Pages

Sabtu, 1 November 2025

Nasi Lemak Kuah Kari

Bismillahirrahmanirrahim.
Entri Nasi Lemak Kuah Kari ini merupakan cerita cari makan pada hari Khamis. 
Kelmarin, selepas semua selesai menunaikan solat Jumaat, keluarga Encik Suami beramai-ramai konvoi dari Lahad Datu ke Kunak untuk menziarahi sepupu mereka yang kehilangan isteri untuk selama-lamanya. Amie pun ikut serta.

Kami sampai semula ke LD menjelang pukul 8:30 malam. Rupanya banjir melanda taman perumahan kami! Encik Suami sangat terkejut kerana sebuah tayar kereta yang dibuka dan terletak di sebelah kereta tadi, beralih tempat sampai ke pintu pagar. Kasut-kasut pun pandai berjalan, dan ada yang hilang keluar ikut longkang kecil. Pagi tadi barulah selesai bersihkan kekotoran dan lumpur di sekitar rumah.

Hari ini kami ada dua jemputan kahwin. Sebelum itu Amie pesan Encik Suami, perhatikan betul-betul kalau ada pesanan atau makluman di bawah kad jemputan. Maklumlah, sudah rasa cukup malu apabila kami terlepas pandang ketika menghadiri majlis kahwin suatu ketika dahulu. Rupanya kami tidak perasan ada pesanan supaya daftar kehadiran melalui QR Code. Apabila kami sampai ke dewan, seperti biasa Encik Suami terus masuk tetapi dipanggil keluar semula oleh AJK yang bertugas di pintu. Encik Suami ditanya, sudah daftar kehadiran atau belum. Kalau belum daftar online, tidak boleh masuk. Di situ ada beberapa orang AJK menyemak nama para tetamu yang hadir di kertas yang mereka pegang.

Amie dan Fairuz berpandangan, dan kami cepat-cepat beritahu Encik Suami supaya tinggalkan majlis. Amie dan Fairuz faham situasi tersebut, tetapi Encik Suami lambat tangkap maksud itu! Jadi Amie dan Fairuz segera kembali ke kereta sementara Encik Suami dan Firdaus berada di pintu dewan 'disoal siasat AJK' majlis.

Tidak lama kemudian Encik Suami dan Firdaus menyusul ke tempat letak kereta. Amie cuba rasionalkan situasi tersebut kepada Encik Suami, bahawa tujuan daftar kehadiran tetamu mungkin untuk tujuan tempat duduk dan tempahan makanan. Tarikh akhir daftar ialah dua hari sebelum majlis. Encik Suami merungut juga. Katanya, majlis jemputan dari keluarga sendiri pun berprotokol kalah-kalah majlis menteri.

Jadi, pulanglah kami ke rumah setelah berpakaian cantik untuk menghadiri majlis kahwin. Sampai hari ini masih tidak dapat lupakan kata-kata Encik Suami : Besarnya kemaluan kita.... ahaks!

Cerita makan tengah hari pada hari Khamis. Firdaus hendak makan di Happy Spoon Cafe. Sudah itu tempat kegemarannya, ikutkan sajalah. Kami memesan:


Encik Suami - Nasi Lemak Kuah Kari


Lauk nasi lemak memang sudah lama dipelbagaikan. Kadang-kadang ada yang tak terfikir oleh kita. Di Happy Spoon Cafe, nasi lemak dihidangkan dengan pelbagai aksesori dengan harga RM18.00.


Nasi Lemak Kuah Kari yang penuh aksesori.

Nasi Lemak Kuah Kari didatangkan dengan seketul ayam goreng, kuah kari dituang di atas nasi lemak, ada serondeng ikan, sambal tumis, kacang tanah dan ikan bilis goreng. Sama seperti nasi lemak yang pernah kami makan di Sandakan, ada acar timun.


Inilah gaya gorengan ayam di Happy Spoon Cafe. Rangup di luar, lembut di dalam.

