Pages

Selasa, 17 Mac 2026

Iftar 27 Ramadan 1447H - Lontong Kuah Lodeh Sambal Sotong Kering

Bismillahirrah,anirrahim.
Hari ini teringin pula hendak berbuka puasa dengan makan Lontong Kuah Lodeh. Mana ada orang Jawa di LD. Kalau nak makan kenalah masak sendiri.  Jadi, selongkarlah peti sejuk, kumpul bahan yang diperlukan. Maka siaplah Lontong Kuah Lodeh yang kurang seri. Salah satunya ketiadaan bahan warna hijau sebab kacang panjang sudah buruk. Jadi, tak jadilah bubuh kacang hijau.

Amie tambahkan Sambal Sotong Kering. Semalam rendam 10 ekor sotong kering dengan air abu. Hari Khamis nanti hendak masak nasi lemak dengan sambal sotong kering untuk dibawa berbuka puasa bersama keluarga Encik Suami di kampung. Jadi, petang tadi masak sambal dua ekor sotong kering yang sudah kembang sebagai percubaan. Kalau sotong masak lembut, bolehlah dibuat sambal hari Khamis nanti.

Lontong Kuah Lodeh


Gang Lontong Kuah Lodeh


Nasi Himpit @ Lontong Segera


Kuah Lodeh

Sambal Sotong Kering

Telur Rebus

Serondeng Kelapa

Egg Tart & Egg Tart Portuguese

Kurma Nakhl Shaheen dari Algeria.

Beberapa hari ini buka puasa dengan kurma kecil-kecil dari Algeria. Sedap. Tak cukup makan dua tiga biji. Kadang tak sedar makan hampir 10 biji!

Salad Campur

Salad Campur untuk Encik Suami tidak dilupa!


Rasanya hendak makan lagi Lontong Kuah Lodeh dengan Sambal Sotong Kering.

5 ulasan:

  1. Saya langsung ingat di kulkas masih ada labu Siam. Biasanya utk dibuat lodeh ๐Ÿ˜๐Ÿ˜. Nanti nan buat juga lah.

    saya nih sebenernya tak suka kurma kak, kecuali kurma muda, yg masih halus kulitnya, crispy tak seberapa manis. Nah melihat kurma Algeria, macam kurma muda pula. Jadi penasaran ๐Ÿ˜๐Ÿ˜

    BalasPadam
  2. awal menu raya kak amie ni. sedapnya lontong.

    BalasPadam
  3. wahhhhh mantap kak.... cayalah . Akak balik semenanjung beraya tak?

    BalasPadam
  4. Cobaannnnn :D
    Tak pernah makan kurma kecil tu... Mesti ralit mengunyahkan, sedar² dah berbiji2 di telan hehe

    BalasPadam
  5. Aduhaiii..sotong kering..kak amie share camne nak masak sotong kering bg lembut sotong tu..SA suka tu...

    BalasPadam