Pages

Sabtu, 4 Oktober 2025

Ekor Salmon Masak Sos Tiram dengan Cendawan Shiitake dan Gai Lan

Bismillahirrahmanirrahim.
Kononnya tidak perlulah masak untuk makan tengah hari. Terlupa pula ada budak kecil lapar! Selongkarlah peti sejuk, cari bahan yang cepat dan mudah dimasak. Terjumpa satu bekas ekor ikan salmon, cendawan shiitake segar dan gai lan. Gai lan ialah Chinese Broccoli. Bahagian ekor ikan salmon sudah dipotong-potong, jadi cepatlah lembut apabila dinyahbeku.

Hendak masak cepat dan mudah? Masak sajalah ketiga-tiga bahan ini sekali harung. Jadi, sebaik sahaja tekan butang on di periuk nasi, terus sahajalah kerjakan bahan-bahan untuk dijadikan lauk. Sebaik sahaja nasi tanak, lauk pun siap. Bolehlah terus dihidangkan.

Nasi dengan Ekor Salmon Masak Sos Tiram dengan Cendawan Shiitake dan Gai Lan.


Walaupun masak ringkas dan campak-campak tapi sedaplah... ahaks!
Firdaus menambah nasi dua kali.

Gabungan cendawan shiitake dengan sos tiram menerbitkan aroma yang sangat enak


Bahan-bahan :
300 gram bahagian ekor ikan salmon
10 kuntum cendawan shiitake segar - hiris ikut selera
10 tangkai gai lan - celur hingga masak dan rendam dalam air sejuk
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar minyak
garam / perasa pilihan 

Bahan hiris:
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar

Cara memasak:
Panaskan minyak dalam kuali.
  • Tumis bahan hiris hingga layu kekuningan.
  • Masukkan ekor ikan salmon bersama cendawan shiitake.
  • Masukkan sos tiram, garam / perasa pilihan.
  • Gaul  dan kemudian biarkan masak seketika.
  • Toskan gai lan dan masukkan ke dalam masakan.
  • Kacau beberapa kali dan padamkan api dapur.
Jemput makan!
Bismillah.



10 ulasan:

  1. Masa anak baby je pernah masak salmon untuk baby. Cie tak makan salmon. Tak boleh masuk. Entahla kenapa. Padahal paling banyak khasiat.

    BalasPadam
  2. Wow...ini masakan hotel 5* nih😍
    Syy..Cikgu..Adah suruh tanya..jika ke LD mana tempat yang harus dilawati & juga mana tempat makan best?

    BalasPadam
  3. Sedapnya!
    Orang handal di dapur bolehlah campak2 gini, kita yg amatur ni nak fikir menu pun berejam kak :D

    BalasPadam
  4. Masak kalau dah pakai sos tiram, apapun jadi sedap 😍😍🤭. Saya juga kalau dah malas masak, pasti pilih menu yg sekali harung kak. Sayur protein masak jadi 1.

    BalasPadam
  5. Sedapnya! Part ekor ikan adalah bahagian paling sedap 😋

    BalasPadam
  6. One pot meal... senang.. cukup lengkap.
    Nak pedas picit cili je ya.

    BalasPadam
  7. sedap betul tu sampai bertambah makan Daus tu ya

    BalasPadam
  8. Lengkap hidangan, sayur, protein, karbo. Nampak sedap juga. 😋

    BalasPadam
  9. Memang tau sedap sebab Kak Amie yang masak.

    BalasPadam