Firdaus - Nasi Ayam Buttermilk

Anak-anak memang suka makanan yang lemak berkrim!




Laksa Asam Happy Spoon Cafe agak berbeza daripada laksa asam yang biasa kita makan. Kuahnya sama dengan kuah laksa biasa tetapi aksesorinya agak berbeza. Ada hirisan daging ayam, hirisan kobis, bawang goreng dan daun sup. Tiada hirisan bawang besar.


Seperti biasa, kalau hidangan berkuah begini memang kuahnya dahulu yang Amie hirup, dan tinggallah laksanya di tengah-tengah. Mungkin laksanya banyak sangat, itu yang tak habis makan.

Cendol kongsi bertiga.

Keropok Lekor

14 ulasan:

  1. kesiannya datang nak meraikan pengantin,sekali tak boleh masuk..kenduri pun dah level digital sekarang ni ye kak,kena alert juga la lepas ni risau dapat malu nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silap kami jugalah. Ingatkan style kampung-kampung. Sebenarnya bukan kami saja, ramai lagi tetamu yang senasib kami....ahaks!

      Padam
  2. Biasanya kalau kena RSVP ni mesti mereka hanya tempah makanan makanan mengikut jumlah kehadiran je. Kesian la kalau datang dari jauh tapi tak boleh masuk dewan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya perasaan malu tu yang tak boleh lupa hihihi.

      Padam
  3. Zaman sekarang memang ada RSVP tu, tapi takde lah pula AJK majlis buat spot check nama...lepas nie,memang kena beringat lah..
    Rumah kak Amie banjir? Hujan kah? Dalam rumah terjejas sekali? Banyak betul soalan nya..hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah sebenarnya yang byang malu teramat sangat sebab ada spot check.
      Ya, kelmarin hujan kami tiada di rumah.
      Sebenarnya setiap pintu maduk rumah kami ada tembok, jadi air hujan tak dapat masuk. Cuma bahagian luar rumah, dinding, pasu bunga, pagar, dan kerusi meja di luar yang penuh lumpur.

      Padam
  4. Rindu kenduri zaman dulu, kita boleh datang tanpa RSVP terlebih dahulu.
    Sedap-sedap tengok hidangan di Happy Spoon Cafe ni. 😋

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah, sajian yang menarik..

    BalasPadam
  6. Selamat menjamu selera..sajian yang cuku hebat..persembahan menarik..

    BalasPadam
  7. alamak, cerita pasal QR code...adui..kesian pun ada, senyum den depan skrin laptop ..dapat saya rasakan..tak apa pengalaman ..ambil hikmahnya ya

    BalasPadam
  8. Bab hidangan, benar2 ada pesona nampak..sangat hebat

    BalasPadam
  9. Nasi lemak kuah kari dah rasa macam makan nasi dagang pulak. Nampak sedap² makanan lain tu Kak Amie tapi memang tidak boleh lupa ya pasal jemputan tu. Kaum keluarga pun nampaknya tiada tolak ansur tapi kalau difikir, itulah tujuan rsvp.

    BalasPadam
  10. alamak.. ketat sungguh majlis kahwin macam tu. takkan lah makanannya diorder ngam2 utk tetamu yg RSVP nama saja.. kesian tetamu lain yg dh datang nk menyantuni majlis, tapi tak boleh masuk pulak..

    BalasPadam
  11. Inilah yg didebatkan mama saya saat itu. Jadi beliau minta saya DTG ke pesta nikah sepupu saya. Tp saya tak dapat undangan. Dan ketika lihat undangan digital nya jelas2 ditulis RSVP, dan mesti confirm. Makinlah saya tak mau. Lah saya tak dapat undangan, macam mana nak confirm. Tapi mama maksa, DTG saja, tak apa, sudah disetujui oleh ibu pengantin.

    No, saya tetap menolak, kecuali pengantin mengirimkan undangan digital ke saya. Krn memang zamannya dah beda. Tak macam dulu, apalagi kalau jelas rsvp. Tak bisa sembarangan DTG.

    BalasPadam