Bismillahirrahmanirrahim.
Di tengah kemeriahan malam Dubai, perhatian kami tertumpu pada beberapa buah kereta limousine yang diparkir di bahagian luar Zaa'beel Palace. Panjangnya luar biasa, jauh berbeza daripada kereta biasa yang sering kita lihat. Kilauan badannya memantulkan cahaya lampu malam, menjadikan kereta itu kelihatan begitu eksklusif dan memukau pandangan.
Kewujudan limousine itu seolah-olah melambangkan gaya hidup mewah yang sinonim dengan kota Dubai. Kami berdiri memerhatikan setiap inci reka bentuknya, membayangkan suasana di bahagian dalam yang pasti dipenuhi kemewahan dan keselesaan. Bagi penduduk di sini, kereta sebegini mungkin satu pemandangan biasa, tetapi bagi kami ini merupakan satu pengalaman yang jarang dilihat secara dekat.
Limousine panjang itu bukan sekadar kenderaan, tetapi seperti simbol kemajuan dan kemewahan sebuah kota yang berkembang pesat di tengah padang pasir.
 |
| Encik Suami dan Firdaus bergambar di sebelah limousine putih. |
 |
| Limousine hitam. |
Limousine atau lebih dikenali dengan panggilan stretch limousine ini merupakan kereta mewah yang dipanjangkan daripada model asal supaya boleh memuatkan lebih ramai penumpang dan memberi ruang dalaman yang sangat selesa.
Ciri-ciri kereta ini:
- Badan kereta dipanjangkan (sebab itu nampak sangat panjang).
- Biasanya digunakan untuk VIP, pelancong atau majlis khas.
- Bahagian dalam selalunya sangat mewah.
- Ada lampu hiasan, tempat duduk berhadapan, dan kadang-kadang ada sistem hiburan.
 |
| Sempai intai bahagian dalam limousine. |
Para pelancong yang inginkan pengalaman eksklusif bolehlah menaiki limousine ini dengan kadar bayaran tertentu. Kalau tak silap telinga ini mendengar pada malam itu, harga yang dikenakan sebanyak USD50 per kepala. Kalau tak silap dengarlah.... ahaks!
 |
| Zaa'beel Palace |
Satu lagi lambang kemegahan dan kekayaan Dubai yang sempat kami kunjungi ialah Zaa'beel Palace iaitu Kediaman Keluarga Diraja atau istana. Istana ini merupakan kediaman rasmi pemerintah Dubai, iaitu Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum. Oleh sebab itu, kawasan dalam istana tidak dibuka kepada orang awam dan pelawat biasanya hanya boleh melihat dari pintu masuk sahaja.
Walaupun berada di luar pagar, pelawat masih boleh menikmati keindahan deretan pokok palma yang tersusun rapi. Selain itu dapat melihat taman hijau yang luas dan terjaga. Laluan masuk istana juga sangat eksklusif dengan seni bina pintu gerbang yang megah.
Dengan kata lain, Zaa'beel Palace melambangkan kemegahan dan kekayaan Dubai serta sistem pemerintahan diraja UAE selain keindahan seni bina Timur Tengah moden. Menurut tour guide kami, biasanya lawatan ke sini lebih kepada menikmati suasana, mengambil gambar dan melihat keunikan kawasan diraja Dubai dari luar sahaja.
Ahmad begitu bersungguh-sungguh menerangkan tentang keistimewaan Dubai Frame. Katanya ambillah gambar sebanyak-banyaknya buat kenangan. Sayangnya sewaktu kami sampai, keadaan tidak seindah yang dijangkakan memandangkan suasana malam yang agak menyukarkan untuk merakam gambar dengan jelas!
Dubai Frame ialah salah satu mercu tanda unik di Dubai yang berbentuk seperti bingkai gambar gergasi. Dubai Frame memang bangunan cantik untuk bergambar tetapi di waktu malam agak sukar untuk mencari sudut yang sesuai ditambah pula kedudukannya agak jauh dari bas yang kami naiki serta terletak di seberang jalan.
Keistimewaan dan simbolik Dubai Frame ialah untuk menghubungkan masa lalu dan masa depan Dubai. Dubai Frame direka untuk melambangkan perbandingan antara:
- Dubai lama – kawasan bersejarah seperti Deira dan bandar tradisional.
- Dubai moden – bangunan pencakar langit dan pembangunan futuristik
Apabila berada di atas frame, pelawat boleh melihat kedua-dua pemandangan ini dari sudut berbeza. Di bahagian atas Dubai Frame terdapat laluan kaca dan pelawat boleh berjalan di atas lantai kaca tersebut.
Ketinggian Dubai Frame kira-kira 150 meter dan berbentuk bingkai gambar gergasi. Disaluti corak keemasan yang melambangkan kemewahan Dubai dan terlihat sangat cantik terutama pada waktu malam dengan pencahayaan berwarna-warni
Makna Simbolik Dubai Frame: Dubai Frame seolah-olah menggambarkan perjalanan transformasi Dubai daripada bandar padang pasir sederhana kepada kota metropolitan bertaraf dunia.
