Pages

Sabtu, 27 September 2025

Resipi Sardin Sambal Tuhau Yang Menggoda Selera!

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini Firdaus mengikuti aktiviti kokurikulum. Rancangannya  pukul 11:00 pagi selepas ambil Firdaus dari sekolah bolehlah terus singgah di kedai makan. Tiba-tiba pukul 9:00 pagi Encik Suami ada urusan di luar. Jadi katanya, terus ambil Firdaus di sekolah. Jadi, tak jadilah hendak makan tengah hari di luar.

Kita pun terus masuk dapur, nyahbeku kepala ikan. Hendak masak sup sahaja, tapi tidak ada daun sup pula. Yang ada hanya daun bawang. Janganlah banyak songel sangat. Tak ada daun sup, tetap juga boleh masak sup kepala ikan... ahaks!

Teringat pula Firdaus asyik sebut Sardin Sambal Tuhau! Tengok dalam kabinet ada satu tin kecil ikan sardin. Bolehlah masakkan Sardin Sambal Tuhau untuk Firdaus. Telur pun masih banyak dalam sarang. Gandingkan sahajalah Sardin Sambal Tuhau dengan telur dadar.

Sayur pemberian kakak ipar belum berusik. Ada kelapa parut. Bolehlah kisar buat santan segar. Kita masak sayur lemaklah pula. Tengok sayur mana yang sesuai, ada kobis, ada baby kailan, ada sawi Jepun dan ada lobak merah.

Sardin Sambal Tuhau

Mungkin ada di antara rakan-rakan yang belum mengenali tuhau. Mari kita berkenalan dengannya. Tuhau ialah sejenis tumbuhan herba liar daripada keluarga halia (Zingiberaceae) yang banyak ditemui di Sabah, khususnya di kawasan pedalaman. Ia juga dikenali sebagai Etlingera coccinea.

Ciri-ciri utama tuhau:

  • Batang & umbisinya digunakan dalam masakan. Bentuknya agak panjang, berwarna pucat, dan berbau agak kuat seakan-akan campuran serai, halia dan daun ketumbar.

  • Rasanya sedikit pedas, masam segar, dan aromanya agak tajam bagi orang yang pertama kali mencuba.

  • Kegunaan tradisi - biasanya dijadikan jeruk (jeruk tuhau dengan cili, garam dan limau), ditumis, atau dijadikan sambal.

  • Kultur masyarakat Kadazandusun & Murut - Tuhau dianggap makanan tradisional penting, selalu disediakan semasa perayaan seperti Kaamatan.

Pendek kata, tuhau boleh dianggap sebagai signature food Sabah yang unik. Ada orang sangat suka kerana baunya wangi, ada pula yang kurang tahan dengan aromanya.

Antara variasi hidangan tuhau:

  • Tuhau goreng : ditumis dengan ikan masin, bawang putih, dan cili.

  • Sambal tuhau : dikisar bersama cili dan belacan, jadi lauk nasi yang sangat pedas dan beraroma.

  • Tuhau kering : ada juga dibuat serunding.

Bagi orang Sabah, jeruk tuhau selalu ada di meja makan, ibaratnya acar istimewa mereka. Aromanya memang kuat, tapi kalau sudah biasa, ramai yang rasa sedap dan ketagih.

Antara menu tuhau yang pernah Amie kongsi dalam entri:


Hidangan Tengah Hari / Malam

Hidangan hari ini:
  • Nasi Putih
  • Sardin Sambal Tuhau
  • Sup Kepala Ikan
  • Telur Dadar
  • Sayur Kobis Masak Lemak Putih
  • Brengkes Ikan - kiriman anak buah.
Sup Kepala Ikan

Puaslah kita hirup kuah sup kepala ikan. Rasa pedas lada putih dan masam asam keping. Kurang masam boleh perahkan jus limau kasturi. Kurang pedas lada putih, picitkan saja cili padi! Encik Suami hanya pedulikan Sardin Sambal Tuhau, Telur Dadar dengan Kobis Masak Lemak Putih. Dia tak perasan tahu kot betapa nikmatnya Sup Kepala Ikan!

Tapi kita pun tak boleh tahan melihat Sardin Sambal Tuhau!

Nasi putih, tambah dua kali isi.

