Bismillahirrahmanirrahim.
Catatan perjalanan ini sudah lama berlalu, sekitar 28 Mei 2025. Bersama gang kaki jalan, kami meronda ke negara Brunei Darul Salam dan seterusnya melepasi check point ke Miri, Sarawak.
Petang Rabu, pukul lima petang kami memulakan perjalanan dan berhenti di Telupid sekitar pukul sembilan malam. Di Telupid, kami isi perut dan meneruskan perjalanan ke tempat penginapan kami di Kundasang.
 |
28-29 Mei 2025 - Lahad Datu - Kundasang - Sipitang |
 |
Nasi Goreng Daging |
Apabila sudah tertidur di dalam van, rasa liat sungguh hendak buka mata apabila sampai di Telupid. Oleh kerana perjalanan ke Kundasang masih jauh, takut perut lapar pula. Satu hal lagi, kalau sampai lewat malam belum tentu jumpa restoran atau warung makan yang masih dibuka. Baiklah makan di sini saja, di Restoran Amin Jaya, hentian bas Telupid.
 |
Bihun Sup Ayam |
Rasa macam makan sahur saja ketika ini.
 |
Amie - Nasi Goreng Pattaya |
 |
Jus Lobak Merah |
 |
Kedudukan The Cottage Hotel |
Sesampainya kami di tempat penginapan, jam sudah menunjukkan angka 12:15 tengah malam. Disebabkan mengantuk, tak dapatlah ambil gambar keadaan di The Cottage Hotel. Bersihkan diri, berus gigi, solat dan terus rebahkan diri di atas katil. Bilik tidak ada pendingin hawa sebab suhu sejuk semulajadi.
 |
Gang kaki jalan. |
Keesokan paginya, kami bersiap-siap awal sebab hendak tinggalkan The Cottage Hotel pada pukul enam pagi. Kami enam orang tetapi dalam gambar ini ada empat orang sahaja. Kiranya semua ada tujuh orang termasuk pemandu van.
Kami meneruskan perjalanan dan berhenti di Sri Nurain Restaurant & Catering yang terletak di Jalan Lintas Jaya, Kota Kinabalu. Ketika ini jam sudah menunjukkan angka 8:15 pagi. Jom kita sarapan. Ada pelbagai jenis kuih dan makanan lain di sini.
 |
Pulut Panggang |
 |
Kuih Lenggang |
 |
Tapai Nasi |
 |
Nasi Lemak |
 |
Antara lauk makanan berat. |
Video kenangan.
Pukul sembilan pagi, kami teruskan perjalanan menuju ke daerah Sipitang. Walau pun baru pukul 11:15 pagi tetapi Sipitang menyambut kami dalam keadaan panas terik!
 |
Walaupun terpaksa berpanas, tetapi ambil juga gambar buat kenangan. |
Saya belum pernah jumpa tapai pulut bungkus macam tu...
BalasPadamwahhh nampak sedap semua tu kak...
BalasPadamSeronoknya tengok geng kaki jalan ni la, rasa nak join sekaki, hihihi.
BalasPadamSedap plak tengok pulut panggang tu Kak Amie...gemuk2...makanan lain pun sedap betul...
BalasPadamSelalu tapai pulut ni tapai nasi pulak. emmm macam best je tak pernah rasa
BalasPadamNak tak nak kena jugalah makan buat terisi perut. Nanti kalau tak jumpa restoran naya perut lapar. Mujurlah pagi tu dapat sarapan berat. Perut pun senang hati nak jalan jauh. Kalau dah travel tu tak kisah dah panas ke apa, janji dapat ambil gambar. hihi...
BalasPadamWah ..pelancongan dalam negerai yang saya kira menyeronokkan, nampak mercu tanda Sepitang..teringat arwah pelajar 13 tahun..
BalasPadam