Melihat keindahan dan kemodenan dunia ini membuatkan hati dipenuhi rasa syukur kerana diberi peluang menyaksikannya dengan mata sendiri. Semoga setiap langkah kembara ini mendekatkan diri ini kepada kebesaran Allah, dan semoga Allah terus memelihara hati ini agar tidak lalai dengan keindahan dunia yang sementara.
Dalam sibuk-sibuk melihat duniawi yang penuh warna-warni, teringat pula di awal perjalanan sebenarnya kami singgah di kedai coklat. Tak sempat hendak ambil gambar nama kedai sebab teruja melihat empunya kedai memanggil kami dengan pelbagai jenis coklat untuk dicuba!
Petang itu entah berapa banyak gula masuk dalam badan! Oleh kerana sangat sedap, makan sahajalah setiap bungkus coklat pelbagai jenis yang dihulur.
Selepas makan coklat pelbagai jenis sudah tentu rasa jatuh cinta! Sudah jatuh cinta tentulah hendak membeli pula. Kami ditawarkan dengan harga USD 32 untuk satu kilogram coklat.
Buat pertama kalinya kami melontar USD yang dibawa dari tanah air di sini.
Boleh pilih mana-mana jenis coklat dan dicampur jadi sekilogram dengan harga USD 32.
 |
| Kunafa Pistachio |
Setelah makan banyak jenis, akhirnya Amie memilih Coklat Kunafa Pistachio sahaja kerana pernah beberapa kali makan coklat ini. Kalau tak silap kawan-kawan yang balik dari umrah bahagi-bahagikan coklat ini untuk kami di ladang. Coklat Kunafa Pistachio sering disebut sebagai Dubai Chocolate kini menjadi fenomena global karena perpaduan tekstur dan rasa yang sangat kontras dan unik. Kudapan ini menggabungkan elemen pencuci mulut tradisional Timur Tengah dengan seni coklat moden.
Bahan utama dari coklat ini adalah isian kadayıf iaitu pastri filo halus yang dipanggang garing dengan mentega. Ketika digigit, lidah akan merasakan sensasi renyah yang sangat kontras dengan lapisan coklat luarnya yang lembut.
Berbeza dengan coklat kacang biasa, coklat kunafa umumnya menggunakan pistachio spread atau krim pistachio berkualiti tinggi. Rasa kacang pistachio yang rangup, sedikit manis, dan berwarna hijau cerah memberikan kesan mewah dan rasa yang mendalam.
Ramai yang memilih Coklat Kunafa Pistachio untuk dibawa sebagai oleh-oleh. Setelah sampai ke tanah air, masing-masing menyatakan - kenapa tak beli banyak - kenapa sedap sangat! Mungkin boleh beli secara online kan?
Panjang lagi dari bas ye kak... lain macam betul kemewahan kat sana tu ya kak.... pastu tengok lak pelbagai jenis coklat, rambang mata.
BalasPadamTengok harga coklat pun seram. Tapi kawan-kawan travel kata pejam mata sajalah. Yang penting dapat beli oleh-oleh heheheee.
PadamMewahnya dlm limo tu... dubai ni mmg something kan? perfume ada beli x kak? dgr kata perfume dubai pun premium baunya
BalasPadamTransit sekejap jew. Tak sempat teroka banyak tempat shopping kecuali kedai coklat.
PadamSaya pas ke Dubai, macam tak habis2 amazed nya melihat kemewahan di sana. Even arab Saudi tak nampak semegah itu. Tur guide pun dah bilang, segala sesuatu di UAE, itu serba TER. Tertinggi, termewah, termahal, etc..
BalasPadamDubai frame itu saya pun tak sempat foto di sana. Hanya dari bus saja. Dah agak dah, pasti susah nak memotret dengan full body terlihat dan background Dubai frame tidak terpotong 🤣.
Betul tu. Susah nak ambil gambar sempurna di Dubai Frame.
PadamAiiiih coklatnya kaaaak 🤩🤩🤩🤩🤩. Tp memang sedap2. Kalau kesana lagi pasti nak beli banyak lah 😄
BalasPadamSyukurlah boleh guna mata wang USD di sini. Tak perlu tukar ke dirham.
PadamGambar² di depan Dubai Frame tu nampak futuristic.
BalasPadamItulah Dubai....
Padamagaknya yg bawak limousine ni mesti ada lesen bas sekali kot kan, susah nak ambil side setiap kali membelok tu, haha..
BalasPadamdatang dubai tak sah kalau tak beli chocolate dubai. original dubai chocolate tu mahal harganya, rm100 jugak saya tengok
Betul Maz. Kami beli hari tu sekilogram RM144.00 kalau kura duit kita.
PadamPanjang betul Limousine di sana. Macam panjang bas dah kan. Meriahnya coklat tu geram nak borong semua.
BalasPadamDubai mmg terkenal dengan kemewahannya...SA teringin nak pi kalau ada rezeki..mana kawan2 yg pergi dubai atas urusan kerja cakap, x mampu nak beli cenderahati...semuanya mahal....SA kalau dapat bergambar je dh cukup dh...
BalasPadamBetul SA. Memang cenderahatinya harga kayangan. Bukan tak mampu beli, tapi tak sampai hati nak beli .... ahaks!
Padam