Kobis Masak Lemak Putih, tambah udang, suhun dan lobak merah.

Sardin Sambal Tuhau

Sambal Tuhau ini kami beli siap dalam botol sewaktu berkunjung ke Rumah Terbalik di Tamparuli. Kalau hendak makan, tuangkan saja dalam mangkuk kecil. Boleh dijadikan pencecah ikan atau ayam goreng. Suatu hari, Amie jadikan perencah ikan sardin dalam tin. Aromanya yang kuat ketika dimasak membuatkan Amie terbersin beberapa kali. Firdaus pula yang baru balik sekolah agama, terus masuk dapur dan makan nasi dengan Sardin Sambal Tuhau. Suka pula budak kecil itu dengan rasanya. Selepas itu Amie masak beberapa kali untul Firdaus tapi tidak pernah dijadikan entri. Hari ini baru rasa tergerak hati untuk kongsi.

Resipi Sambal Sardin Tuhau
Bahan-bahan:
1 tin kecil sardin dalam tin
3 sudu besar sambal tuhau
1 sudu besar kicap lemak manis
1 sudu besar sos tiram
4 sudu besar minyak
garam / perasa pilihan secukupnya

Bahan hiris:
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 labu bawang besar
2 cm halia muda - hiris nipis
2 tangkai cili hijau

Cara memasak:
  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis semua bahan hiris hingga layu.
  2. Masukkan sambal tuhau.
  3. Biarkan masak sehingga terbit aroma.
  4. Masukkan ikan sardin, sos tiram, kicap, garam / perasa pilihan dan cili hijau.
  5. Gaul rata. 
  6. Masak sehingga terbit minyak.
  7. Padamkan api dapur.

Telur Dadar

Sardin Sambal Tuhau & Telur Dadar

Brengkes Ikan Belais kiriman anak buah.

Bismillah.


18 ulasan:

  1. alhamdulillah menu tengah hari istimewa jamu selera

    BalasPadam
  2. Tengahari tadi ada rancangan masak2 kat tv. Ada marsha dan pelawak Sabah tu. Mereka ada sebut tuhau. Tapi Cie tak fokus ke tv. Duk mengadap blog. Cuma dengar perkataan tuhau tu jela.

    BalasPadam
  3. Sy tak pernah tengok depan mata tuhau ni. Tapi kenal melalui pembacaan / perkongsian di alam maya saja.
    Senang kalau dah ada yg siap disambal atau dijeruk. Bila² teringin boleh makan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Tak kalut nak sedia bahan untuk dimasak atau dihidang.

      Padam
  4. oh ada sambal tuhau ready made rupanya. Ingatkan kak amie buat from scratch

    BalasPadam
  5. Memang hebat persembahan, memasak lagi hebat..tahniah..Firdaus pasti tak sabar nak makan tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Firdaus ini memang gaya makannya macam orang dewasa.

      Padam
  6. Ala...macam nyesal pula tak beli jeruk tuhau masa kat Tawau..
    Betul kata cikgu " Biar menyesal beli daripada menyesal tak beli"
    In shaa Allah lepas ni kalau ke sana lagi nak cuba jeruk tuhau...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau beli jeruk tuhau, nak masak sambal kenalah bubuh cili ye Mama Cella.

      Padam
  7. mula2 tgk cili hijau tu sy sangkakan petai kak... hahahha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aduh, sedapnya kalau cili hijau bertukat petai Anies oiiii...

      Padam
  8. Oh, masuk entry ini baru dapat jawapan apa itu, tuhau. Hihihi. Rupanya sejenis keluarga halia ya, Kak Amie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, sejenis herba. Umburnya yang diambil untuk diolah.

      Padam
  9. Penasaran saya rasanya kak 😍😍. Nanti bolehlah saya cari Sambal Tuhau kalo ke Sabah. Saya mungkin sama dengan suami kak Amie. Tak suka sup kepala ikan 😂. Ikan saya suka. Di gulai, bakar, goreng, tapi ntah kenapa dibuat sup tak suka.apalagi bagian kepala. Krn memang tak makan kepala. Suami Saya yg sukaaa sangat kepala ikan

    BalasPadam
  10. Kiranya tuhau yang dibeli tu sudah dibuat sambal lah kan... kalau kosong je makna telah dijeruk.

    BalasPadam