Pages

Rabu, 17 September 2025

Sarapan di Warung Nasi Lemak Guru Besar

Bismillahirrahmanirrahim.
Sekarang kami berada di LD. Malam tadi, giliran di taman perumahan kami mendapat giliran bekalan elektrik pada pukul 11:30 malam sehingga pukul 2:30 dinihari. Rasanya tidak perlulah banyak mengeluh kerana ada perkara lain yang lebih perlu diberi perhatian selain bekalan elektrik terputus. Syukur kepada Allah kerana bekalan air tidak terganggu! Masih boleh mandi, masih boleh mencuci dan masih boleh masak!

Paling menyayat hati selain peristiwa mangsa tanah runtuh, sudah tentulah peristiwa tiga orang pekerja SESB yang hanyut di Kampung Nuntunan. Dua orang berjaya diselamatkan dan seorang lagi masih hilang. Semoga urusan pencarian dipermudahkan.

Dengan ini timbul rasa insaf di hati. Rupa-rupanya pekerja SESB bergadai nyawa untuk memberi keselesaan kepada penduduk pantai timur Sabah. Allahu Akbar! Walaupun kita pelanggan SESB dan sentiasa merasa diri kita betul, perlukan khidmat terbaik namun sesekali perlu juga memikirkan nyawa pekerja tersebut! Mungkin mereka ada isteri, ada anak, ada ibu dan bapa, juga keluarga!

Ya Allah ya Rahman ya Rahim. Segala usaha dan ikhtiar sudah dilakukan. Hanya kepada-Mu kami bertawakkal.

Kelmarin pagi, kami tidak bersarapan di hotel. Rasanya menunya sama sahaja dengan pagi sebelumnya. Tambahan pula dengan pelanggan yang begitu ramai dan agak bersesak, rasa kurang selesa berada di situ. Jadi pada pukul lapan pagi, kami jalan-jalan cari sarapan di warung Nasi Lemak Guru Besar yang terletak di Jalan Dominic.

Rupanya hampir tujuh tahun kami tidak berkunjung ke sini. Amie pernah menulis entri Nasi Lemak Guru Besar di sini:

Nasi Lemak Guru Besar


Firdaus hendak makan nasi lemak, tetapi pekerja di situ beritahu mereka tidak dapat hidangkan nasi lemak buat masa ini sebab tiada bekalan elektrik untuk mengisar kelapa parut! Oh, tidak mengapalah. Kalau tidak ada nasi lemak tentu ada makanan lain boleh dijadikan sarapan. Antara menu yang kami pesan termasuklah :
  • Kacang Pool
  • Roti Bakar
  • Mi Rebus
  • Char Kuetiaw
  • Kopi & Milo

Sementara menunggu pesanan siap, ambil gambar dulu di sekitar warung Nasi Lemak Guru Besar. Suasananya masih sama seperti dahulu.

Selamat Datang ke warung Nasi Lemak Guru Besar.


Warung ini terletak agak tersorok dari jalan besar. Encik Suami memang suka sangatlah sarapan di sini sebab tempat letak kereta pun luas. Banyak pokok kelapa ditanam di tepi warung. Amie lihat pekerja di situ petik buah kelapa dari pokok yang ditanam untuk memenuhi permintaan pelanggan yang ingin minum air kelapa. Wah, pagi-pagi sudah cuci perut dengan air kelapa muda!

Satu lagi, angin pagi yang bertiup menjadikan suasana sungguh nyaman sambil tenang-tenang menikmati hidangan yang disediakan.

Tempat letak kereta.




Banyak meja dan kerusi yang masih kosong. Ketika kami sedang bersarapan, tempat ini mula didatangi pelanggan.



Nasi Lemak Guru Besar dibuka pada pukul lapan pagi. Kami sangka, kamilah pelanggan awal. Rupa-rupanya ada pelanggan yang lebih awal dari kami.


Amie ajak Firdaus jalan-jalan di belakang warung. Di sinilah tujuh tahun lalu Firdaus berlari-lari di taman kecil, dikejar-kejar oleh Fairuz.


Firdaus - 2018


Minuman yang dipesan sudah sampai. Kami kembali ke meja.

Firdaus : Milo Panas

Kopi Hitam

Set Kacang Pool

Kacang Pool

Selalunya kalau hendak makan Set Kacang Pool kenalah tunggu balik Malaya. Alhamdulillah di sini pun ada kacang pool.



Selain Set Kacang Pool, Encik Suami hendak makan roti bakar. Walaupun tidak ada bekalan elektrik tetapi pekerja warung berusaha juga untuk menyediakan roti bakar. Apa bila Amie tanya macamana bakar roti? Katanya, mereka bakar dalam kuali!

Roti Bakar


Walaupun bakar roti dalam kuali tapi hasilnya tetap cantik!

Mi Rebus


Sengaja tambah menu Mi Rebus untuk sarapan kami. Encik Suami bersungguh-sungguh makan sampai habis!

Char Kuetiaw

Walaupun tak dapat makan nasi lemak, Firdaus tukar pesanan kepada Char Kuetiaw. Alhamdulillah. Budak ini tidaklah cerewet makan sampai hendak buang taugeh! Semua dia pulun habis.

Char Kuetiaw

Bismillah.


