Pages

Sabtu, 4 Oktober 2025

Aneka Sarapan di Pagi Sabtu

Bismillahirrahmanirrahim.
Semoga hari ini semuanya dalam keadaan baik-baik dan ceria sahaja. Sarapan apa pagi ini? Kami alas perut hasil tangkapan Encik Suami dan Firdaus di Warung Al Iman. Encik Suami beli bihun goreng untuk dirinya. Firdaus pula memilih nasi lemak lauk ayam goreng. Encik Suami telefon dari warung kalau-kalau Amie mahu soto dan laksa. Belilah apa-apa saja, jawab Amie.

Sampai di rumah, terkejut juga melihat banyak makanan yang dibeli. Kata Encik Suami, tak perlulah masak tengah hari nanti. Encik Suami dan Firdaus sudah tentulah kenyang dengan sarapan pilihan masing-masing.

Untuk Amie, Encik Suami belikan:

Aneka Sarapan 


Kuih Bakar Pandan

Cucur Udang

Buras


Biasanya lauk tradisi Buras berupa sambal ikan bilis dengan serondeng kelapa. Kali ini hanya ada sambal ikan bilis sahaja.

Laksa Asam


Soto Ayam



Soto Ayam tak 'hidup' tanpa begedil kentang dan juga sambal kicap! Apabila nampak begedil kentang nan dua ketul dalam mangkuk soto, Firdaus pun mulalah bercerita kenangannya dahulu bantu buat begedil kentang. Kita pun faham, dia suka makan begedil kentang. Jadi, kongsilah makan begedil kentang dengannya. Barulah dia berhenti bercakap... ahaks! 

Soto Ayam & Sambal Kicap

Aneka Sarapan

Sekian.
Salam dari LD.


10 ulasan:

  1. sedap nya Amie. ada buras ye. kalau i panggil Berasak. tempting sungguh nak sarapan.

    BalasPadam
  2. Semua sedap. Hari tu baca di blog Fizah, tentang kuih bakar. Hari ni, nampak di blog kak Amie pula, kuih bakar pandan. Aduh.. lama tak makan, sebab tak jumpa kat sini.

    BalasPadam
  3. Memang tak rugi setiap kali singgah sini...Aneka juadah yang pastinya sedap2 belaka...
    Rindu nak makan putu & ikan bakar sama latok

    BalasPadam
  4. Sedap2 nya kak Amie. Saya kalau makan buras sudah pasti dengan Coto makasar. Tak bisa dipisahkan itu 🤤☺️. Dulu mama pun sering buat, biasa untuk bekal kalau road trip. Sengaja tak dibuat hambar, supaya bisa dimakan begitu saja, dan tetap enak

    BalasPadam
  5. Sedap2 menu sarapan ni. Meriah semuanya.

    BalasPadam
  6. Sedap2 semua menu, especially soto tu. Kalau makan soto, memang kena ada bergedil sebagai penyeri!

    BalasPadam
  7. Kihkih.... mujur mummy faham bahasa kiasan Firdaus😁

    BalasPadam
  8. meriahnya sarapan kak amie, dan nampak sedap semuanya..

    BalasPadam
  9. Memang betul-betul suami idaman ni, beli la apa-apa memang banyak betul yang dia beli... puas hati

    BalasPadam