Kita pun terus masuk dapur, nyahbeku kepala ikan. Hendak masak sup sahaja, tapi tidak ada daun sup pula. Yang ada hanya daun bawang. Janganlah banyak songel sangat. Tak ada daun sup, tetap juga boleh masak sup kepala ikan... ahaks!
Teringat pula Firdaus asyik sebut Sardin Sambal Tuhau! Tengok dalam kabinet ada satu tin kecil ikan sardin. Bolehlah masakkan Sardin Sambal Tuhau untuk Firdaus. Telur pun masih banyak dalam sarang. Gandingkan sahajalah Sardin Sambal Tuhau dengan telur dadar.
Sardin Sambal Tuhau |
Mungkin ada di antara rakan-rakan yang belum mengenali tuhau. Mari kita berkenalan dengannya. Tuhau ialah sejenis tumbuhan herba liar daripada keluarga halia (Zingiberaceae) yang banyak ditemui di Sabah, khususnya di kawasan pedalaman. Ia juga dikenali sebagai Etlingera coccinea.
Ciri-ciri utama tuhau:
-
Batang & umbisinya digunakan dalam masakan. Bentuknya agak panjang, berwarna pucat, dan berbau agak kuat seakan-akan campuran serai, halia dan daun ketumbar.
-
Rasanya sedikit pedas, masam segar, dan aromanya agak tajam bagi orang yang pertama kali mencuba.
-
Kegunaan tradisi - biasanya dijadikan jeruk (jeruk tuhau dengan cili, garam dan limau), ditumis, atau dijadikan sambal.
-
Kultur masyarakat Kadazandusun & Murut - Tuhau dianggap makanan tradisional penting, selalu disediakan semasa perayaan seperti Kaamatan.
Pendek kata, tuhau boleh dianggap sebagai signature food Sabah yang unik. Ada orang sangat suka kerana baunya wangi, ada pula yang kurang tahan dengan aromanya.
Antara variasi hidangan tuhau:
-
Tuhau goreng : ditumis dengan ikan masin, bawang putih, dan cili.
-
Sambal tuhau : dikisar bersama cili dan belacan, jadi lauk nasi yang sangat pedas dan beraroma.
-
Tuhau kering : ada juga dibuat serunding.
Bagi orang Sabah, jeruk tuhau selalu ada di meja makan, ibaratnya acar istimewa mereka. Aromanya memang kuat, tapi kalau sudah biasa, ramai yang rasa sedap dan ketagih.
Antara menu tuhau yang pernah Amie kongsi dalam entri:
Hidangan Tengah Hari / Malam |
- Nasi Putih
- Sardin Sambal Tuhau
- Sup Kepala Ikan
- Telur Dadar
- Sayur Kobis Masak Lemak Putih
- Brengkes Ikan - kiriman anak buah.
Sup Kepala Ikan |
Nasi putih, tambah dua kali isi. |
Kobis Masak Lemak Putih, tambah udang, suhun dan lobak merah. |
Sardin Sambal Tuhau |
- Panaskan minyak dalam kuali. Tumis semua bahan hiris hingga layu.
- Masukkan sambal tuhau.
- Biarkan masak sehingga terbit aroma.
- Masukkan ikan sardin, sos tiram, kicap, garam / perasa pilihan dan cili hijau.
- Gaul rata.
- Masak sehingga terbit minyak.
- Padamkan api dapur.
Telur Dadar |
Sardin Sambal Tuhau & Telur Dadar |
Brengkes Ikan Belais kiriman anak buah. |
Bismillah. |
alhamdulillah menu tengah hari istimewa jamu selera
BalasPadamAlhamdulillah. Jemput Kak PI.
PadamTengahari tadi ada rancangan masak2 kat tv. Ada marsha dan pelawak Sabah tu. Mereka ada sebut tuhau. Tapi Cie tak fokus ke tv. Duk mengadap blog. Cuma dengar perkataan tuhau tu jela.
BalasPadamKebetulan ye dengar tuhau.
PadamSy tak pernah tengok depan mata tuhau ni. Tapi kenal melalui pembacaan / perkongsian di alam maya saja.
BalasPadamSenang kalau dah ada yg siap disambal atau dijeruk. Bila² teringin boleh makan
Betul tu. Tak kalut nak sedia bahan untuk dimasak atau dihidang.
Padamoh ada sambal tuhau ready made rupanya. Ingatkan kak amie buat from scratch
BalasPadamAda jeruk dan ada sambal tuhau.
PadamMemang hebat persembahan, memasak lagi hebat..tahniah..Firdaus pasti tak sabar nak makan tu..
BalasPadamFirdaus ini memang gaya makannya macam orang dewasa.
PadamAla...macam nyesal pula tak beli jeruk tuhau masa kat Tawau..
BalasPadamBetul kata cikgu " Biar menyesal beli daripada menyesal tak beli"
In shaa Allah lepas ni kalau ke sana lagi nak cuba jeruk tuhau...
Kalau beli jeruk tuhau, nak masak sambal kenalah bubuh cili ye Mama Cella.
Padammula2 tgk cili hijau tu sy sangkakan petai kak... hahahha
BalasPadamAduh, sedapnya kalau cili hijau bertukat petai Anies oiiii...
PadamOh, masuk entry ini baru dapat jawapan apa itu, tuhau. Hihihi. Rupanya sejenis keluarga halia ya, Kak Amie.
BalasPadamYa, sejenis herba. Umburnya yang diambil untuk diolah.
PadamPenasaran saya rasanya kak 😍😍. Nanti bolehlah saya cari Sambal Tuhau kalo ke Sabah. Saya mungkin sama dengan suami kak Amie. Tak suka sup kepala ikan 😂. Ikan saya suka. Di gulai, bakar, goreng, tapi ntah kenapa dibuat sup tak suka.apalagi bagian kepala. Krn memang tak makan kepala. Suami Saya yg sukaaa sangat kepala ikan
BalasPadamKiranya tuhau yang dibeli tu sudah dibuat sambal lah kan... kalau kosong je makna telah dijeruk.
BalasPadam