Bismillahirrahmanirrahim.
Encik Suami cadangkan kami bermalam di Marco Polo Hotel. Katanya banyak tempat letak kereta di situ. Lagi pula dekat dengan mall, boleh jalan kaki sahaja ke situ. Tambahnya lagi, Marco Polo Hotel berdekatan masjid, memudahkannya untuk solat tarawih.
Abang Farid tolong tempahkan hotel dalam talian. Sampai di sana, tiada tempat letak kereta. Menurut petugas hotel, tuan tanah telah mengambil semula tempat tersebut. Sekarang, terpaksa cati tempat letak kereta sendiri an bolehlah cari kawasan di sekitar Kublai Restaurant bersebelahan hotel.
Abang farid tempahkan kami jenis bilik Deluxe Triple. Firdaus tidur di katil paling hujung.
 |
| Marco Polo Hotel |
 |
| Selamat datang ke Marco Polo Hotel. |
Ada tiga buah katil bujang disediakan.
Firdaus terus merebahkan diri dan tertidur.
Ada dua pintu penghadang iaitu kayu dan kaca sebelum tembus ke balkoni. Dengan warna langsir yang lembut dan tidak tebal, nampak seolah-olah suasana kampung pula.
Pukul 5:30 petang kami tinggalkan bilik untuk berbuka puasa di Secret Recipe. Kami membuat tempahan lebih awal, sebelum daftar masuk hotel kami singgah di SR terlebih dahulu.
Waktu malam, selesai solat tarawih, kami masak air panas dan bancuh minuman. Sebelum itu kami singgah di gerai beli sayapnayam panggang dan murtabak Jawa.
Bilik air di hotel ini sudah tentulah mengikut gaya lama, luas dan ada bathtub.
Awal pagi, selepas sahur dan satu jam sebelum masuk waktu subuh Encik Suami ajak Firdaus ke masjid untuk solat subuh berjemaah. Kata Encik Suami, walaupun ketika itu belum pukul empat pagi, tapi masjid sudah -penuh dengan orang ramai! Alhamdulillah. Semoga semua yang memenuhi rumah Allah mendapar lipahan rahmat dan kasing sayang-Nya. Amin.
syoknya anak teruna tido
BalasPadamwaahh walau hotel lama tp tetap nampak selesa..
BalasPadam