Pages

Selasa, 12 Ogos 2025

Sepetang di Kampung Ayer Bandar Seri Begawan

Bismillahirrahmanirrahim. 
Petang 29 Mei 2025, setelah daftar masuk di Coconut Bay Lodge dan berehat seketika, kami keluar dari bilik dan hendak jalan-jalan ke Kampung Ayer. Kali ini tidak banyak yang Amie kongsikan sebab sudah pernah datang ke sini: Kampung Ayer Brunei Darul Salam

Dulu kami datang bersama pemandu pelancong dan sudah diatur untuk berkunjung ke rumah penduduk Kampung Ayer. Kami dijamu hidangan petang berupa minuman teh panas dan kuih tradisi seperti kuih jelurut dan kuih ardam.

Hari ini kami sekadar ambil angin petang menyusuri Kampung Ayer sahaja.



Video sepanjang berada di Kampung Ayer Bandar Seri Begawan.

Nun di sanun, latar belakang Temburong Bridge.

Berganbar kenangan di sini.


Jom, kita susuri Kampung Ayer di petang hari.

Galeri Kebudayaan dan Pelancongan Kampung Ayer.

Kampung Ayer Bandar Seri Begawan merupakan penempatan tradisional terbesar di dunia yang dibina di atas air dengan melebihi 10,000 rumah kayu yang dihubungkan lebih 30 hingga 38 km laluan dan jambatan kayu. Terdapat lebih 30 kampung kecil dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden seperti elektrik, air paip, internet dan sebagainya. Terdapat sekolah rendah dan menengah ( di atas air), masjid, balai polis, balai bomba dan pusat kemudahan komuniti.




Lebih kurang sejam lamanya kami berada di sini, sempat melihat persekitaran kampung yang dipenuhi dengan pokok bakau dan juga hidupan liar seperti monyet.



Video pemandangan air di belakang bot.






Nyaman bah!



Ketika hendak kembali ke jeti, suasana senja terlihat di langit jingga.

Suasana senja di Temburong Bridge.



Amie sempat beli buah nipah di tepi jeti. Sayangnya tidak ada pula gambarnya! Buah nipah itu Amie simpan dala. peti sejuk dan keesokan harinya dimakan dalam perjalanan menuju ke Sarawak.

Kami tinggalkan Kampung Ayer Bandar Seri Begawan.

Nasi Campur - 5BND

Malam itu kami singgah makan di Pasar Malam Gadung. Sedap sungguh lauk-pauk yang dipilih. Minta telur masin diberi sebiji dibelah dua, ikan tenggiri masak kari dan juga sayur rebung masak lemak campur pucuk manis. 

8 ulasan:

  1. Bestnya trip ke Brunei ni. Suasana sunset tu Subhanallah cantik sangat.

    BalasPadam
  2. Sejak dulu teringin nak berjalan2 di Kampung Ayer, dapat baca cerita Kak Amie pun jadilah. Lawa gambar duduk bersusun atas bebola batu tu, macam Puteri 7 beradik. Tak cukup sorang nampaknya sebab dia ada di Tanah Jauhar, hahahaha.

    BalasPadam
  3. Syok petang-petang layan angin dan permandangan menyusuri Kampung Ayer Bandar Seri Begawan. Dapat juga view Temburung bridge dari boat. Cantik suasana waktu petang dengan panorama layung.
    Saya cukup risau kalau naik boat tak pakai safety jacket sebab aquaphobia kot. Kita pulak tak pandai berenang. Ghisauuu...
    Baca buah nipah, saya terus google nak tengok rupa dia. Pernah tengok tapi tak tahu namanya buah nipah. Makan memang tak pernah lah.
    Alhamdulillah best tu dapat makan lauk pauk sedap di sana. Tak jauh beza dengan masakan negara kita. Berjiran kan. hihi...

    BalasPadam
  4. cantik pemandangan di bawah jambatan tu.. ^^

    BalasPadam
  5. Suasana diwaktu petang juga terlihat indah sekali. Yang menarik perhatian saya, masih ada lagi tulisan jawi, kalau ditempat kita, jarang-jarang dah jumpa.

    BalasPadam
  6. Cantiknya awan gemawan. Oh jambatan temburong nampak cantik di kampung ayer. Dekat rupanya.

    BalasPadam
  7. Cantik sungguh pemandangan di sana.. dui jejak Brunei 12 tahun lepas.. inshallah nak kema repeat ni..

    BalasPadam