Pages

Sabtu, 22 November 2025

Sarapan Lempeng Cair & Nasi Goreng

Bismillahirrahmanirrahim.
Nyaman saja cuaca pagi Sabtu ini, namun rasa sunyi di rumah. Firdaus mengikuti Program Hari Kanak-Kanak di sekolahnya. Encik Suami pula baru sahaja keluar, ada urusan katanya. 

Awal pagi tadi setelah Firdaus ke sekolah, kita terus masuk dapur. Teringat ada baki nasi bario dalam peti sejuk, bolehlah dibuat nasi goreng. Sebelum menguruskan nasi goreng, sediakan adunan tepung gandum dahulu untuk dibuat lempeng cair. Nanti boleh makan dengan Sambal Tomato Air Tangan Firdaus!

Tinggalkan adunan tepung gandum, pergi ke belakang rumah, petik cili putih untuk dicampur dalam nasi goreng. Hendak masuk dapur, terpandang pokok limau purut, petiklah dua tiga helai. Cari bahan lain dalam peti sejuk, terjumpalah beberapa batang kacang panjang dan udang kertas. Cukuplah untuk perencah nasi goreng. Eh, tambahlah dua biji telur!


Hidangan Sarapan

Sambil melempeng, sambil masak nasi goreng. Kemudian renih kopi pula. Paling lambat selesai sudah tentulah melempeng sebab hanya guna satu kuali sahaja. Sempat lagi panaskan sambal tomato yang Firdaus masak kelmarin : Sambal Tomato Air Tangan Firdaus Selesai sediakan sarapan, Encik Suami pun sampai setelah hantar Firdaus ke sekolah. Maka bersarapanlah kami laki bini di dapur dengan hidangan:


Nasi Goreng Beras Bario

Tak tahu hendak bagi nama apa nasi gorengnya. Nasi Goreng Beras Bario boleh juga kan? Nasi beras Bario ini kecil-kecil comel. Memang sedaplah dibuat nasi goreng. Tambah wangi apabila dibubuh daun limau purut. Cili putih tidak pedas, Amie masukkan dengan tangkainya sekali.

Lempeng Cair 

Lama betul tak buat lempeng cair. Tiba-tiba saja pagi tadi hendak melempeng! Dapatlah 14 keping. Puaslah makan dengan sambal tomato!

Sambal Tomato Air Tangan Firdaus

Kopi Arabica Gayo Aceh

Selamat bersarapan!

Semoga ceria-ceria sahaja sepanjang hari ini! Jangan lupa alas perut sebelum memulakan aktiviti.

8 ulasan:

  1. wahh... saya hari tu baru juga melempeng. Suami makan 3 keping sebab dia kata susah betul bini dia nak buat lempeng sekarang.. hahaha... ye la.. lempeng kat lambat skeping sekeping.
    kalau buat jemput jemput lebih mudah... 3 kali goreng je dah cukup untuk satu keluarga makan.

    BalasPadam
  2. Tak pernah tak terliur lah kalau dah lihat hasil masakan kak Amie ❤️❤️❤️❤️. Ini pasti firdaus akan rinduuuuu sangat dengan masakan mamanya jika merantau jauh.

    BalasPadam
  3. Macam nak buat lempeng jugak la esok makan dengan sambal bilis.

    BalasPadam
  4. Sedapnya hidangan sarapan kak Amie. Bab melempeng tu leceh nak kena buat satu-satu. Tapi itulah yang sedap.
    Wah Firdaus pun dah pandai buat sambal ye. Senanglah mommy boleh rehat masak lepas ni. Beras bario tak pernah rasa lagi. Comel je kecik-kecik. Oo cili putih tak pedas ye. Sedapnya nasi goreng tambah udang.

    BalasPadam
  5. Sedap tu.. tambah² minum dengan kopi-o🤤🤤

    BalasPadam
  6. waduhhhh sedapnyaaaa lempengggg
    lempeng ni cicah apa pun tetap menyelerakan...
    fav sy kalau ada sambal sardin
    fuhhh lg terangkatttt

    BalasPadam
  7. banyaknya udang dalam nasi goreng tu! puas makan ni
    alhamdulillah, menu sarapan yg sedap!

    BalasPadam
  8. Wah terer lah firdaus buat sambal tomato. Dah boleh tolong mummy ni. Tapi udang nasi goreng tu memang mengancam sungguh

    BalasPadam