Pages

Ahad, 15 Februari 2026

Singgah Bergambar di Museum of the Future - Ikon Futuristik Dubai

Bismillahirrahmanirrahim.
Mari singgah bergambar di Museum of the Future.

Google - Museum of the Future

Reka bentuk bangunan ini benar-benar luar biasa. Ia kelihatan bujur seakan-akan sebuah cincin besar yang melambangkan kesinambungan masa depan. Permukaannya pula dihiasi dengan kaligrafi Arab yang bukan sahaja cantik dipandang, tetapi membawa mesej inspirasi tentang harapan dan inovasi manusia.

Apabila lampu malam menyinari keseluruhan bangunan tersebut, keindahannya semakin terserlah. Cahaya putih yang memancar dari celah tulisan kaligrafi menjadikannya kelihatan sangat futuristik. Dari setiap sudut pandangan, bangunan ini mempamerkan keindahan yang berbeza dan mempesonakan.

Video Museum of the Future di malam hari.



Walaupun kami tidak berpeluang masuk ke dalam bangunan ini, hanya melihat dari luar namun sudah cukup membayangkan kecanggihan teknologi yang dipamerkan di dalamnya. Bangunan ini bukan sekadar muzium biasa, tetapi sebuah ruang yang menggambarkan bagaimana kehidupan manusia mungkin berubah pada masa hadapan.

Ia dikatakan memaparkan pelbagai inovasi berkaitan kecerdasan buatan, penerokaan angkasa lepas, teknologi kesihatan dan usaha memelihara alam sekitar. Segala idea yang dipamerkan seolah-olah menjadi gambaran impian manusia untuk mencipta dunia yang lebih baik.


Menurut tour guide Ahmad, muzium ini mempamerkan gambaran kehidupan masa hadapan melalui teknologi dan idea inovatif. Antara yang ada di dalamnya:

Tangan raksasa ini membawa maksud:
  • Simbol kreativiti manusia - melambangkan kuasa ciptaan manusia boleh mencipta, membina, mengubah masa depan melalui inovasi dan teknologi.
  • Menyambut pengunjung - memberi mesej bahawa masa depan terbuka untuk semua yang berani mencuba.
  • Interaksi dan pengalaman futuristik - dalam beberapa pameran, tangan dijadikan interaktif seperti pengunjung boleh menyentuh teknologi maya atau memulakan simulasi futuristik.
  • Menyimpulkan hubungan manusia dan teknologi - ia menggambarkan manusia pemegang masa depan di tangannya, sambil bekerjasama dengan teknologi dan sains untuk mrmbrntuk dunia yang lebih baik
Visual ringkas simbol tangan dan maksudnya dalam Museum of the Future - AI






Marilah duduk termenung memikirkan muzium yang pelik ini. Sekali pandang seperti cincin tetapi dua kali pandang bentuknya seakan-akan mata manusia. Layaknya mata misteri yang melihat masa depan. Keanehan bangunan ini terlihat dari binaan bentuk bulat, tiada satu sudut pun di bangunan ini. Bermakna dari tujuh tingkat, tidak ada satu sudut, tidak ada tiang atau struktur tegak!

Hebatnya hasil rekaan firma arkitek Killa Design dan kerja kejuruteraan struktur oleh Buro Happold.

Google - Museum of the Future

Dalam kesibukan melihat bumi Allah, terselit ruang untuk mensyukuri peluang melihat kebesaran ciptaan manusia yang lahir daripada akal dan usaha tanpa henti. 

Masya Allah.
Melihat reka bentuk Museum of the Future yang mempesona mata, terus diri tersedar bahawa segala keindahan dunia hanyalah secebis nikmat yang dipinjamkan. Sehebat mana pun bangunan dibina, keagungan ciptaan Allah tetap tidak mampu ditandingi. Dialah sebaik-baik pencipta yang menghadirkan keindahan langit dan bumi.




16 ulasan:

  1. Baru lepas tengok status kakak sepupu..Alhamdulillah, dah sampai situ dan dapat masuk..

    BalasPadam
  2. Selalu tgok orang bergambar kat depan ni. Muzium future rupanya.. saya igtkan muzium mcm islamik2 gitu..

    Betullah. Sekali tengok mcm bentuk cincin, dua kali tengok macam mata

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun pernah nampak gambar museum ini sebelum sampai sini. Tak sangka rupanya museum masa depan. Macam Maz juga, ingatkan muzium Islamik gitu.

      Padam
  3. Inilah yg jadi alasan saya nak balik ke Dubai suatu saat nanti kak. Krn nak masuk ke museum future ini. Tiketnya harus 3 bulan sebelumnya dibeli, Krn selalu sold out. Memang penasaran lah nak lihat dalamnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga tercapai hasrat Fanny suatu hari nanti.

      Padam
  4. Dasyat design bangunan mereka. Memang power.

    BalasPadam
  5. muzium terbuka ye kak... dubai yang terlalu moden kadang terkedepan jugak. Tapi memang cantik yang arca macam cincin tu kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena masuk dalam gelungan tu kalau nak tahu apa di dalamnya. Kamu di luar saja.

      Padam
  6. Biasa muzium pamerkan sejarah lampau.. muzium ni pula gambarkan masa hadapan.

    BalasPadam
  7. Subhanallah..indah betul.rekaannya dan unik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan, SA. Tak puas mata memandang sambil memikirkan betapa kreatif dan inovatifnya rekaannya.

      Padam