Pages

Selasa, 2 Disember 2025

Makan Salad Buah Saja?

Bismillahirrahmanirrahim.
Petang tadi berangan hendak masak nasi, masak lauk sambal sardin. Tapi tak jadi, sebab apabila keluar dari ladang, kereta tersesat ke Seri Perdana. Kononnya hendak belikan Firdaus beberapa helai t-shirt dan kelengkapan lain sebagai persediaan untuk ke Sandakan pada hari Jumaat ini. Firdaus ikut program sekolah selama 3 hari dua malam di sana.

Setelah selesai urusan, mulalah cari pasal hendak isi perut. Terlupa hendak masak nasi dan masak lauk sambal sardin. Singgah sahajalah di Perdana Square cari apa yang patut untuk alas perut. 

Amie - Salad Buah


Hidangan Tengah Hari

Green Tea


Tipulah kalau hanya isi perut dengan Salad Buah. Mana nak kenyang? Tambahlah chicken wings goreng. Barulah ada semangat nak makan tengah hari... ahaks! 

Fried Chicken Wings


Encik Suami - Mushroom Chicken Chop

Hidangan makan Encik Suami lengkap ada protein, fiber dan kentang goreng sebagai pembekal karbohidrat.

Petang tadi masak jugalah nasi dengan sambal sardin tapi terpaksalah disimpan untuk sarapan esok pagi pula. Kenapa? Tidak ada yang makan sebab Encik Suami dengan Firdaus pergi kampung, ada tahlil.

12 ulasan:

  1. Menarikya salad buah tu sebab buahnya lain dari yang lain. Memang tak kenyanglah kalau makan salad buah je kan. Sedapnya mushroom chicken chop tu.
    Senang kerja juga sarapan esok tak payah masak dah. Panaskan je yang dah siap masak tu.

    BalasPadam
  2. wah masak sambal sardin sedap ni.

    BalasPadam
  3. Ok...kita tunggu sambal sardin...Kalau kat rumah saya pasti berakhir dengan Nasi Gorweg Sardin Telur Mata Cair...hihihi

    BalasPadam
  4. Ayam goreng tu nampak sedap kak oi.... itulah kak dah tahu takde orang rajin pulak masaknya

    BalasPadam
  5. Mushroom chicken chop tu nampak sedap..
    Tengok salad buah tu macam tak cukup mengenyangkan. Hehe..

    BalasPadam
  6. kak ana pun suka fruits salad, tapi tu lah memang tak kenyang kan hehe :) sedap semua menu AMie

    BalasPadam
  7. Salad buah tu dari kedai ye kak...SA suka je fruits salad dan apa je jenis salad...ni dah lama x buat ni...

    BalasPadam
  8. mushroom chicken chop nmpk menarik...fruit salad sedap juga

    BalasPadam
  9. Salad buah nampak sedap. Saya pun tak kenyang makan salad saja. Mesti ada protein juga.

    BalasPadam
  10. Jadi nak buat chicken chop lihat menu kak Amie 😍. Salad saja memang tak kenyang. Betul kata kak tot, mesti ada protein yg buat rasa kenyang lebih lama

    BalasPadam
  11. Alamakkk.... ayam goreng tu memanggil² pulak huhu

    BalasPadam