Pages

Selasa, 2 Disember 2025

Makan Salad Buah Saja?

Bismillahirrahmanirrahim.
Petang tadi berangan hendak masak nasi, masak lauk sambal sardin. Tapi tak jadi, sebab apabila keluar dari ladang, kereta tersesat ke Seri Perdana. Kononnya hendak belikan Firdaus beberapa helai t-shirt dan kelengkapan lain sebagai persediaan untuk ke Sandakan pada hari Jumaat ini. Firdaus ikut program sekolah selama 3 hari dua malam di sana.

Setelah selesai urusan, mulalah cari pasal hendak isi perut. Terlupa hendak masak nasi dan masak lauk sambal sardin. Singgah sahajalah di Perdana Square cari apa yang patut untuk alas perut. 

Amie - Salad Buah


Hidangan Tengah Hari

Green Tea


Tipulah kalau hanya isi perut dengan Salad Buah. Mana nak kenyang? Tambahlah chicken wings goreng. Barulah ada semangat nak makan tengah hari... ahaks! 

Fried Chicken Wings


Encik Suami - Mushroom Chicken Chop

Hidangan makan Encik Suami lengkap ada protein, fiber dan kentang goreng sebagai pembekal karbohidrat.

Petang tadi masak jugalah nasi dengan sambal sardin tapi terpaksalah disimpan untuk sarapan esok pagi pula. Kenapa? Tidak ada yang makan sebab Encik Suami dengan Firdaus pergi kampung, ada tahlil.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan