Bismillahirrahmanirrahim.
Cerita kelmarin 15 September 2025. Nampaknya
Tawau senasib dengan daerah lain, bekalan elektrik terputus! Selepas sarapan di
Shervinton Hotel kami ke pasar raya. Aduhai! Dalam pasar raya panas, tiada kipas apalagi hawa dingin. Hendak naik dari satu tingkat ke satu tingkat pun terpaksa mendaki eskalator. Apa boleh buatlah. Tapi terasa berat betul membawa naik badan yang sihat montel ini.
Selesai shopping, kami mencari tempat makan. Sekali lagi di duga keadaan jalan raya yang sesak akibat lampu trafik tidak berfungsi. Setelah sampai ke kedai makan yang dituju, sekali lagi kami diuji! Setelah tulis semua makanan yang hendak dipesan, rupanya semua tidak boleh disediakan kerana masalah tiada bekalan elektrik. Baru perasan, semua kipas dan lampu di situ tidak berfungsi. Panas! Menurut pelayan restoran ketika ini hanya ada masakan mi sup sahaja. Terpaksalah kami tinggalkan tempat makan tersebut dan patah balik arah ke bandar.
Jam sudah menunjukkan angka 01:58 petang!
Sebolehnya kami mencari tempat duduk yang terbuka dan berangin. Oleh kerana masalah sama tiada bekalan elektrik maka kami tidak dapat memesan minuman yang dikehendaki. Kata pelayan restoran, mereka hanya hidangkan minuman air mineral sahaja ketika ini.
 |
Tiga gelas air mineral.
|
Kami memesan:
Udang Goreng Tepung ini datang awal. Kami bertiga ratah sahaja hingga habis.
 |
| Peria Goreng Telur Masin |
Kemudian datanglah Peria Goreng Telur Masin. Firdaus yang mengingatkan awal-awal supaya memesan hidangan ini.
Sedap jew Firdaus meratah Peria Goreng Telur Masin ini.
Kami makan sikit jew, selebihnya Firdaus yang habiskan!
 |
| Asam Pedas Ikan Isi Merah |
Asam Pedas Isi Ikan Merah ini Encik Suami makan dengan nasi putih.
 |
| Kon Loh Mi Ikan |
Amie makan Koh Loh Mi Ikan. Sedap ratah isi ikan goreng begitu saja.
Kalau datang ke Tawau bolehlah singgah di KK Sup Ikan di bandar Tawau. Bolehlah rasa-rasa fillet ikan goreng dan lain-lain.
Baik kak Amie, datang Sabah kena refer blog kak Amie je kalau nak JJCM. Terima kasih share kak Amie. Suka betul Firdaus dengan peria goreng telur masin. Bila dia berselera makan, kita pun jadi tak sampai hati nak makan banyak sebab dah favourite dia dah pesan awal-awal.
BalasPadamAduhaiii..parah ni tak ada elektrik. Masalah sejagat berjangkit sampai Tawau. Semoga selesai segera masalah elektrik di sana. Tak silap puncanya dari tanah runtuh. Semoga dipermudah urusan mereka menyelesaikan masalah ni dan segera surut juga banjir di Sabah. Harap semuanya dalam keadaan baik disana.
Alhamdulillah, masalah bekalan elektri terputus beransur-ansur pulih. Ya betul, berpunca dari tanah runtuh.
PadamBoleh singgah KK Sup Ikan Tawau ya Fizah.
Sedap ye peria goreng telur masin tu sedap sangat nampak Firdaus meratah tu.
BalasPadamYa, peria tak rasa pahit langsung. Rangup.
Padamsedapke peria goreng telur masin Daus
BalasPadamTak pahit langsung Kak PI.
PadamAlhamdulillah, ada juga sajian makanan..rasanya tak puas makan tu, tak ada nasi..makan tengahari kena makan nasi..tak apa ujian ruingan saja tu ya..
BalasPadamEncik Suami makan nasi, saya dengan Firdaus tak makan nasi hanya meratah isi ikan dan mi sahaja.
PadamBest lah dapat makan filet² ikan samada digoreng atau masak sup.
BalasPadamIsi ikan segar memang sedap kan Faizah.
PadamSedapnya..Nanti kalau saya dah pindah semenanjung, mesti akan rindu sup ikan mcm ni.. Hanya ada di Sabah...
BalasPadamKan. Rasanya belum jumpa menu begini di Malaya.
PadamPeria goreng telur masin tu sedapnya nampak. Moga dipermudah kan semua urusan Kak Amie dan keluarga di sana.
BalasPadamMemang sedap Mulan. Itu yang Firdaus boleh habiskan ratah sepiring.
PadamIn syaa Allah Sabah akan baik-baik saja.
Sy teringat² Kak Amie bila baca kisah yang berlaku di beberapa tempat di Sabah sewaktu cuti panjang ni. Aduh, kesiannya, sana-sini tak ada elektrik ya. Semoga semuanya baik² sahaja nanti.
BalasPadamMemang tak sangkalah hampir seluruh Sabah lumpuh... tapi in syaa Allah, semoga semuanya baik-baik saja.
PadamAduh black out lagi!
BalasPadamSedap nampaknya makanan semua tu...
Iya, black out di mana-mana.
PadamBertabah sajalah heheee.
kesian dkt peniaga bila takde elektrik macamni. kalau takde air lagi teruk.
BalasPadamhebat firdaus makan peria, saya tak suka hehe. nampak sedap mee koh lo dgn fillet ikan tu!
Memang kesian, terjejas teruk gara-gara putus bekalan letrik.
PadamBanyak orang tak suka peria tapi cara masakan peria goreng telur masin buat ramai pelanggan suka.
peria goreng telur masin..rare menu ni...ingt ada menu sup ikan
BalasPadamBanyak menu sup ikan, tapi kami dah order asam pedas dan lain-lain, takut tak termakan pula supnya.
PadamSaya pasti refer ke blog kak Amie kalo nanti jadi ke Sabah dan Sarawak ❤️❤️❤️.
BalasPadamAiiiih memang tak sanggub kalau mati listrik sampai lamaaaa. Paling dikuatirkan daging dalam kulkas.
Nak kluar pun sama saja, kedai makan lain pun mati listrik. Semoga cepat diatasi ya kak
Semuanya edap...Firdaus pun ralit meratah peria tu ye...
BalasPadam