Pages

Selasa, 12 Ogos 2025

Makan Nasi Lauk Telur Ikan Goreng

Bismillahirrahmanirrahim.
Sekarang hujan renyai-renyai, tapi berpanjangan dari tengah hari. Pada mulanya hujan lebat tetapi beransur reda, sekejap saja. Kemudian hujan dan hujan lagi.

Cadangnya balik dari ladang hendak beli Ink Printer Canon G3010. Sudah sampai masanya kena isi tangki dakwat. Nanti tak cukup untuk cetak kertas latihan murid. Tambahan pula musim ulang kaji untuk peperiksaan percubaan SPM memang banyak bahan hendak dicetak.

Selepas hantar Firdaus ke sekolah agama, kononnya hendak terus ke kedai, tapi disebabkan kesesakan lalu lintas lambatlah pula hendak sampai ke destinasi. Perut pula sudah mula berkeroncong. Kita minta Encik Suami melencong ke kedai makan. Kemudianlah baru cari ink.

Amie ajak Encik Suami intai-intai Restoran Nak Sup Ikan LD. Dari dalam kereta, nampaknya ada kerusi meja kosong. Biasanya waktu puncak di sini pada ketika pelanggan makan tengah hari. Sekarang sudah beransur kurang.

Kami memesan:

  • Nasi putih
  • Telur Ikan Goreng
  • Sup Ikan dengan Tomato
  • Peria Goreng Telur Masin
  • Chinese Tea Panas

Telur Ikan Goreng


Sup Ikan dengan Tomato



Dua jenis ikan digunakan dalam Sup Ikan dengan Tomato iaitu ikan siakap dan ikan merah. Kami minta bahagian bawah perut ikan. Tak sabar nak hirup kuahnya yang berasap-asap ketika sampai di meja.

Peria Goreng Telur Masin



Peria Goreng Telur Masin memang menu kegemaran kami. Rasanya tak perlu makan nasi, ratah saja sepiring Peria Goreng Telur Masin ini pun ok juga... ahaks! Encik Suami kata sedap rasanya. Perianya tidaklah rasa pahit dan dihiris nipis menjadikannya rasa rangup ketika dikunyah.

Telur Ikan Goreng

Telur Ikan Goreng ini  datang dalam keadaan cantik, dihiasi bawang goreng. Oleh sebab Amie sudah usik bawang gorengnya sebab hendak melihat telur ikannya, jadi rosaklah sedikit keadaannya. Rasanya seperti telur ikan merah sebab di restoran ini hanya gunakan dua jenis ikan iaitu ikan siakap dan ikan merah.


Untuk tambah rasa, ambil jugalah sepiring kecil sambal, sepiring kecil cili padi hiris ditambah bawang putih cincang, tuangkan kicap cair dan limau kasturi.



Bismillah.

Cantik pula mangkuk Sup Ikan dengan Tomato ini. Ada gambar ikan di luarnya.

Selesai makan, barulah kami ke kedai mencari Ink Printer Canon G3010. Beli untuk isi empat tangki, berharga RM156.00. Harap-harap bolehlah digunakan sehingga hujung November.

Mangga Manila


Walaupun masih hujan renyai, sempat lagi meninjau bawah pokok mangga udang, mana tahu gugur lagi mangga manila dari pokok jiran sebelah. Nampaknya rezeki kami petang ini dapat kutip beberapa biji mangga manila. Alhamdulillah.

31 ulasan:

  1. First time dengar menu telur ikan goreng.. rasanya kat sebelah sini macam takde je menu tu.. hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Restoran ini menawarkan masakan dua jenis ikan, siakap dan ikan merah. Semuanya ikan segar. Telur ikan itu dari ikan merah.

      Padam
  2. Sekarang tengah pattern cuaca mendung, hujan sekejap-sekejap. Kenapalah sedap-sedap menu kak Amie pesan ni. Telur goreng tu bukan semua kedai ada, siap dengan hirisan bawang lagi. Sup ikan pun segar dan penuh dengan tomatonya. Sedap tu diratah tomatonya tak ada sayur lain pun takpe. Mengikut tema sup ikan dan mangkuknya. Peria goreng, krup krap makan tak rasa pahitnya pun kan.
    Rezeki tak putus dapat mangga manila lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga Restoran Nak Sup Ikan LD ini terus maju. Lauk-pauknya dari bahan yang segar, dan dihidang panas dari dapur. Setakat ini semua menu yang dipesan sedap belaka.
      Alhamdulillah, hari-hari kutip mangga manila.

      Padam
  3. Teringin nak mencuba makanan sana nampak menarik dan menyelerakan.

    BalasPadam
  4. Isssh kak Amie , teringin betuuul saya ke sana, kuliner di LD nampaknya memang sedap2 semua ya kak 😍😍. Saya suka pare atau peria. Tp biasanya makan mentah pakai sambal terasi. Belum pernah rasa di goreng. Sedaap nih pasti ❤️❤️. Telur ikan goreng tuh, juga tempting sangat 😍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kami pantang jumpa menu peria goreng telur masin. Mesti pesan itu, sedap diratah.
      Sedap telur ikan goreng itu ya dik.

      Padam
  5. Hujan2 mcm ni mmg sedap jika ada sup.. kuching pn hujan dan sy masak sup ayam td

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Mira.
      Hirup semangkuk sup di kala hujan, memang pergghhh!

      Padam
  6. Unik menu restoran2 di LD ni ya. Tak pernah lagi jumpa restoran seumpama ni di Johor. Yang best, dia boleh masakkan bahagian ikan ikut permintaan pelanggan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, SK. Pelanggan boleh pilih bahagian ikan yang digemari. Boleh minta goreng dahulu baru diolah ikut masakan yang dipinta, atau terus masusk dalam masakan seperti kari, sup, asam pedas, tom yam dll.

      Padam
  7. Cemburu dengan orang Sabah, hari2 makan ikan segar :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hari-hari makan ikan pun jemu juga PH... ahaks!

      Padam
  8. Kenapa semuanya sedap2 belaka....

    BalasPadam
  9. Sedapnya, menu dia lebih kurang mcm kat Kudat Sup Ikan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tak silap, beberapa tahun lalu kami singgah Kudat makan di sebuah restoran yang ada sup ikan.

      Padam
  10. Geram tengok sup ikan akak tu, nampak sedap dan isi ikannya tu tebal

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dua jenis ikan tu Dana, ikan siakap dengan ikan merah.

      Padam
  11. Sedapnya sup ikan dan tomato...mesti segar je lepas makan tu kan kak..

    BalasPadam
  12. Ingatkan telur goreng rupanya telur ikan goreng. Kat sini tak pernah jumpa. Kalau kat muo telur ikan mayung depa buat asam pedas. dapnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan. Jarang ada kedai makan sediakan menu telur ikan goreng.
      Saya teringin nak makan telur ikan mayung balik kampung nanti.

      Padam
  13. sedap semua menu dah lama xbeli ink printer dulu2 rjn juga print

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ink printer wajib ada untuk kegunaan cetakan kerja murid.

      Padam
  14. Menu macam ini akan buat saya makan sampai segah perut tak boleh bernafas sebab sedap sangat. Sedapnya telur ikan goreng tu

    BalasPadam
  15. Sedap pulak tgk sup ikan tu.. berselera tgk Amie makan

    BalasPadam
  16. Peria goreng telur masin tu nampak macam guna peria saiz besar bukan peria katak.

    BalasPadam