Pages

Sabtu, 1 November 2025

Fusion Lunch : Grilled Lamb, Chicken Chop & Russian Soup

Bismillahirrahmanirrahim.
Catatan hari selasa lepas, hari pertama Firdaus menduduki UASA. Balik keskolah, katanya perutnya lapar. Oleh kerana tidak ke sekolah agama, kami bawa Firdaus makan tengah hari di Perdana Square. Menu pilihan kami berupa campuran Modern Western dan Asian.

Modern Western & Asian

Hari itu kami singgah menikmati hidangan lunch gabungan rasa fusion antara Western dan Asian. Amie memesan grilled lamb dan chicken chop yang disajikan dengan aroma smoky yang memikat. Encik Suami dan Firdaus memilih set nasi goreng udang dan nasi goreng chicken dipadankan dengan Russian Soup yang memberi rasa creamy, warm dan mengenyangkan. Encik Suami meminta satu juga minuman honey lemon ais.

Honey Lemon Ais


Encik Suami : Set Nasi Goreng Seafood (Udang)

Russian Soup

Set nasi goreng Encik Suami dan Firdaus dilengkapi dengan salad dan semangkuk Russian Soup. Russian Soup ini ada rasa creamy, savoury dan sedikit masam dan lebih kepada warm comfort soup. Kalau celup roti memang sedap!

Firdaus : Set Nasi Goreng Chicken



Walaupun nasi goreng tapi lengkap dengan hidangan salad! Itu yang menariknya sebab semuanya diet seimbang dengan kehadirat karbohidrat, protein dan fiber.

Amie : Grilled Lamb & Chicken Chop

Kambingnya lumayan banyak.

Sewaktu hidangan Amie sampai ke meja, air muka Firdaus terus berubah. Macam ada sesuatu yang terpendam di hatinya!

Rupanya dia terpandang kentang goreng di bawah timbunan kambing dan chicken cop dalam pinggan Amie. Apabila Amie tawarkan kepadanya chicken chop dan kentang goreng barulah dia kembali ceria. Rupanya Firdaus memandam rasa! Kenapalah tak berterus-terang saja... ahaks!


Sekian.
Entri tertunggak yang baru sempat disiarkan.

6 ulasan:

  1. Saya tengok lamb dan chicken chop itu pun, terliur. Inikan pula Firdaus tengok depan-depan. 😋

    BalasPadam
  2. Mesti habis di makan..juadah special juga ni..Firdaus pasti happy

    BalasPadam
  3. Lengkap betul hidangannya tu semua nampak menyelerakan.

    BalasPadam
  4. Ahaks, Firdaus.. mujur mommy dapat rasa perubahan wajah Daus kalau tidak, habis la kentang tu mommy makan semua, ahaks!

    BalasPadam
  5. Hahahah Firdaus nih, teringin juga ternyata yaa. Tapi memang kliatan sedap semua menu nya kak 😍😍😍

    BalasPadam