Gambar atas - Firdaus  2025
Gambar bawah - Firdaus 2018


Buah Potong

Kami tidak bercadang untuk ke mana-mana memandangkan kegelapan jelas di setiap kedai. Akhirnya kami beli buah-buahan potong dan bawa masuk ke bilik hotel. Bolehlah sambung makan sebelum daftar keluar tengah hari nanti.

Buah Potong

Setakat ini sahaja dahulu yang dapat Amie kongsikan. Amie hanya boleh menulis entri gunakan hotspot dari data mudah alih HP. WIFI memang tidak berfungsi tanpa bekalan elektrik. In syaa Allah, mudah-mudahan bekalan elektrik kembali pulih dalam waktu terdekat dan dapatlah Amie berblogging seperti biasa.

Jumpa lagi.

14 ulasan:

  1. sedih kak ana tengok tragedi tanah runtuh yang berlaku di socmed tu Amie, betul banyak yang perlu kita syukuri dalam hidup ni bila terlibat dalam musibah begini, semoga di permudahkanNya buat semua yang sedang di uji, aamiin

    BalasPadam
  2. Moga dipermudahkan dan cepat dapat pulih masalah tanah runtuh di sana ye kak... Alahai comel je Daus masa kecil tu kak, sekarang dah bujang dah

    BalasPadam
  3. moga selamat semua mangsa bencana alam itu tabah...nampak semua menu nasi lemak GB mengait selera.

    BalasPadam
  4. Ternampak jugak berita pekerja yang kenderaan mereka dihanyutkan banjir tu sorang masih belum dijumpai. Semoga dipermudahkan urusan semua penduduk Sabah.

    BalasPadam
  5. Sedih baca berita tentang tragedi tanah runtuh di Sabah. Semoga pekerja SESB yang hilang tu ditemui dengan selamat 🤲🏻 Dulu masa tinggal di Sarawak, bila musim hujan selalu je blackout tapi tak lama. Itu pun ramai yang merungut. Apa lagi rakyat Sabah sampai terpaksa bergilir-gilir terima bekalan elektrik. Bisnes pun terjejas bila bekalan elektrik terputus.

    Kedai Nasi Lemak Guru Besar ni owner nya orang Semenanjung ke Kak Amie? Sebab menu yang dihidangkan rata2 dari Semenanjung macam kacang pool 😅

    BalasPadam
  6. ada tengok berita haritu pasal banjir kat sabah, ada kanak2 terkorban dan tertimbus selama 18 jam. sedih sangat. semoga semua mangsa yg hilang dapat ditemui semula. harap cuaca cepat2 lah beransur pulih

    BalasPadam
  7. siap ada papan hitam dlm cafenya...sedap tgk menu kuehtiaw tu....smoga dipermudahkan utk mangsa tanah runtuh tu

    BalasPadam
  8. Pilu hati membaca berita ada pekerja yang hanyut. Berat mata memandang, berat lagi dugaan mereka yg kehilangan.
    Syukurlah walaupun tak ada nasi lemak, banyak jugak hidangan yg dapat dijamah. Nampaknya tak lama lagi Daus betul² boleh join kelab orang bujang ni, Kak Amie.

    BalasPadam
  9. Ada nampak keluarga staf Hospital Queen Elizabeth yang terlibat kejadian tanah runtuh dan pihak HQE minta derma sumbangan buat mangsa. Yang sedih tu nampak video kenderaan SESB yang dihanyutkan air. Semuga seorang lagi tu dijumpai dengan selamat le hendaknya.

    BalasPadam
  10. Kak Amie, kalo di sana grab ada juga tak? Atau public transportation yg banyak digunakan apa yaa? Betul2 teringin THN depan bisa kesana.

    Terkadang provider grab ini tak di semua kawasan ada. Macam di jakarta saja masih banyak kota2 yg memang tak pakai grab, atau gojek.

    Baguuuus firdaus, makan tak picky. Ini pasti karena kak Amie juga membiasakan Firdaus makan apa saja tanpa pilih2. Biasanya anak akan jadi picky, sebab ibunya juga memilih2 makanan.

    Macam anak saya, tak suka kuning telur, sebab saya tak suka. Jadi memang saya hanya masak makanan yg saya suka. Dan anak2 jadi ikut

    BalasPadam
  11. Allahuakbar...semoga dipermudah segala urusan mereka semua mencari. Tak dapat bayangkan ahli keluarga yang menanti.

    Menarik vibes kat sini. Tenang suasananya. Comelnya Firdaus masa kecil, kejap je dah besar. Mengembalikan kenangan betul datang sini ye. Sedapnya nampak char kuetiaw tu dengan cili jeruknya. Buah potong pun menggoda juga macam-macam buah ada.

    BalasPadam
  12. Wah, ini tepi jalan rasanya,..unik Guru Besar punya nasi lemak..waduh seolah nak pergi makan kat sana..seronok tengok..tq gambar perkongsian ya

    BalasPadam
  13. Semoga semua bertambah baik di sana.
    Nyamannya keadaan sekitar kedai makan.
    Mana perginya Firdaus yang gemol-gemol tu.. sekarang dah tinggi melonjong. Banyak aktiviti kat sekolah ya.

    BalasPadam
  14. warghhh pagi2 lagi dah makan mi rebus... best nyaaaa

    kalau tanya firdaus main kejar2 dgn abg nya tu dia igt tak memori tu? ;-)

    BalasPadam