Bismillahirrahmanirrahim.
Mari singgah bergambar di Museum of the Future.
| Google - Museum of the Future |
Reka bentuk bangunan ini benar-benar luar biasa. Ia kelihatan bujur seakan-akan sebuah cincin besar yang melambangkan kesinambungan masa depan. Permukaannya pula dihiasi dengan kaligrafi Arab yang bukan sahaja cantik dipandang, tetapi membawa mesej inspirasi tentang harapan dan inovasi manusia.
Apabila lampu malam menyinari keseluruhan bangunan tersebut, keindahannya semakin terserlah. Cahaya putih yang memancar dari celah tulisan kaligrafi menjadikannya kelihatan sangat futuristik. Dari setiap sudut pandangan, bangunan ini mempamerkan keindahan yang berbeza dan mempesonakan.
- Teknologi masa depan – robot, AI, dan inovasi sains.
- Kehidupan tahun 2071 – simulasi bagaimana manusia hidup di masa depan.
- Eksplorasi angkasa – konsep kehidupan di luar bumi.
- Kelestarian alam – idea menjaga bumi dan teknologi hijau.
- Pengalaman interaktif – pameran digital dan realiti imersif (bukan sekadar melihat, tapi boleh rasa pengalaman).
- Simbol kreativiti manusia - melambangkan kuasa ciptaan manusia boleh mencipta, membina, mengubah masa depan melalui inovasi dan teknologi.
- Menyambut pengunjung - memberi mesej bahawa masa depan terbuka untuk semua yang berani mencuba.
- Interaksi dan pengalaman futuristik - dalam beberapa pameran, tangan dijadikan interaktif seperti pengunjung boleh menyentuh teknologi maya atau memulakan simulasi futuristik.
- Menyimpulkan hubungan manusia dan teknologi - ia menggambarkan manusia pemegang masa depan di tangannya, sambil bekerjasama dengan teknologi dan sains untuk mrmbrntuk dunia yang lebih baik
| Visual ringkas simbol tangan dan maksudnya dalam Museum of the Future - AI |
| Google - Museum of the Future |
Baru lepas tengok status kakak sepupu..Alhamdulillah, dah sampai situ dan dapat masuk..
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamSelalu tgok orang bergambar kat depan ni. Muzium future rupanya.. saya igtkan muzium mcm islamik2 gitu..
BalasPadamBetullah. Sekali tengok mcm bentuk cincin, dua kali tengok macam mata
Saya pun pernah nampak gambar museum ini sebelum sampai sini. Tak sangka rupanya museum masa depan. Macam Maz juga, ingatkan muzium Islamik gitu.
PadamInilah yg jadi alasan saya nak balik ke Dubai suatu saat nanti kak. Krn nak masuk ke museum future ini. Tiketnya harus 3 bulan sebelumnya dibeli, Krn selalu sold out. Memang penasaran lah nak lihat dalamnya
BalasPadamSemoga tercapai hasrat Fanny suatu hari nanti.
PadamCantik dan unik rekaannya.
BalasPadamBetul. Kreatif sungguh.
PadamDasyat design bangunan mereka. Memang power.
BalasPadamKan, Cie. Kadang tak tercapai dek akal.
Padammuzium terbuka ye kak... dubai yang terlalu moden kadang terkedepan jugak. Tapi memang cantik yang arca macam cincin tu kak
BalasPadamKena masuk dalam gelungan tu kalau nak tahu apa di dalamnya. Kamu di luar saja.
PadamBiasa muzium pamerkan sejarah lampau.. muzium ni pula gambarkan masa hadapan.
BalasPadamHaa... itulah uniknya muzium ini.
PadamSubhanallah..indah betul.rekaannya dan unik
BalasPadamKan, SA. Tak puas mata memandang sambil memikirkan betapa kreatif dan inovatifnya rekaannya.
Padam