. Menurut petugas hotel, tuan tanah telah mengambil semula tempat tersebut. Sekarang, terpaksa cati tempat letak kereta sendiri an bolehlah cari kawasan di sekitar Kublai Restaurant bersebelahan hotel.


Abang farid tempahkan kami jenis bilik Deluxe Triple. Firdaus tidur di katil paling hujung.

Marco Polo Hotel

Selamat datang ke Marco Polo Hotel.

Marco Polo Hotel termasuk kategori hotel tiga bintang dan agak lama di Tawau. Dulu-dulu Amie selalu menginap di sini sewaktu menghadiri pelbagai kursus anjuran Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia


Ada tiga buah katil bujang disediakan.



Firdaus terus merebahkan diri dan tertidur.


Ada dua pintu penghadang iaitu kayu dan kaca sebelum tembus ke balkoni. Dengan warna langsir yang lembut dan tidak tebal, nampak seolah-olah suasana kampung pula.




Pukul 5:30 petang kami tinggalkan bilik untuk berbuka puasa di Secret Recipe. Kami membuat tempahan lebih awal, sebelum daftar masuk hotel kami singgah di SR terlebih dahulu.




Waktu malam, selesai solat tarawih, kami masak air panas dan bancuh minuman. Sebelum itu kami singgah di gerai beli sayapnayam panggang dan murtabak Jawa.



Bilik air di hotel ini sudah tentulah mengikut gaya lama,  luas dan ada bathtub.



Awal pagi, selepas sahur dan satu jam sebelum masuk waktu subuh Encik Suami ajak Firdaus ke masjid untuk solat subuh berjemaah. Kata Encik Suami, walaupun ketika itu belum pukul empat pagi, tapi masjid sudah -penuh dengan orang ramai! Alhamdulillah. Semoga semua yang memenuhi rumah Allah mendapar lipahan rahmat dan kasing sayang-Nya. Amin.





9 ulasan:

  1. waahh walau hotel lama tp tetap nampak selesa..

    BalasPadam
  2. Nampak perabot semua lama. Tapi nampak bersih dan selesa.

    BalasPadam
  3. Syoknya firdaus tidur. Yelah kalau dah kat luar panas lepas tu puasa lagi bila bilik aircond automatik mata nak terlelap. hehehe

    BalasPadam
  4. Kalau di Johor ni ada restoran bernama Marco Polo tak silap. Aisehmannn, mesti susah lena En Masjid bila tak ada tempat letak kereta.

    BalasPadam
  5. Nampak makin tinggi Firdaus kak, terasa cepat betul membesarnya dengan nampak pipi dia yang makin berbentuk dan kurus

    BalasPadam
  6. Smart sekali, bersih, suasana damai ja di hotel tu kan..

    BalasPadam
  7. Melihat 2 buah kursinya, langsung terlihat memang vintage sangat hotel ini kak . Tp yg terpenting bersih kan ☺️. Apalagi hotel vintage biasanya punya kelebihan, luas dari segi ruangan 👍

    BalasPadam